Tuesday, January 22

ADA PULAK YANG KENA TERAJANG SAT GIE........? @TMS_UMB @semuthitam80


Nape korang tak pecaya ke apa yang telah MKP gembar-gemburkan sebelum ini.Memang MKP tak boleh terima UFB kahwin lagi satu...Persoalan yang ditimbulkan adalah pertanyaan yang perlu jawab!!!!! Artikel sebelum ini...... KLIK 

Tapi rakan MKP dari teamediaselangor nampaknya beriya nak back-up UFB nie mesti ada udang sebalik mee...takkan korang masyuk kot...? jika benar Mai sini sikit buah yang sedap tue...kalau lu orang pikir BROTHERHOOD kenalah syeerrrrr....

Tapi apa-pun berita nie lagi musibat der.......baru aje memerintah dah mengaku Penang dia punya apa punya haram jadah tokong nie...


Korang bacalah kt BLOG SEMUTHITAM Ayat berapi dari Kawan MKP yang dah kena tinggal jauh huhuhu


PAS Utamakan Orang Johor Dari Orang Kelantan?



Beberapa hari lepas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman untuk melaksanakan tujuh projek pembangunan berskala besar untuk Kelantan semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong, Kota Bharu. 

Projek pembangunan itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bekalan air bersih.

Berikutan itu ada sesetengah penyokong dan pemimpin PAS tampil mempersoalkan kenapa projek pembinaan kompleks petrokimia yang melibatkan pendaratan & penapisan minyak dan gas di Pantai Senok, Bachok tidak dimasukkan sekali dalam pakej pembangunan yang diumumkan oleh PM. 

Bagi yang celik akal dan minda tentunya sedang tersenyum simpul mendengar tuntutan sedemikian. Persoalannya kenapa? 

Umum mengetahui di Pengerang, Johor tika ini usaha Kerajaan Pusat melalui Petronas untuk membina kompleks petrokimia membabitkan pendaratan dan penapisan minyak (Rapid Pengerang) telah menerima bantahan daripada PAS dan sekutu mereka. 

Para pemimpin PAS dan PR serta NGO proksi mereka giat melancarkan kempen hasutan kepada penduduk kononnya projek kompleks petrokimia di Pengerang itu akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar selain menyebabkan risiko keselamatan kepada penduduk.

Dilihat pada propaganda dan hasutan PAS serta PR di Pengerang, logiknya ia menggambarkan keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar, kesihatan dan nyawa rakyat Johor. 

Itu yang kelihatan dari pandangan kasar.

Bila dibandingkan pula dengan tuntutan PAS supaya kompleks petrokimia yang sama di bina di Kelantan, ia seakan menunjukkan PAS amat mengutamakan keselamatan rakyat Johor berbanding nasib rakyat negeri Kelantan, bukan begitu?

Tapi hakikat sebetul-betulnya, percanggahan ketara itu hanya menyerlahkan betapa hipokritnya pemimpin PAS & PR. 

Mereka membantah Rapid Pengerang bukan atas isu alam sekitar, kesihatan dan demi nyawa rakyat pun. Sebaliknya bertujuan untuk mensensasikan sentimen penduduk sahaja.

RISAU HANTAR ANAK BELAJAR DIKELANTAN TAKUT TERJEBAK KELAB BERTUDUNG TANPA DARA?


Adoi... kerisauan bukan jer pada aktiviti Geng Bertudung tanpa Dara, sebaliknya mak bapak yang tengah tunggu keputusuan periksa anak-anak SPM yang nak keluar pun dah mula berkira-kira tak akan benarkan dema belajor di Kelantan walaupun sebelum ini dengan tanggapan Serambi Mekah adalah terbaik untuk anak-anak dihantar belajar tinggi disana dengan berharap tingkah laku serta anak-anak lebih berhemah dan bermoral.

Beberapa siri pendedahan dalam blog-blog menceritakan bagaimana sekumpulan pelajar tinggi yang makin terkenal dengan geng tudung yang tak berdara, dalam kumpulan nie dema akan menganggap sapa saja yang masih dara sebagai budak kampung dan memaksa hilangkan dara dema untuk bersama dalam group dema

Pendedahan dalam Blog Taiping Central ada ceritanya...

PAS BAGAIKAN ANJING DIMATA PAKATAN RAKYAT...?


Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas. 

Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.

Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.

Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.

Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.

Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.

Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.

BAWANGI PUN POK NIK AJIS BAGI TANAH JUGAK...???


Memohon restu ibubapa untuk melakukan sesuatu adalah perkara biasa. Tapi bila berlaku sesuatu yang mengundang persepsi yang tidak baik kemudian berjumpa dengan Nik Aziz adalah sesuatu yang luar biasa.

Gambar di atas menunjukkan Elizabeth Wong yang pernah menemui Nik Aziz apabila keluar cerita dan gambar separa bogelnya. Entah apa yang dicakapkan Elizabeth kepadanya. Restu yang bagaimana yang diminta dari Nik Aziz. Yang pasti bukan mensucikan dosa perempuan yang pernah kangkangnya diambil gambar ini.

