DAP bertindak kejam dengan bersubahat dengan pemaju supaya bilik Gerakan Wanita BN Jelutong dirobohkan tanpa notis.Wanita BN kerugian sebanyak rm 150 ribu.Jika ada permusuhan didalam politik pun janganlah bertindak seperti penyamun.Berbincang terlebih dahulu supaya barang yang berharga dapat dikeluarkan.Mungkin korang dah tahu nak kalah atau akan berkuasa lagi.Tak kisahlah apa jua lepas nie.Kalau BN Pulau Pinang menang kembali Pulau Pinang nasiblah pemaju tue lepas nie...
Wanita Barisan Nasional (BN) Jelutong mahu pihak yang bertanggungjawab merobohkan bilik gerakan BN Jelutong pada Ahad lepas memberi penjelasan berhubung tindakan mereka.
Timbalan Pengerusinya Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohd berkata tindakan itu yang dilakukan tanpa notis pemberitahuan menyebabkan kerugian sekitar RM150,000.
"Kita beri mereka yang sepatutnya bertanggunggjawab dalam hal ini selama seminggu untuk tampil beri penjelasan...jika tidak ada juga kita akan minta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak bilik itu di sini hari ini.
Saripah Aminah yang juga Ketua Wanita Umno Jelutong, berkata mereka kehilangan tiga unit mesin jahit, dua alat pendingin hawa serta kabinet fail dalam kejadian itu.
Bilik ini yang beroperasi sejak 1998 dimanfaatkan bagi pelbagai aktiviti termasuk kelas jahitan serta kelas tuisyen percuma untuk 20 pelajar miskin dari kawasan sekitar, katanya.
"Saya memang perlukan sangat bilik gerakan ini untuk pilihan raya umum yang akan datang, sejak beroperasi sebanyak tiga pilihan raya umum memang menggunakan bilik gerakan ini untuk semua operasi...sekarang ni saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi," katanya.
Menurut Saripah Aminah, kejadian itu berlaku ketika pihaknya masih berunding dengan pemilik tanah iaitu Duta Mas Permai Sdn Bhd, sama ada syarikat tersebut mahu memberi pampasan atau premis baharu kepada mereka.
"...tetapi belum pun sempat capai keputusan, bangunan dirobohkan," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.