Monday, January 7

BLOGGER MELETOP PENANG KENA SAMAN.....


Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

(Gambar kiri,Khalid Samad bersama peguamnya, Hanipa Maidin bercakap kepada media di luar mahkamah selepas kes selesai)

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri.Hrkh

MKP Ayat Sempoi : Bukan senang nak jadi blogger,Bila kena saman tanggung sendiri...... 


3 comments:

  1. Gua yang baru nak blogging ni pun naik risau dgn keadaan macam ni... Macam nilah nasib blogger UMNO.. Berjuang demi parti tapi tak pernah ada orang besar UMNO yang ambil peduli... Hangpa ni nak menang ke tak? Orang berjuang bagai nak rak untuk naikkan hangpa, last2 bila kena macam ni semua lepas tangan...

    ReplyDelete
  2. Apalah Kalid Samad nih....kalau kena batang hidung sendiri sibuk nak saman orang.....kalau diblog pencacai pr buat gambar edit macam-macam kat pemimpin UMNO contohnya Mahafiraun,Najib Tok Sami Hindu tak nak ambil tindakan pula memang double standard mereka nih...hipokrit

    ReplyDelete
  3. Anonymous January 7, 2013 11:06 PM

    ape yg ko tulis dan ckp, itu tanggung jawab ko sendiri. sbb sume tu dr otak fikiran ko bkn org lain. takka lps berak nak harap org lain cucikan? alam ciber ni pun ada peraturan. kalo dh kena saman sbb mulut sendiri tu tanggung la. jgn nak ikut sgt perangai puak cai suka salahkan orang lain.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.