Kemudian muncul pula YB Teoh Nie Ching yang mengadap Ayahanda Nik Aziz apabila dikecam hebat kerana memasukki surau untuk memberi tazkirah. Mungkin sebagai orang muda Teoh tak dapat menahan kecaman dan kutukan kerana perbuatannya itu, lalu dia terpaksa menemui orang besar untuk mensucikan dirinya.

Mungkin ramai lagi yang berjumpa Ayahanda Nik Aziz termasuk artis yang dulunya pernah dikaitkan dengan kontroversi murahan seperti Hairie Othman yang pernah ditangkap khalwat dan Abby Inspektor Aliza yang pernah dikaitkan dengan cinta orang muda. Selepas perjumpaan itu Abby mula keluarkan bermacam-macam fatwa pelik. Sehingga pernah mengeluarkan fatwa terbatal syahadah.


Kini tiba giliran Bawani pula menemui Ayahanda Nik Aziz, apa butiran sebab perjumpaan tersebut tidak Angin ketahui tapi mungkin juga nak minta restu untuk berjuang bagi meraih keuntungan politik. Atau mungkin juga mahu menjadi calon pertama bukan islam dibawah lambang pas???


Entah apa pula yang akan dilakukan oleh bawani selepas mendapat restu ini??

RANKING TERKINI BLOG PRO KERAJAAN 21/1/2013...


Ranking terkini blog Pro-Kerajaan pada 21 januari 2013,Ranking ini telah dikeluarkan setiap minggu oleh SuaraGenerasiBaru bermula dari 2013.MKP agak pelik dengan keadaan ini selalunya ranking hanya dikeluarkan pada awal bulan sahaja.

Kemungkinan PRU -13 hanya tinggal sebulan dari sekarang , Cara yang terbaik untuk memperkukuhkan kedudukan blog menyokong kerajaan serta memberi motivasi pada para blogger untuk berkerja lebih tekun dan bersemangat menentang pakatan harami adalah memperingati rakan-rakan blogger dengan mengeluarkan ranking terkini setiap minggu. Bagus jugaklah strategi yang digunakan oleh Admin SGB nie...

Sebagai Blogger yang berada di Pulau Pinang agak berbangga bila yang berada dipuncak adalah rakan dari Pulau Pinang...Perghhh mantop lu bro dah banyak bulan lu rampas carta teratas...... Blogger yang MKP maksudkan adalah MPP dan kedua adalah Dr MIM dan ramai lagi dari Penang nie tahniah sahabat seperjuangan...





Monday, January 21

PERGHHH....ZUHUDNYA YDP PAS PERLIS PAKAI PORCHE CAYMAN


MKP kesian pada pengikut tegar PAS kerana sikap munafik pemimpin PAS yang hanya pandai mengunakkan Islam sebagai wadah perjuangan politik demi menyakinkan penyokongnya.PAS sebelum memerintah menyatakan perjuangan mereka hanya menegakkan Islam dan tidak mengejar harta donia.Sungguh munafik lain dimulut lain pulak dihatinya.Kalau tak sedaq jugak lepas nie baik korang terjun laut aje lepas nie...

Alhamdulillah, CTS amat gembira mendengar Wakil-Wakil Rakyat PAS yang mampu memiliki dan membeli kereta mewah. Antaranya Pesuruhjaya PAS Perlis, Salleh Jasin yang mampu memiliki Porche Cayman. Bukan calang-calang orang yang mampu memiliki kereta mewah ini. 

Inilah amalan yang patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin UMNO iaitu menabung dari kecil. CTS tak pastilah jika dengan duit gaji dan elaun sebagai Wakil Rakyat di Perlis mampun untuk membayar ansuran kenderaan berkenaan. Ini belum dicampur dengan kos penyelenggaraan, insuran dan lain-lain lagi. 

Buat juak-juak PAS peringkat bawahan, teruskan usaha murni anda untuk menderma di setiap kantung derma di setiap ceramah-ceramah Pakatan Haram. Semoga usaha anda akan memastikan kunci ke syurga milik anda. 

MAT SABU UGUT MAHU BERDEMO JIKA BN MENANG PILIHANRAYA.......?


Pakatan pembangkang mengugut untuk turun berdemonstrasi sekiranya mendapati berlakunya penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Memetik laporan Harakahdaily, Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Rawang pada Sabtu menyifatkan rakyat yang keluar ke jalan raya tidak akan pulang selagi kerajaan yang dilantik melalui 'penipuan' selepas PRU13 enggan berundur. "Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang," katanya ketika memberikan ceramah di tapak Uptown, Bandar Tasik Puteri baru-baru ini.

 Pada perhimpunan anjuran gabungan pembangkang di ibu negara 12 Januari lalu, lebih 40,000 orang penyokong membanjiri Stadium Merdeka sebagai simbol gesaan pembangkang agar kerajaan menunaikan 10 tuntutan. Antara tuntutan termasuk mendesak pilihan raya bersih dan adil, tuntutan royalti minyak di Kelantan, dan menutup kilang Lynas di Gebeng.

 Pembangkang sebelum ini telah mengadakan beberapa siri perhimpunan termasuk BERSIH, mansuh ISA, dan demo air yang kesemuanya berakhir dengan kekecohan termasuk rakyat yang cedera. Sehubungan dengan itu bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam, kerajaan telah mewujudkan undang-undang Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 yang membenarkan rakyat untuk berhimpun tanpa senjata.

 Dalam pada itu Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron yang dipetik Sinar Harian berkata, Mohamad cuba mengelirukan rakyat dengan mengatur pelbagai rancangan untuk mengalakkan rakyat turun ke jalanan dan berdemonstrasi.

 Menurut beliau Pakatan Rakyat kini telah kekeringan isu untuk dimainkan menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi. “Mat Sabu cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai provokasi dan sengaja memutar belitkan fakta. Secara peribadi, saya merasakan pembangkang sudah tiada isu yang mahu dimainkan menjelang PRU13,” katanya. Menurut Idris, sekiranya perhimpunan itu diteruskan, maka Barisan Nasional (BN) turut akan turun berhimpun.

GUAN ENG JANGAN CETUSKAN POLIMIK AGAMA.........?


Sejarah penubuhan PAS adalah dari mereka yang kecewa dengan UMNO dan perdebatan kerana isu yang sangat remeh...

PAS atau Pan-Malaysian Islamic Party (PIMP) ini ditubuhkan bukan kerana memperjuangkan Islam.

Ianya ditubuhkan kerana golongan ulama dalam UMNO mintak 1o kerusi dalam Majlis Perwakilan Persekutuan. Tunku Abdul Rahma Putra ketika itu berkata;
 ‘Kita hendak mentadbir negara dan orang Melayu. Kita bukan nak baca doa’. 
Maka mereka merajuk dan terus menubuhkan PIMP. British dengan segera meluluskan parti baru ini. 

Ini kerana PIMP boleh memecahkan perpaduan dan kekuatan orang Melayu, yang begitu padu ketika itu.

Datuk Dr. Haron Din, Datuk Harun Taib, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Datuk Ismail Kamus, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharudin Mat Isa, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid, Datuk Seri Hassan Ahmad, Datuk Abdul Rahman Osman, Datuk Nooh Gadut dan Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin serta beberapa tokoh lain yang telah mempertahankan kesucian agama Islam melalui bantahan keras mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. dalam penterjemahan bible ke bahasa Melayu.

Mereka inilah ulama sebenarnya yang tidak gentar untuk menegakkan kebenaran.

Tindakan mereka ini telah menyebabkan para pemimpin Pas lain - sama ada bergelar ulama atau tidak - terpaksa menarik balik keputusan untuk membenarkannya.

Saranan Lim Guan Eng (dia Kristiankah?) supaya kalimah Allah S.W.T. itu digunakan sudah pasti sekiranya diikuti, akan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Bagaimanakah para pemimpin ini boleh menyatukan umat kalau dalam hal sifat Allah S.W.T yang semudah ini pun mereka boleh memberi pendapat yang salah?

Dalam perbahasan beberapa minggu mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. bagi penterjemahan Bible, pernahkah para ulama dan orang biasa yang menyokong penggunaannya membaca Bible dan faham akan akibatnya sekiranya perkataan "God" atau "Lord" dalam Bible itu diterjemahkan menjadi kalimah "Allah S.W.T."?

Mari saya tunjukkan sedikit ayat yang terkandung dalam Bible yang mengandungi perkataan "God" dan "Lord". Saya sertakan terjemahan seperti di dalam kurungan:

1) For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting health - (John 3:16).

"Kerana Allah kasihkan dunia, Dia mengurniakan satu-satu anaknya, agar sesiapa yang mempercayainya tidak akan musnah, tetapi akan mendapat kesihatan yang berpanjangan"- (John 3:16).

2) And lo, a voice from heaven, saying "This is my beloved Son, with whom I am well pleased" (Matthew 3:17; Mark 1:11).

"Nah, suatu suara dari syurga, berkata "Inilah anak yang Aku sayangi dan sangat senangi" (Matthew 3:17; Mark 1:11).

3) Truly you are the Son of God (Matthew 14:33).

"Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah" (Matthew 14:33).

Lihatlah pada tiga ayat Bible di atas yang kesemuanya menyatakan bahawa "God" mempunyai "Son". Bila diterjemahkan perkataan God kepada Allah, maka ia bermakna Allah S.W.T. mempunyai anak. Ini adalah salah mengikut ajaran Islam dan boleh mencemarkan kesucian agama Islam. Sudah lupakah ulama yang menyokong penggunaan Allah untuk Bible kepada Surah Al-Ikhlas yang bermaksud antara lain bahawa "Allah S.W.T. tidak beranak dan tiada pula diperanakkan"?

Atau mereka ini sanggup menggadai kesucian agama demi kepentingan diri, mengikut kehendak orang yang bukan Islam? Bertaubatlah dan mohon keampunan-Nya.

Guan Eng yang menyarankan penggunaan Allah dalam Bible tidak akan menanggung apa-apa.

Sebaliknya, orang Islam di bawah pimpinan sesetengah ulama dan bukan ulama telah hampir menyesatkan umat dengan pendapat mereka.

Mereka sanggup membelakangkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Dewan Ulama Pas sendiri.

Tidak takutkah saudara-saudara Islamku apabila melihat kepada tajuk tulisan ini yang menyatakan Allah S.W.T. mempunyai anak?

Inilah terjemahan kepada ayat di dalam Bible sekiranya kalimah Allah S.W.T. diterjemahkan untuk menggantikan "God" atau "Lord".

Sedarlah saudara-saudaraku bahawa ada golongan yang tidak arif dalam agama Islam tetapi berlagak seperti arif dan tindakan mereka boleh menyesatkan kita.

Menyatakan bahawa Allah S.W.T. mempunyai anak adalah sesuatu yang kufur. Sedarlah tentang bahaya penggunaan nama Allah dalam terjemahan Bible. Kita semua perlu bersatu mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus diperkotak-katikkan.

VIDEO PENJELASAN #LISTEN KAK SHA DARI SUDUT HATINYA......


Bagi MKP ayat yang paling power boleh diguna pakai untuk Kak Sha adalah "What Goes Around Come Around' ini adalah satu titik permulaan bagi untuk berjuang. Salah tetap salah tapi dengan penjelasan ini mungkin akan membuka mata dan penilaian masyarakat dan Mahasiswa terhadap Kak Sha sendiri.Tak adil jugak jika kita menyalahkan Kak Sha sahaja didalam hal ini tanpa penjelasan dari mulut Kak Sha sendiri.

Tak patut pihak pembangkang nak babitkan Kerajaan yang memerintah serta apa jua Persatuan yang menyokong 1Malaysia didalam hal ini kerana ini semua adalah perdebatan diantara mereka cuma disaksikan oleh ramai mahasiswa serta dipertontonkan di laman You Tube...
Nama Sharifah Zohra Jabeen tiba-tiba meletup di internet selepas video yang mendapat jolokan 'LISTEN!' menjadi viral di ruangan siber. Terdapat pelbagai reaksi umum tentang kenyataan Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) itu kepada pelajar UUM dan juga aktivis muda Parti Sosialis Malaysia (PSM), KS. Bawani. 
Setelah lebih seminggu menyepikan diri selepas video tersebut berlegar di ruang siber, kini Sharifah Zohra tampil menjelaskan secara lebih terperinci kepada MediaPjO mengenai situasi di Forum Suara Mahasiswa di UUM tempoh hari. Selanjutnya
VIDEO PENJELASAN TENTANG BAWANI 


MALIK KASIM MAIN WAYANG ISU EDAR BIBLE PADA PELAJAR........?


Exco Agama Islam Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim tidak perlu menunggu laporan rasmi untuk bertindak bersabit pengedaran kitab Bible di kalangan masyarakat Islam di negeri itu.

MKP mengesa Malik secara proaktif menyiasat justeru memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan segera.

"Datuk Malik kata Majlis Agama Negeri Islam Pulau Pinang tidak boleh bertindak tanpa terima laporan.

Alasan boleh dikatakan main wayang.MAINPP boleh bertindak atas budicara kuasa yang ada pada mereka. MAINPP perlu mengekang insiden berkenaan sebelum ianya menjadi lebih parah.

Malik sebelum ini berkata pihaknya masih menunggu laporan rasmi untuk diambil tindakan segera oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri itu.

"Sehingga kini, saya masih belum menerima sebarang laporan. Kita tidak boleh ambil tindakan semata-mata merujuk kepada laporan di media.

Kerajaan negeri dan MAINPP tidak meremehkan isu ini memandangkan ia boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini berlaku sekiranya pengedaran Bible ini tidak dikekang dan diatasi dengan segera dalam kalangan penganut Islam.

Dakwaan baru ini berkisar kepada Bible bahasa Inggeris yang turut mengandungi tulisan jawi dikesan diedar di sekolah di Pulau Pinang dipercayai untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan pelajar Islam.

Penyebaran itu dipercayai dilakukan oleh dua lelaki tersebut di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.

Sunday, January 20

APLIKASI IPHONE BOGELKAN WANITA.....?


Bagi pengguna Apple aje beb boleh guna benda macam nie..Pada yang guna samsung memang tak boleh coz belum lagi dibangunkan lagi.... 

Satu aplikasi terbaru telefon bimbit iPhone berupaya mengubah gambar wanita berbikini menjadi gambar bogel, lapor sebuah akhbar semalam. Aplikasi ‘nakal’ itu yang dikenali sebagai Pic Bubbler, boleh dibeli dari gedung dalam talian iTunes pada harga cuma AS$0.99 sen (RM3).

Menerui Pic Bubbler, ilusi optikal berbentuk buih digunakan bagi menghasilkan gambar bogel walaupun wanita tersebut sebenarnya memakai baju renang atau bikini.

Apabila pengguna memuat naik gambar wanita berbaju renang, perisian itu menutup gambar tersebut dengan satu lapisan lut sinar mengandungi lubang buih yang boleh dimanipulasi menerusi skrin sentuh iPhone.

Pengguna cuma perlu memecahkan buih-buih di permukaan lut sinar itu bagi menelanjangkan gambar tersebut dan berkongsinya dengan rakan-rakan dalam talian menerusi emel, Facebook, Twitter dan Flickr.

Menurut pereka perisian itu, Jesus Diaz, perisian berkenaan agak sempit untuk digunakan dalam skrin iPhone yang bersaiz 8.8 sentimeter kerana ia sebenarnya direka untuk paparan komputer seperti iPad.



Nampaknya puak puak Pakatan Haram semakin terdesak untuk mencetuskan isu baru bagi menutup isu panas yang bergelora dalam Pakatan Rakyat yang kini dilihat diambang perpecahan... Seterusnya klik pada tajuk entri....

Menjelang Pilihan raya yang semakin hampir Pakatan Haram akan melakukan apa pun cara sekalipun untuk mendapatkan perhatian rakyat walaupun dengan mengunakan taktik lapok.. justeru itu mereka mengarahkan blogger Anwarprono untuk spin isu ini dengan harapan dapat meraih simpati dari rakyat... disini dan disinun... Kononnya risalah lucah ini disebarkan oleh UMNO....

VIDEO GEMPAR : WARTAWAN DITEMBAK MATI....APALAH NASIB WARTAWAN/BLOGGER.....


Seorang penembak curi menembak mati wartawan Al-Jazeera, Mohammed Hourani di Wilayah Daraa di selatan Syria, demikian lapor stesen televisten Qatar hari ini.

Mohammed Hourani ditembak mati oleh penembak curi rejim Basr al-Harir di Wilayah Daraa ketika sedang membuat liputan mengenai pertempuran di sana,” lapor stesen berkenaan.

Saksikan klip video detik-detik cemas tersebut yang sempat dirakamkan ketika Mohammed terkena tembakan berkenaan.

Salut untuk wartawan yang sangat berani ini.



MKP tersentuh melihat semangat perjuangan DS Najib Razak berjuang demi membela rakyat.Walaupun macam mana dan cara bagaimana berjuang tetap ada risikonya...

KAIN RENTANG #listen SAMBUT PM @NajibRazak DI KELANTAN


Kurang ajar puak harami nie sampai macam nie nak buat onar menyambut Perdana Menteri di Kelantan semalam.MKP nak habaq lepas nie mesti puak harami nie kata UMNO yang buat tapi agak-agak lah kalau bebudak UMNO berani nak main benda macam nie.

Populariti Datuk Seri Najib Razak menonjol dalam kalangan rakyat adalah berikutan prestasinya yang dinilai orang ramai, termasuk program transformasi dan janji ditunaikan kerajaan. 

 Pensyarah Jabatan Komunikasi Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata faktor berkenaan diperoleh dalam kajiannya antara Mac 2008 hingga Julai 2012. Malah, katanya, kajian itu juga menunjukkan populariti Najib terus mengatasi tiga pemimpin pembangkang. 

 Kajian itu mendapati populariti Najib meningkat daripada 41 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008 kepada 58 peratus pada Julai 2012 berdasarkan tinjauan kepuasan terhadap pemimpin. Sokongan 58 peratus daripada 1,963 responden ditemubual secara bersemuka dari 1 hingga 31 Julai lalu adalah tertinggi jika dibandingkan dengan sokongan diterima Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (47 peratus), Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (34 peratus) dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (31 peratus). 

 Beliau ditemui selepas pembentangan Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama BH . Populariti Anwar menurun Syed Arabi dan Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah panel jemputan bagi sesi pertama wacana itu yang dikendalikan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar selaku moderator. 

 Mengulas lanjut, Syed Arabi yang juga bekas rektor UIAM berkata kajian itu dijalankan berperingkat pada Mac 2008 membabitkan 1,654 responden dan 1,370 responden pada Mac 2012 sebelum diteruskan pada Julai tahun lalu. Malah, katanya, populariti Anwar pula menurun dari 46 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008, berbanding 34 peratus pada Julai 2012.

HEBAT TUN MAHADIR NAIK MOTOR BESAR WALAUPUN PADA USIA 88 TAHUN...


Namun, pada usia 88 tahun, untuk seorang bekas Perdana Menteri yang begitu hebat sanggup posing dan bergaya macam sedang membawa sebuah motosikal berkuasa tinggi…priceless ok.

Sportting sungguh. Lihat wajah orang di sekeliling yang nyata teruja dan terhibur dengan aksi spontan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak banyak yang diketahui mengenai di mana gambar ini diambil atau bila…namun rasanya baru lagi ni…dan background nampak macam kat Putrajaya. Any info anyone?


Jika pemberian kerakyatan Malaysia kepada pendatang asing di Sabah menjadi isu sehingga ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menanganinya, adalah wajar langkah sama diambil untuk menyiasat pemberian satu juta kerakyatan kepada orang asing pada peringkat awal kemerdekaan negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membuat saranan itu berkata, jika pemberian kerakyatan kepada kira-kira 200,000 pendatang asing di Sabah dianggap besar, perkara sama perlu dilihat semula kerana pemberian satu juta kerakyatan juga adalah "isu besar."

Beliau berharap perkara itu boleh dipertimbangkan kerajaan kerana sesetengah daripadanya mungkin tidak layak mendapat taraf berkenaan.

“Sebenarnya pendatang di Sabah sudah tinggal lama di negeri itu, ada yang melebihi puluhan tahun. Mereka bercakap dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Naib canselor UiTM, Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. 

Jun tahun lalu, Jemaah Menteri bersetuju untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah yang dikatakan menjangkau sehingga 500,000 orang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan berkata, kerajaan komited untuk menangani isu itu yang mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.

Beliau berkata, warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak mendesak kerajaan tetapi hanya mengemukakan cadangan agar ditubuhkan satu lagi suruhanjaya diraja untuk melihat semula isu berkenaan yang berlaku pada zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.  

“Untuk berlaku adil, kerajaan wajar menubuhkan suruhanjaya itu kerana kedua-duanya melibatkan pemberian taraf kerakyatan kepada orang asing.

“Walaupun menerima kerakyatan negara ini, sesetengah pendatang pada awal kemerdekaan masih lagi memandang negara asal mereka sebagai tempat rujukan utama atau untuk menumpahkan kesetiaan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun tidak memenuhi kriteria atau syarat, kebanyakan pendatang terbabit masih diberi kerakyatan negara ini.

“Jadi ia perlu disiasat untuk mendapat gambaran sebenar,” katanya.  Sinar harian..



AKSI MESRA ROZITA CHE WAN DAN KEKASIHNYA TERSEBAR........?


Nampaknya hubungan Zain Saidin (29) dan Rozita Che Wan (41) semakin serius sejak akhir-akhir. Bermula dengan pengakuan romantik daripada Zain Zaidin yang berbunyi "never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you", kini kedengaran pula gosip terbaru berkenaan perancangan mereka berdua untuk berkahwin tahun ini. Apakah benar gosip terbaru ini?


Beberapa hari lepas, Zain telah memberikan maklum balas berkenaan gosip terbaru ini yang berbunyi "kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini". Wah, bertuah sungguh Rozita kerana telah menemui seorang calon suami yang berani dan romantik. Lelaki yang benar-benar ingin serius dalam sesuatu hubungan tidak akan takut untuk memperkatakan soal perkahwinan. Jadi, apapun perancangan Zain dan Rozita ke arah perkahwinan, itu adalah perkara yang baik dan menggembirakan. Common Zain, you go for it as you in planning toward that.



Saturday, January 19

Polis Sahkan Hanya Suara DVD Adegan Seks Speaker Dun Perak......?


 Polis mengesahkan cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan seks membabitkan Speaker Dun Perak hanyalah rakaman audio tanpa sebarang visual.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, daripada siasatan yang dibuat, didapati DVD berkenaan tidak mengandungi sebarang visual adegan seks seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Bagaimanapun menurut beliau, siasatan terperinci masih dijalankan dan DVD berkenaan telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk siasatan lanjut.

“Kita tidak dapat mengesan sebarang visual pada DVD itu, namun polis akan meneruskan siasatan dan keadaan ini mungkin akan mengambil masa lebih lama sebelum polis dapat melengkapkan siasatan,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini menyebut, DVD berkenaan dihantar ke Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras untuk ujian bayang dan dalam tempoh berkenaan, seramai 11 saksi dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Pendedahan mengenai DVD berkenaan tercetus pada hari terakhir Persidangan Keempat Mesyuarat Ketiga, Pengal Kelima, Dewan Negeri Yang ke-12  Perak, 21
Disember lalu
 Apabila dua wakil rakyat DAP, V Sivakumar dan A Sivasubramaniam memaklumkan menerima sampul surat melalui kiriman pos laju mengandungi DVD yang didakwa memaparkan aksi seks Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam keadaan mengaibkan. SH
gambar kt atas cuma hiasan aje.....Skandal seks dan pembangkang tak dapat dipisahkan....sama gak macam Anwar al juburi

UMNO BERI 5 JUTA PADA UMMI HAFILDA UNTUK BERKAHWIN.....?


Maklumat menyebutkan bahawa perkahwinan Umi Hafilda di PWTC itu (bangunan UMNO), dibiayai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, benarkah?

Yang terakhir ini paling menarik – pakej bulan madu ke Hawaii, Amerika Syarikat bernilai lebih RM 1 juta juga!!  Wah, untungnya badan.  

Dahlah lambat kahwin, dapat pakej bulan madu ke Hawai.  Khabarnya guna pesawat Korean Airlines, transit dari Incheon ke Honolulu sebab tidak ada penerbangan terus dari Malaysia untuk ke Hawai.

Apa yang telah diputarbelitkan pihak media tukang angkat najis serta mencuci dosa anwar serta sekutunya nampaknya kantoi kali ini.Pekara ini telah pun dijangka dan akan menjadi tomahan pihak pembangkang hanya kerana kehadiran PM serta Isterinya...

Kita tentu tidak percaya dengan tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap Ummi. Tambahan pula, suami beliau adalah seorang pakar dermatologist dan sebagai seorang doktor, MKP boleh agak pendapatan bulanan suami Ummi yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Maka, tidak ada masaalahnya untuk pasangan tersebut mengadakan upacara perkahwinan yang grand. 

Pasangan ini mula terpaut antara satu sama lain ketika Ummi Hafilda berkunjung ke klinik Dr Zaman untuk mendapat suntikan Vitamin C.


Berikut adalah kronologi yang berlaku pada majlis tersebut..........

Tetamu ‘tercuit’ apabila Didie Alias dan Farouk Hussin yang bertindak sebagai pengacara majlis mengusik pengantin lelaki yang disifatkan telah ‘menyuntik’ hati pesakitnya dalam diam sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin.

Artis dan selebriti lain yang hadir termasuk Betty Benafe, Nash, Datuk D.J Dave, Zed Zaidi dan Aznah Hamid.

Ummi Hafilda terpikat dengan suaminya yang merupakan warga Pakistan kerana pandai mengambil hati orang tua terutama ibunya.

Mereka bernikah di Pakistan, minggu lalu.

Mereka sebelum ini dilaporkan akan berbulan madu di Eropah, namun berhasrat menangguhkan niat tersebut kerana Ummi Hafilda mahu memberi tumpuan terhadap kempen pilihan raya umum nanti.

Ummi Hafilda adalah adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan kakak kepada artis Azwan Ali.

Bagimanapun, Azmin dan Azwan tidak kelihatan pada majlis ini.

Satu lagi pembohongan media pro-pembangkang yang amat memalukan!

KES HISTERIA MEREBAK KE UITM SERI ISKANDAR? #UiTM #SeriIskandar


Di kala kekecohan melibatkan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka belum pun reda, kini sudah mula timbul pula kekecohan baru di Twitter bahawa insiden rasuk dan histeria melarat ke UiTM Seri Iskandar, Perak pula.

Antara hashtag yang popular bagi membincangkan topik dan keadaan di UiTM Perak adalah #UiTM dan #SeriIskandar.

Jika melihat kepada beberapa tweet yang ada, keadaan di Seri Iskandar bermula sejak malam tadi.


Namun, rasanya ia tidak sekecoh atau sehangat UiTM Lendu di mana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mereka terpaksa mengadakan Majlis Bacaan Yassin Perdana di setiap tingkat asrama.

VIDEO : APABILA IMAM MEMBERIKAN UCAPAN DI DALAM GEREJA KETIKA KRISMAS...


Kalau buat ini di Malaysia dah ramai orang mengkafirkan Imam ini. Syukurlah di Mesir mereka lebih toleran. Video ini mungkin akan membutakan anda.

Kearah Malaysia yang lebih toleran dan saling memhormati agama orang lain dan tidak asyik mahu bertempik "kristian jahat mahu mengkapirkan kita"

GEORGETOWN: Dua lelaki dipercayai pendakwah Kristian dikesan mengedarkan Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, tengah hari semalam.  
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mereka yang berpakaian kemas didakwa mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.  
Perbuatan yang menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam tu seperti sengaja mencabar kesabaran umat Islam selepas isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, baru-baru ini. BeritaHarian..

DAP sebelum ini telah  membuat laporan polis berkenaan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan tiga akhbar iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times ke atas dakwaan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar tersebut pada 8 Januari 2013.


Menurut Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari, beliau membuat laporan polis atas kenyataan Mohd Puad dalam Utusan Malaysia yang mengatakan parti tersebut mencetak 100,000 Bible dalam Bahasa Malaysia menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

MKP nak tanya pada Zairil apa pulak komen dan tomahan yang perlu dibuat oleh pihak DAP dengan dedahan yang terbaru ini...Ternyata apa yang telah laporkan polis sebelum ini hanyalah palsu untuk menutup perbuatan khianat DAP terhadap umat Islam kat Pulau Pinang...

MKP Ayat Sempoi :  Kumpulan terbabit terdiri dari 3 orang lelaki dan seorang pompuan telah dikesan menaiki sebuah kereta bernombor PGJ 9002..


VIDEO : ANWAR KENA LONDEH OLEH RAKANNYA SENDIRI


Gempar beb makin lama makin banyak pulak dedahan penyelewengan Anwar didedahkan oleh rakan-rakannya yang pernah bersamanya didalam ABIM.Nak cita tanpa bukti mugkin tak best der.Tapi inilah manusia yang hanya pandai berkata-kata demi mencapai tujuannya menjadi perdana menteri.


Komen dari rakan ABIM Anwar suatu masa dulu. Anwar Ibrahim, dulu cakap lain... Sekarang cakap lain.
Itulah kenyataan
Y.BHG. Prof. Dato' Dr. Sidek Baba 
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



AZMIN JAGA ISTERI DULU SEBELUM KENCING MUKA PAS......?


MKP rasa ramai tahu skandal yang telah dilakukan oleh Shamsidar dan Anwar.Tapi demi mengejar wang dan kuasa serta pangkat didalam kerjaya politik Azmin nampaknya menghalalkan cara serta perbuatan songsang.Layakkah azmin bercakap mengenai PAS..... 

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.  

Nampaknya, ‘bola’ kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas.  Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.   

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri.  Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam.  

Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.  

Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:    

1.       Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat

2.       Sah bahawa PKR membawa fahaman plural 

3.       Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam

4.       Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP

Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali.  

Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP.  Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS?  

Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini.  Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam.  Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.  

Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.  

Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru, yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir.  

Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu para Ulama sebenar.   Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.  

Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar?  Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat – tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?    

Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan.   Namun, ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu.   Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya.  Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu.  

Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.  

Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur.  Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan.   Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.  

Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT. sendiri.  Percaya yang sesama Islam itu kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara.   Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam.  

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan.  Amin. 

PRODUSER 6JUTA PUN MARAHKAN PATRICK TEOH......


Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam berkata, sebagai 'orang lama' dan dikenali dalam industri seni tempatan, Patrick sebagai seorang selebriti yang dikenali tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menyentuh sensitiviti masyarakat beragama.

"Tidak kiralah agama apa sekalipun, sebagai masyarakat yang hidup berbilang kaum, kita harus tahu batas-batas percakapan yang kadang kala mampu mengundang sensitiviti kepada lain.

"Kenyataan yang dikeluarkan Patrick dalam Facebook miliknya harus diberi pengajaran buat semua orang agar lebih berhati-hati dalam setiap kata-kata yang ingin diluahkan.

Ekoran daripada kenyataan itu, Patrick mendapat cemuhan pelbagai pihak sehinggalah beliau memohon maaf secara terbuka serta mengakui kesilapannya itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menerusi laman Twitter miliknya menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan terhadap Patrick.

MKP Menuntut Patrick Teoh mohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam secara terbuka....Kepada rakan-rakan jom join dan LIKE Fan Page ini tanda anda menyokong 

VIDEO : #MahaRajaLawakFinal #Jozan Sapu Habis......


Lawak sempoi semua bahasa ade beb..Inilah yang dinamakan Lawak 1Malaysia..Rakyatnya harmoni dan aman.Semuanya kerana jasa Pemimpin yang menjaga keharmonian Negara tercinta ini.

5 finalis yang meneruskan perjuangan mereka memburu gelaran Juara Maharaja Lawak Mega 2012 di Johor Bahru, akhirnya terjawab!! JB Peace yooo!

Kumpulan JOZAN dinobatkan juara pertandingan Maharaja Lawak Mega, sekali gus merebut hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.

Malam ni gua layan… Maharaja Lawak bro… rileks dari cerita politik…

Kemeriahan penyokong kumpulan pelawak masing-masing membuatkan pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega penuh gemilang! 

Inilah budaya sihat yang perlu disematkan kedalam jiwa anak muda… Jangan ikuti contoh tak baik seperti mengikuti demontrasi haram, buat huruhara dijalanan yang boleh mengundang kemarahan orang ramai! Peace yoooooooo!

Naib Juara : JAMBU menerima hadiah wang tunai 250K
Tempat ketiga : SHIRO menerima hadiah wang tunai 150K
Tempat keempat : BOBOI menerima hadiah wang tunai 50K
Tempat kelima : SAYWHO menerima hadiah wang tunai 15K


Aksi Manja Baby Shima Di Bilik Tidur Tersebar?


Artis nie kalau nak glamour pun agak-agak la takkan sampai nak guna nama baby!Adakah nama itu menampakan kematangan atau taktik melariskan jualan....

Mungkin masih ramai yang belum mengenali gadis berusia 21 tahun ini, di mana untuk makluman Baby Shima atau nama sebenarnya Ashima merupakan penyanyi baru dibawah naungan pihak pengurusan KRU Music Sdn Bhd. 

Baby Shima atau lebih mesra dipanggil sebagai Shima baru sahaja melancarkan video klip untuk single terbarunya berjudul ‘Tak Sabar’. 

Lagu ini secara umumnya berkonsepkan ‘happy dan catchy’ bersesuaian dengan karakter Shima yang manja. 

“Shima tahu KRU adalah sebuah nama besar, oleh itu Shima rasa bangga apabila dapat tawaran daripada KRU sendiri. 

“Menerusi hasil perbincangan pihak pengurusan, akhirnya mereka bersetuju untuk imej ceria yang dibawakan oleh Shima dan Shima pun memang minat dengan konsep ala-ala ‘dolly’ ini,” katanya.

Tambahnya, dari segi pakaian agak susah juga hendak mencari pakaian dengan konsep yang dibawakannya. 

Tetapi dia banyak mempelajari dari orang sekeliling. 

“Shima ingin tonjolkan kelainan, sebab itu Shima bawakan imej seperti ini. Lagipun orang sekarang memang ramai yang meminati K-Pop. 

“Walaupun Shima ada juga bawakan konsep menari, akan tetapi kalau boleh Shima tak nak selincah Stacy sebab tak nak tiru dia,” katanya. 

Jom layan video klip Baby Shima yang comel selepas ini. Apa kata anda?


Friday, January 18

AHLI TOTOK PAS!!!! TOLONG BUANG SERBAN PAS KORANG KE LAUT.........?


Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama. 

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?


Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive