gaza

Thursday, January 24

ANWAR LARI TERCIRIT BILA TENGOK BENDA MACAM NIE.........?


Tembelang Anwar-Israel dah lama pecah dan kini BARU DIPERCAYAI majoriti Rakyat Malaysia. Lebih kurang 6 bulan lepas dia membayangkan hasrat untuk kembali kepada kerjaya asal sebagai pensyarah (baca pendakyah) universiti Yahudi.

Selepas Tun Mahathir berucap di Permatang Pauh minggu lepas, dia membayangkan hasrat untuk tidka bertanding di Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat UMNO (semasa dia dalam UMNO) dan kubu kuat PKR.

Dia kecewa yang teramat sangat RAKYAT Permatang Pauh mula menunjukkan sokongan dingin padanya. Dia terkejut beruk mcm beruk2 Beer Shit di mana 6,000 orang membanjiri dan mendengar ucapan Tun Mahathir.


Hari ini pulak bila sambutan maulidur rasul di kubu kuatnya Permatang Pauh lebih kurang 15ribu yang hadir memberikan sokongan pada UMNO..Eloklah pi berambus bertanding ke Lebuh Pantai atau kemana saja pun.Lagi jauh dari Pulau Pinang senang sikit kerja kami blogger Penang tak payah nak kerja susah-susah nak cywar jatuhkan maruah Anwar..

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan dirinya tidak akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
 Dalam pertemuannya bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian semalam, Anwar berkata kemungkinan besar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut yang sinonim dengannya sejak menceburi politik 30 tahun lalu. 
 “Insya-ALLAH, saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain,” katanya yang juga Ketua Umum PKR.

AHLI PAS KELANTAN PIJAK BENDERA DAP,GUAN ENG MAMPUS LU KALI NIE.......?


Satu demo telah dilakukan oleh Ahli PAS serta penduduk tempatan di Kota Bharu Kelantan.Kumpulan ini seramai 50 orang yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dibenarkan.

Selain membawa sepanduk mengecam Lim, penduduk Kampung Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.


Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudiannya mendesak PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.

"Atas nama Islam, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.


"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.

Mohd Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.


Bagaimanapun selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama PAS kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan.

@PDRMsia SAHKAN TIADA KALIMAH ALLAH DIDALAM BIBLE YANG DIEDARKAN..........


So lepas nie janganlah ada pulak pihak yang mengambil kesempatan dan membuat pelbagai andaian yang boleh mencetuskan perbalahan diantara kaum.MKP harap dengan pengesahan ini mungkin boleh meredakan keadaan yang kini semakin panas..Rakyat malaysia mengamalkan perpaduan serta menghormati penganut berlainan agama.

Polis hari ini mengesahkan semua Bible yang dirampas dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah Allah seperti yang didakwa.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini, lima naskhah Bible diserahkan kepada polis dan langsung tidak mengandungi kalimah Allah atau sebarang terjemahan bahasa Melayu atau Jawi.

Beliau berkata, tujuh laporan polis diterima dalam kes ini iaitu empat laporan daripada pelajar sekolah yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun dan selebihnya daripada orang awam.

“Sebanyak 17 rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati, Bible itu ditulis dalam bahasa Inggeris dan tiada kalimah Allah,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, lima naskhah Bible itu bersaiz poket, berwarna biru dan mengandungi 633 muka surat.

“Di muka depan tertulis ‘New Testament Psalms Proverb’. Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Hari ini (semalam), beberapa arahan lanjut diterima untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati, prejudis berdasarkan agama.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang remaja terkejut apabila melihat dua lelaki berkelakuan mencurigakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong sambil mengedarkan buku kecil kepada pelajar sekolah berkenaan.

Sehubungan itu, remaja terbabit membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Abdul Rahim berkata, berdasarkan maklumat daripada pengadu, kegiatan itu dilakukan tiga lelaki dan seorang wanita Cina.

HEBAT ORANG KEDAH JUAL DADAH SIAP ADA PAPAN TANDA...........?


Sindiket pengedaran dadah di daerah ini bertindak berani apabila memaparkan iklan menjual dadah secara terbuka di kawasan Simpang Empat, Sedaka dan Kuala Sala, di sini, sejak beberapa hari lalu sekali gus menggemparkan penduduk tempatan

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati papan iklan yang dipasang di beberapa batang pokok di kawasan berkenaan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia boleh mempengaruhi golongan remaja terutama pelajar sekolah.

Iklan itu memaparkan tulisan “Bukit Neraka FC - Yan 013-......., ubat - 1g RM25, ais - 05g RM110 dan ubat 1/2 suku gram - RM1,000“.

Difahamkan, papan iklan itu dipasang sejak beberapa hari lalu bagi menarik ramai pelanggan muda membeli dadah berkenaan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Sudin, 30 berkata, dia terkejut melihat papan iklan berkenaan dipasang di kawasan itu kerana boleh mendedahkan orang ramai khususnya golongan muda kepada bahaya pengambilan dadah.

“Saya ada menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan itu dan pemiliknya seorang lelaki memberitahu sekiranya saya mahu membeli dadah berkenaan boleh datang berjumpanya di Bukit Neraka, di sini.

“Saya membuat dua tiga kali panggilan dan ternyata nombor telefon itu adalah milik lelaki yang sama. Lelaki itu tidak berselindung dengan aktiviti penjualan dadah, malah mengarahkan saya menghubunginya semula sekiranya sudah sampai ke lokasi yang dimaksudkan itu,” katanya yang ditemui, di sini.

Menurutnya, dia terkejut melihat beberapa iklan berkenaan turut terdapat di kawasan Sedaka, Kuala Sala dan Jalan Kangkong, di sini.

“Mereka ingat kawasan ini lubuk penagih dadah sehingga sanggup memasang iklan jual dadah di sini? Sindiket dadah kini semakin berani apabila secara terang-terangan memasang papan iklan menjual dadah di kawasan ini.

“Walaupun kawasan ini dikenali sebagai perkampungan nelayan tidak semestinya semua nelayan mengambil dadah. Perbuatan ini kurang ajar dan tidak bertamadun. Justeru, saya minta pihak berkuasa menyiasat sehingga ke lubang cacing kegiatan sindiket terbabit.

“Saya tidak mahu anak bangsa mati kerana dadah apatah pembabitan golongan remaja terutama pelajar yang bakal mewarisi negara akan gelap masa depan mereka,” katanya.

Sudin mendakwa kawasan Yan memang dikenali sebagai lubuk pengedaran dadah kerana ‘tauke’ besar dadah mampu hidup mewah dengan hasil jualan dadah.

“Sindiket ini semakin berani dan mencabar pihak berkuasa dengan memasang iklan menjual dadah. Mereka seperti tidak takut pada undang-undang, yang penting dapat hidup mewah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap papan iklan berkenaan sekali gus membuat tangkapan ke atas pihak yang dikenal pasti menjadi dalang di sebalik kegiatan pengedaran dadah.



LIVE ; GERAK HIMPUN MAULIDUR RASUL PULAU PINANG #maulidurrasul

Gerak Himpun Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang kini berlangsung.Perarakan bermula dari Politeknik Permatang Pauh hingga ke Masjid Bandar Perda. Perarakan bersama umat Islam Pulau Pinang sepanjang 5 kilometer.MKP turut bersama didalam perarakan ini nampakmya ramai yang Umat Islam tak kira tua atau muda bersemangat didalam perarakan ini.

Kini semua peserta berkumpul di Masjid Bandar Perda untuk mengikuti Forum yang di rencanakan.Moderator yang dijemput terdiri dari Hassan Ali ,Shahbuddin Yahya dan Ustaz Shamshul.

Ribuan yang hadir anggaran yang hadir adalah 15 ribu.











PERKASA NAFI EDAR RISALAH BAKAR BIBLE.........


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya bertanggungjawab mengedarkan risalah "acara" membakar Bible versi bahasa Melayu pada jam 10 pagi Ahad ini.
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menegaskan PERKASA sama sekali tidak terlibat dalam pengedaran risalah itu apatah lagi menganjurkan acara sedemikian rupa.
 
Beliau turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai perbuatan jahat pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mengambil kesempatan di atas polemik yang berlaku.
 
Justeru, PERKASA mahu pihak polis menyiasat dalang di sebalik perkara tersebut.
 
"PERKASA tidak pernah mengedarkan risalah mahupun menjemput, sama sekali mengadakan upacara pembakaran Bible dalam bahasa Melayu.
 
"Untuk mengadakan upacara membakar Bible pada 27 Januari ini adalah tidak benar dan PERKASA sama sekali tidak pernah menjemput orang ramai untuk turut serta. 
 
"Jadi kita minta pihak polis menyiasat seiapa sebenarnya dalang yang mengedarkan Bible tersebut yang kita percaya adalah pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan menangguk di air keruh. Ini juga adalah kerja pihak tak bertanggungjawab yang cuba mencurah minyak ke dalam api," katanya.
 
Mengulas lanjut kenyataan Presiden Datuk Ibrahim Ali berhubung gesaan membakar Bible bahasa Melayu sebelum ini, Syed Hassan menegaskan ia hanyalah satu peringatan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya menghentikan segala usaha pengedaran Bible kepada orang Melayu.
 
Malah, ia juga merupakan langkah selamat bagi menjaga keharmonian umat Islam di negara ini. 
 
"Walaupun sebelum ini Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali ada menyebut barang sesiapa umat Islam yang menerima Bible bahasa Melayu yang dalamnya terkandung perkataan jawi dan kalimah Allah mesti membakarnya sebaik sahaja menerimanya.
 
"Tapi itu sebagai "wake up call" kepada semua pihak yang bertanggungjawab supaya menghentikan segala usaha mengedarkan Bible bahasa Melayu yang ada kalimah Allah di dalamnya kepada umat Islam. Sebab sehari sebelum Datuk Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan tersebut, satu laporan polis telah dibuat bahawa ada cubaan mengedar Bible bahasa Melayu yang dalamnya terkandung perkataan jawi dan kalimah Allah kepada pelajar sekolah beragama Islam," ujarnya.
 
Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata pihak PERKASA akan bertindak membakar Bible versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah dari terjemahan perkataan 'God'. 
 
Sebaliknya ujarnya tindakan membakar Bible tersebut adalah jalan terbaik untuk mengajar mereka yang melanggar Perlembagaan Persekutuan.
 
Dalam pada itu, ditanya apakah tindakan yang akan diambil PERKASA jika acara pembakaran Bible itu tetap berlangsung, Syed Hassan berkata pihaknya sama sekali tidak akan terlibat malah menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
 
"Saya tidak tahu, tapi jika ia berlangsung semestinya ia bukan dari PERKASA. PERKASA tidak akan melakukannya buat masa ini dan masih lagi memikirkan keselamatan negara, kesejahteraan negara, keharmonian antara kaum PERKASA tidak akan lakukan.
 
"Kita akan biarkan pihak polis yang menangani, sekiranya berlaku ia akan menimbulkan suasana yang tidak elok dan adalah lebih penting acara itu dihalang daripada berlaku," tambahnya.

VIDEO : USTAZ NATANG AZHAR IDRUS PUN MAIN #LISTEN JUGAK KE.......?


“Tu listen lain tu, dengar molek, kalu menteri tadak amal, susah di dalam kubur, dah kalu kita rakyat jelata tadak amal, lebih lagi, faham dak lagi, tu contoh,” kata pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus.


Ok apa peringatan yang diberikan oleh UAI diatas. 'Menteri' yang disebut itu boleh saja mewakili SIAPA SAJA BERTARAF PEMIMPIN tanpa mengira parti, ngo atau organisasi.

Jawatan sebagai PEMIMPIN ada tanggungjawabnya , baik kepada diri sendiri maupun kepada mereka yang dibawahnya. Jawatan itu adalah satu AMANAH.

Berapa kerat pemimpin yang sedar jawatan yang mereka pegang itu merupakan satu AMANAH yang diberikan supaya mereka dapat BERKHIDMAT kepada rakyat ?

Jawatan dan pangkat BUKAN lesen untuk mengaut harta, bukan peluang untuk memiliki rumah besar dan kereta mewah.

Begitu amanah dalam memimpin umat kejalan yang benar ...sekiranya umat berpecah belah, berprasangka negatif antara satu sama lain kesan dari apa yang diajar oleh pemimpin, maka bertambah2lah dosa yang harus dipikul pemimpin itu.

SUMBER


Wednesday, January 23

MAK LAMPIR ADA ANAK IKAN BARU.......PERGH HEBAT KETUA WANITA KEADILAN NIE.........?



Nama : Adam Rosly
Umur : 26 tahun
Pendidikan : SPM

Apa yang saya akan coretkan di sini merupakan sumber yang diberikan oleh kepimpinan PR Ampang sendiri yang tidak berpuas hati dengan mamat di atas ini. Tak perlulah saya mention sama ada parti PKR, PAS ataupun DAP sebab yang pentingnya, ketiga-tiga parti ini memang haprak.

Berbalik pada story asal, inilah ceritanya.

Ada seorang tokoh korporat yang berstatus 'Tan Sri' telah berniat ikhlas untuk memberikan sumbangan peribadi untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan yang disampaikan Tan Sri tersebut tidak sampai jutaan RM tapi bagi rakyat seperti saya, jumlah RATUSAN RIBU RINGGIT itu memang banyak.

Untuk info, Lembah Jaya terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di mana wakil rakyatnya terdiri daripada wakil PAS iaitu Kassim Abd Aziz dan Parlimennya pula dipegang oleh PKR, Zuraidah Kamaruddin.

Adam Rosly bersama ADUN Lembah Jaya Kassim Abd Aziz, ADUN Cemapaka, Ir Iskandar Abd Samad dan Mak Lampir

Al kisahnya bermula apabila duit sumbangan Tan Sri terbabit telah diselewengkan secara senyap oleh seorang budak mentah yang berusia awal 20an dan tidak mempunyai kerjaya dan kelulusan. Yang menjadi persoalannya, menurut sumber di Lembah Jaya. Si mamat Adam Rosly ni mempunyai beberapa buah kenderaan mewah yang secara logiknya memang tidak harus ada oleh seseorang yang tinggal di Apartment Projek Perumahan Rakyat di sana.


Duit yang diselewengkan Adam Rosly ini sememangnya diketahui oleh ADUN Lembah Jaya yang merupakan master mind dan perancang utama. Duit yang sepatutnya digunakan untuk tujuan mulia telah disalah gunakan untuk tujuan peribadi. Sungguh memalukan lagi apabila si Adam Rosly menggunakan wang haram tersebut untuk tujuan beli undi bagi menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Ampang. Secara logiknya, memang mamat ni tak boleh menanglah sebab dia sendiri tidak mempunyai ground personal touch dengan penduduk di sana.

Atas rasa keprihatinan yang tinggi terhadap mamat yang mendukung LGBT ini, opss terbuka cerita episode lain pula.

Continue semula, dek kerana tidak berjaya mendapatkan jawatan dalam PAS, ADUN Lembah Jaya si Kassim tadi tu pun mengesyorkan Adam Rosly melompat ke dalam PKR kerana masih ada ruang dan peluang untuk Adam Rosly ni menempatkan diri dia di dalam kepimpinan PKR Ampang.

Dengan izin dan green light daripada Zuraidah a.k.a Mak Lampir yang memegang tampuk kepimpinan PKR di Ampang maka pelan yang dirancang oleh ADUN Lembah Jaya pun berjaya di dalam PKR. Dengan kadar segera tiba-tiba mamat ni dilantik pula memegang jawatan selaku Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan restu Mak Lampir.

Secara tidak langsung dengan perlantikan ini, Mak Lampir telah berjaya meletakkan Adam Rosly pada kedudukan jawatan tertinggi dalam PKR Bahagian Ampang dan sekali gus memangku terus jawatan selaku Pembantu Khas Mak Lampir, perghhh pantas.

Timbul rasa tidak senang di kalangan ahli-ahli dan orang-orang PR di sana yang seakan-akan tidak diiktiraf pengorbanan mereka menaikkan Mak Lampir di Ampang pada PRU yang lepas. Sudahlah banyak kali Mak Lampir buat hal di Ampang, mereka pula banyak cover tingkahlaku buruk YB ini dengan pelbagai alasan. Ini termasuklah semasa terjadinya banjir kilat di Ampang dan Hulu Langat di mana Mak Lampir gagal membantu penduduk di sana sehingga menyebabkan UMNO dan BN turun padang menyelesaikan masalah tersebut.

Adam Rosly seperti yang diberitahu sumber saya, dia merupakan proksi kepada 2 orang wakil rakyat yang tamak iaitu ADUN Lembah Jaya & YB Parlimen Ampang.

Ada lagi sambungannya. Tunggu.

SUMBER

KEBERANIAN PM JEJAK KAKI MEMBUATKAN NIK AZIZ BACUL.......?

Keberanian Najib, Kebaculan Nik AzizTika ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. 
Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato' Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor. 
Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel. 
Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13.
Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel. 
Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel. 
Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang. 
Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda. 
Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. 
Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi. 
Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.


VIDEO: ORANG KELANTAN BODOH SAMBUT #LISTEN BAWANGI DENGAN TAKBIR.........?


Memang sial tahap anjing, Kat mana benda nie terjadi...? Kelantan der!!!!! Memang bodoh tak boleh diajar orang Kelantan nie...Sampai tahap menjilat bulu basah nak sambut orang bukan Islam dengan Takbir.....Kalau minah bawangi nie Islam tak kisah lah jugak nak bertakbir atau apa saja pun......

Tapi inilah realitinya tahap pemikiran anjing tak boleh blah langsung...siap puji diri sendiri lagi mamat sengal tue...Bangga apa kalu boleh cakap orang putih sekali pun kat sekolah rendah pun telah diajar oleh cikgu bercakap orang putih...Memang orang kelantan nie merak buih bangga benda yang tidak patut dibanggakan...Pasal makan budu banyak sangat kot lembab pemikiran korang sampai tak boleh nak beza benda simple macam tue pun...


Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk.    Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci.   Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam.    Sementara PKR  mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.   

Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.   

Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.   

Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu.  Hikmahnya dari ‘tragedi’ ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru.   Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai.   

DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya.  PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu.  

Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam.  

Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO.  Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO.   Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO.    

Jelas di sini  bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi.  Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan.  

Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata.  Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu.   Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua.  

Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi.  Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak  yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka.  Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara.  

Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR.  Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua.  Dan PAS pula sudah ‘tawar hati’ dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.   

Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah?   Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR?  

Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah.   Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam.  

Maka, perselisihan semakin parah sedangkan ‘Perdana Menteri Anwar Ibrahim’ pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah.   Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.   

Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam.  

Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat.   Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga.  

VIDEO ; PEMUDA BN PUKUL ORANG SAMPAI MATI TERKELUAR OTAK......?


Dalam video yang kedua dari tiga siri video yang disiarkan ini anda akan menyaksikan bagaimana sekumpulan remaja hasil didikan UMNO/BN menunjukkan isyarat lucah kepada pemimpin..

Serangan ala samseng dan kempen politik ganas terhadap program ceramah Pakatan Rakyat di Stualang, Johor ini telah berlaku pada malam 15 Januari lalu.

Blogger musibat paling pengecut di Pulau Pinang Anak Sungai Celaka buat cita bodoh tahap babi pengangkat najis Anwar Al-juburi....Sejak dari eksiden rumah anak sungai celaka kena serbu dengan rakan pemuda tempohari masih lagi tak serik...MKP rasa nak kena repeat sekali lagi kot lepas nei...!!!!

Mana ada pemuda buat kacau dan tunjuk isyarat lucah pada lu orang atau dah pecah ke kepala pembuat onar kt johor tue...cuma cakap aje dan suruh korang blah...Takkan provokasi macam tue dah kecut teloq..Memang hampa semua nie jenis bacul tak ada teloq kot...


Video nie lagi ganas beb siap nak langgar lari pulak...bukan macam video gampang yang lu sebarkan der...Apa pulak penjelasan lu tentang benda nie....




USTAZ FATHUL BARI CAKAP PANDAI TAPI LARI KE SONGKLA JUGAK KAHWIN......?


MKP dok belek video ceramah UFB nie kat laman u-tube tetiba jumlah video nie...Pasal nikah kawin la nie susah pasal kt Malaysia. Banyak kerenah dan macam-macam tuntutan.....Betul ke??? Atau saja nak nikah express sebab tak tahan dugaan......Maklumlah lelaki bila dah kaya sikit mula gatai dan miangnya.

Ini adalah cara hidup orang kita...bila dah kaya nak tukar kereta atau tambah bini....Bukan MKP kata!!!!! Tapi lihat dengan mata kepala sendiri...memang betul pun....Rasanya dikalangan rakan-rakan seperjuangan pun pun ramai macam tue,Tapi ingat bini yang pertama itu jangan ditinggalkan pulak......?

Tapi zaman sekarang kahwin ni dah jadi sangat susah dan membebankan, kerana nak kahwin kena ada:

Pengantin lelaki

Pengantin perempuan

Kad kahwin brochure/booklet, banner, kain rentang, bunting

Pre-wedding photoshoot

Duit hantaran RM30,000

Hantaran berdulang2

Wali

Dua orang saksi

Ijab dan kabul di masjid/surau (yang wanita pakai tudung)

Photoshoot semasa majlis nikah

Make-up artist

Majlis perkahwinan sebelah perempuan di PICC Putrajaya (pengantin perempuan dah tak pakai tudung dan pakai baju dedah dada)

Pengacara majlis, kumpulan kugiran dan nyanyian dari artis terkemuka

Slide video sejarah hidup pengantin dari kecik sampaila kahwin

Ucapan mak bapak pengantin dan VIP serta aktiviti merenjis dan tepung tawar

Meja makan pengantin khas bersama para VIP

Kek kahwin 8 tingkat yang hanya diguna untuk potong sahaja

Photoshoot semasa majlis perkahwinan

Ulang semula step 12 - 18 untuk majlis sebelah pengantin lelaki di Dewan Perdana Felda.

Post-wedding photoshoot

Wedding storyboard photo album

Honeymoon di Bali

Dan lain2 lagi...

Kalau berkekalan sampai mati tu kira berbaloi la jugak, tapi ada yang habis beratus ribu, 2 3 tahun cerai. 

Kalau yang kahwin sampai habis berpuluh beratus berjuta tu memang artis, ahli perniagaan atau ahli politik yang kaya tu boleh tahan lagi la, tapi tahu tak bila golongan2 selebriti ni bermewah2 time nak kahwin serta mempopularkan trend dan budaya2 mengarut masa nak kahwin. 

Malah ditayang pula dalam TV, majalah, Internet, sedikit sebanyak ia mempengaruhi golongan2 rakyat marhaen yang tak berapa nak berduit ni untuk berhabis2 juga semata2 untuk kahwin biarlah berhutang sekalipun buat loan sampai 20 tahun semata2 nak kahwin dengan mewah, dengan alasan;
"Ala kahwin sekali seumur hidup je, bukan tiap hari pun kahwin, aku nak juga majlis kahwin aku macam Yusry dengan Erra Fazira ala2 garden dulu, tak pun dapat kahwin gaya ala2 tentera macam Farid Kamil dengan Diana Danielle pun OK walau bukan tentera".
Macamlah kau tahu ko kahwin sekali je seumur hidup, ntah2 lepas tu tiba2 bercerai atau laki/bini kau mati awal dulu ke, lepas tu nak kahwin lagi, tak ke dah kahwin lebih dari sekali seumur hidup? 

Dan sebab kau bukan tiap2 hari kahwin la ko kena berjimat cermat, yelah ko kahwin sehari je pun tapi beribu2 duit habis semata2 untuk satu hari tu je, hari2 lain yang ko nak kena tanggung anak bini makan, tempat tinggal, nafkah apa semua tu ko kena hadap tiap2 hari. Kalau yang berhutang tu lagi kesian.

Entahlah, mungkin sebab tu ada orang lebih prefer kahwin dekat Siam, lagi mudah malah Majlis Fatwa pun dah cakap kahwin di Thailand sah. 

Mungkin sebab tu juga Ustaz Fathul Bari memilih untuk berkahwin di Siam malah Anwar Ibrahim juga dulu dikatakan berkahwin di Siam juga seperti di blog MyMassa ini.

Lain2 orang ternama yang berkahwin di Siam seperti Aida Khalida dan Joe Radzwill, Aidil Zafuan dan Rita Rudaini serta penyanyi Aishah dan suami. Mungkin kerana mereka sendiri merasakan betapa rumit dan susahnya prosedur nak berkahwin di Malaysia menyebabkan mereka memilih untuk berkahwin di Siam? 


Maka jadilah orang yang nak berkahwin sekarang ni rata2 sama ada mengikut trend bermewah2 seperti golongan selebriti yang kaya2 ini, ataupun kahwin kat Siam terus. 

Yelah kalau selebriti, pemimpin dan ilmuwan agama boleh memilih untuk berkahwin di Siam, kenapa Orang lain tak boleh? Malah kelemahan dalam urusan perkahwinan di negara kita ini diakui sendiri oleh UFB yang sebelum ini menyatakan;
"Nikah kahwin dalam negara kita ada banyak isu yang kadang2 benda tu lambat sangat disettlekan, jadi kita mintak pihak2 berwajib supaya lebih membantu untuk menyelesaikan isu2 perkahwinan dipercepatkan urusan" 

seperti dalam video ceramah beliau ini:







DAP KEJAM ROBOHKAN BILIK GERAKAN WANITA BN JELUTONG.....?


DAP bertindak kejam dengan bersubahat dengan pemaju supaya bilik Gerakan Wanita BN Jelutong dirobohkan tanpa notis.Wanita BN kerugian sebanyak rm 150 ribu.Jika ada permusuhan didalam politik pun janganlah bertindak seperti penyamun.Berbincang terlebih dahulu supaya barang yang berharga dapat dikeluarkan.Mungkin korang dah tahu nak kalah atau akan berkuasa lagi.Tak kisahlah apa jua lepas nie.Kalau BN Pulau Pinang menang kembali Pulau Pinang nasiblah pemaju tue lepas nie...

Wanita Barisan Nasional (BN) Jelutong mahu pihak yang bertanggungjawab merobohkan bilik gerakan BN Jelutong pada Ahad lepas memberi penjelasan berhubung tindakan mereka. 
Timbalan Pengerusinya Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohd berkata tindakan itu yang dilakukan tanpa notis pemberitahuan menyebabkan kerugian sekitar RM150,000. 
"Kita beri mereka yang sepatutnya bertanggunggjawab dalam hal ini selama seminggu untuk tampil beri penjelasan...jika tidak ada juga kita akan minta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak bilik itu di sini hari ini. 
Saripah Aminah yang juga Ketua Wanita Umno Jelutong, berkata mereka kehilangan tiga unit mesin jahit, dua alat pendingin hawa serta kabinet fail dalam kejadian itu. 
Bilik ini yang beroperasi sejak 1998 dimanfaatkan bagi pelbagai aktiviti termasuk kelas jahitan serta kelas tuisyen percuma untuk 20 pelajar miskin dari kawasan sekitar, katanya. 
"Saya memang perlukan sangat bilik gerakan ini untuk pilihan raya umum yang akan datang, sejak beroperasi sebanyak tiga pilihan raya umum memang menggunakan bilik gerakan ini untuk semua operasi...sekarang ni saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi," katanya. 
Menurut Saripah Aminah, kejadian itu berlaku ketika pihaknya masih berunding dengan pemilik tanah iaitu Duta Mas Permai Sdn Bhd, sama ada syarikat tersebut mahu memberi pampasan atau premis baharu kepada mereka. 
"...tetapi belum pun sempat capai keputusan, bangunan dirobohkan," katanya. - Bernama

#nowplaying #Listen UMMI HAFILDA NAK JADI ARTIS PULAK........?


Habislah Datuk Siti terpaksa bersara lepas ni.. Rupanya Ummi Hafilda mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian der..

Bukan tahap sakit telinga tapi boleh berdarah hidung der bila dengar Ummi Halifda Menyanyi....

Selama ni korang cuma dengar Ummi melalak kat tempat ceramah je.., tapi sekarang ni cuba korang dengar suara 'merdu' Ummi menyanyi masa hari kahwin beliau..




AZWAN ALI MENYUMPAH UMMI HALFILDA BILA MAKNYA JATUH........

Susulan dari cerita yang dikeluarkan oleh portal Murai.com mengenai kisah ibu kepada ahli politik, Azmin Ali, ahli perniagaan, Ummi Hafilda dan artis lelaki, Azwan Ali, yang dikatakan jatuh di bilik air pada malam persandingan Ummi Hafilda, hanya Azwan Ali sahaja yang mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.
Seperti biasa, Azwan hanya mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial Twitternya sahaja malam semalam.
Baru-baru ini, Ummi Hafilda telah pun melangsungkan perkahwinannya di rumah ibunya, di Kg. Klang Gate, Hulu Klang.
Pada malam persandingan Ummi Hafilda, dikhabarkan ibu mereka, Mak Tom telah jatuh dalam bilik air.

“Slm. Ko Henggat AKU HADAP Majlis JIJIKZ ko? Tuhan Bayar Cash! Malam yg SAMA? AMBULAN Masuk KAMPONG! Ada YG JATUH Bilik AIR coz Sial KO!”
“Slm. TUHAN MAHA ADIL ! Kes AMBULAN masuk KAMPUNG ? Tetengah MALAM BUTA? Insaf lah ! More BALA to come ! Eeeeeeee,” tulis Azwan.Katanya lagi, kejadian itu adalah balasan di atas perbuatan Mak Tom dan Ummi Hafilda sendiri. 
“Slm. What Goes Around ? HANJJJ around ! MUHASABAH la diri before BALA terus ke MUKA,” kata Azwan.
Seperti mana yang kita sedia maklum, dahulu, hubungan Azwan dan Ummi Hafilda tidak berapa baik walaupun mereka adalah adik-beradik kerana fahaman politik yang berbeza.
Malah, Ummi Hafilda juga tidak baik dengan abangnya, Azmin Ali, orang kuat dalam parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat.
Azwan juga turut mengikuti jejak langkah Azmin untuk bermusuhan dengan Ummi Hafilda.
Namun, atas takdir Tuhan, Azwan dan Ummi Hafilda berbaik semula dan Azwan sendiri berjanji untuk bercakap buruk terhadap Ummi Hafilda.
Tidak berapa lama selepas itu, Mak Tom pernah mengeluarkan kenyataan di media utama mengatakan dia kecewa dengan sikap anak lelakinya, Azmin Ali yang membelakangkan ibu dan keluarganya sendiri demi fahaman politiknya yang tegar.
Selepas itu, Azwan sekali lagi mengisytiharkan perang dengan Ummi Hafilda semula hingga kini.
Banyak jugalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Azwan di laman sosialnya itu.
Tambah Azwan lagi, dia hanya ada Azmin Ali dan Azman Ali sahaja sebagai adik-beradiknya, tiada orang lain lagi dalam dunia ini.
“Slm. DIVA AA Hanya ada FAMILI YB @AzminAli n AZMAN ALI dlm lebihan hidupNYA! Ko sapa JADAH? DO I CARE? SO?,” tulis artis kontroversi itu.
Apa-apa pun, jika benar Mak Tom jatuh sakit, sama-samalah kita doakan kesejahteraan ibu mereka agar kembali sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Amin.

Tuesday, January 22

ADA PULAK YANG KENA TERAJANG SAT GIE........? @TMS_UMB @semuthitam80


Nape korang tak pecaya ke apa yang telah MKP gembar-gemburkan sebelum ini.Memang MKP tak boleh terima UFB kahwin lagi satu...Persoalan yang ditimbulkan adalah pertanyaan yang perlu jawab!!!!! Artikel sebelum ini...... KLIK 

Tapi rakan MKP dari teamediaselangor nampaknya beriya nak back-up UFB nie mesti ada udang sebalik mee...takkan korang masyuk kot...? jika benar Mai sini sikit buah yang sedap tue...kalau lu orang pikir BROTHERHOOD kenalah syeerrrrr....

Tapi apa-pun berita nie lagi musibat der.......baru aje memerintah dah mengaku Penang dia punya apa punya haram jadah tokong nie...


Korang bacalah kt BLOG SEMUTHITAM Ayat berapi dari Kawan MKP yang dah kena tinggal jauh huhuhu


PAS Utamakan Orang Johor Dari Orang Kelantan?



Beberapa hari lepas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman untuk melaksanakan tujuh projek pembangunan berskala besar untuk Kelantan semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong, Kota Bharu. 

Projek pembangunan itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bekalan air bersih.

Berikutan itu ada sesetengah penyokong dan pemimpin PAS tampil mempersoalkan kenapa projek pembinaan kompleks petrokimia yang melibatkan pendaratan & penapisan minyak dan gas di Pantai Senok, Bachok tidak dimasukkan sekali dalam pakej pembangunan yang diumumkan oleh PM. 

Bagi yang celik akal dan minda tentunya sedang tersenyum simpul mendengar tuntutan sedemikian. Persoalannya kenapa? 

Umum mengetahui di Pengerang, Johor tika ini usaha Kerajaan Pusat melalui Petronas untuk membina kompleks petrokimia membabitkan pendaratan dan penapisan minyak (Rapid Pengerang) telah menerima bantahan daripada PAS dan sekutu mereka. 

Para pemimpin PAS dan PR serta NGO proksi mereka giat melancarkan kempen hasutan kepada penduduk kononnya projek kompleks petrokimia di Pengerang itu akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar selain menyebabkan risiko keselamatan kepada penduduk.

Dilihat pada propaganda dan hasutan PAS serta PR di Pengerang, logiknya ia menggambarkan keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar, kesihatan dan nyawa rakyat Johor. 

Itu yang kelihatan dari pandangan kasar.

Bila dibandingkan pula dengan tuntutan PAS supaya kompleks petrokimia yang sama di bina di Kelantan, ia seakan menunjukkan PAS amat mengutamakan keselamatan rakyat Johor berbanding nasib rakyat negeri Kelantan, bukan begitu?

Tapi hakikat sebetul-betulnya, percanggahan ketara itu hanya menyerlahkan betapa hipokritnya pemimpin PAS & PR. 

Mereka membantah Rapid Pengerang bukan atas isu alam sekitar, kesihatan dan demi nyawa rakyat pun. Sebaliknya bertujuan untuk mensensasikan sentimen penduduk sahaja.

RISAU HANTAR ANAK BELAJAR DIKELANTAN TAKUT TERJEBAK KELAB BERTUDUNG TANPA DARA?


Adoi... kerisauan bukan jer pada aktiviti Geng Bertudung tanpa Dara, sebaliknya mak bapak yang tengah tunggu keputusuan periksa anak-anak SPM yang nak keluar pun dah mula berkira-kira tak akan benarkan dema belajor di Kelantan walaupun sebelum ini dengan tanggapan Serambi Mekah adalah terbaik untuk anak-anak dihantar belajar tinggi disana dengan berharap tingkah laku serta anak-anak lebih berhemah dan bermoral.

Beberapa siri pendedahan dalam blog-blog menceritakan bagaimana sekumpulan pelajar tinggi yang makin terkenal dengan geng tudung yang tak berdara, dalam kumpulan nie dema akan menganggap sapa saja yang masih dara sebagai budak kampung dan memaksa hilangkan dara dema untuk bersama dalam group dema

Pendedahan dalam Blog Taiping Central ada ceritanya...

PAS BAGAIKAN ANJING DIMATA PAKATAN RAKYAT...?


Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas. 

Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.

Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.

Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.

Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.

Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.

Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.

BAWANGI PUN POK NIK AJIS BAGI TANAH JUGAK...???


Memohon restu ibubapa untuk melakukan sesuatu adalah perkara biasa. Tapi bila berlaku sesuatu yang mengundang persepsi yang tidak baik kemudian berjumpa dengan Nik Aziz adalah sesuatu yang luar biasa.

Gambar di atas menunjukkan Elizabeth Wong yang pernah menemui Nik Aziz apabila keluar cerita dan gambar separa bogelnya. Entah apa yang dicakapkan Elizabeth kepadanya. Restu yang bagaimana yang diminta dari Nik Aziz. Yang pasti bukan mensucikan dosa perempuan yang pernah kangkangnya diambil gambar ini.

Kemudian muncul pula YB Teoh Nie Ching yang mengadap Ayahanda Nik Aziz apabila dikecam hebat kerana memasukki surau untuk memberi tazkirah. Mungkin sebagai orang muda Teoh tak dapat menahan kecaman dan kutukan kerana perbuatannya itu, lalu dia terpaksa menemui orang besar untuk mensucikan dirinya.

Mungkin ramai lagi yang berjumpa Ayahanda Nik Aziz termasuk artis yang dulunya pernah dikaitkan dengan kontroversi murahan seperti Hairie Othman yang pernah ditangkap khalwat dan Abby Inspektor Aliza yang pernah dikaitkan dengan cinta orang muda. Selepas perjumpaan itu Abby mula keluarkan bermacam-macam fatwa pelik. Sehingga pernah mengeluarkan fatwa terbatal syahadah.


Kini tiba giliran Bawani pula menemui Ayahanda Nik Aziz, apa butiran sebab perjumpaan tersebut tidak Angin ketahui tapi mungkin juga nak minta restu untuk berjuang bagi meraih keuntungan politik. Atau mungkin juga mahu menjadi calon pertama bukan islam dibawah lambang pas???


Entah apa pula yang akan dilakukan oleh bawani selepas mendapat restu ini??

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive