Thursday, January 10

KAD MEDIA DARI PDRM UNTUK #KL112 @PDRMsia


Ini adalah kad media yang telah dikeluarkan oleh pihak PDRM untuk #KL112 sabtu ini.Pihak PDRM dah buat sehabis baik untuk mengelak pekara yang tidak diingini berulang.So klu korang nak bertegas jugak mempertikaikan kad media nie memang sengaja nak langgar undang-undang yang telah ditetapkan....

Langkah memperkenalkan tag media dari polis untuk pengamal media yang akan bertugas semasa perhimpunan yang dianjur pembangkang di ibu negara Sabtu ini merupakan langkah proaktif pihak polis untuk menjamin keselamatan mereka.
   
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia adalah sesuatu yang dipelajari daripada perhimpunan BERSIH yang lalu, semata-mata untuk membolehkan pihak polis mengenal pasti media daripada peserta perhimpunan, tanpa agenda lain.
  
"Pertimbangan kita yang paling penting adalah keselamatan awam, dan apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan ia bersandarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Hishammuddin bagaimanapun berkata soal keselamatan tidak hanya terletak di bahu pihak polis kerana pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu sendiri turut bertanggungjawab atas keselamatan masing-masing.
   
Beliau berkata PDRM diyakini dapat menjamin keselamatan dan ketenteraman mereka, dengan syarat semua pihak termasuk pihak penganjur realistik dan permintaan mereka munasabah.

"Kali terakhir (BERSIH) ia diadakan di jalan raya, bukannya polis yang pergi ke jalan raya. Apabila jaminan diberikan ia akan merupakan perhimpunan aman, ia tidak berlaku," katanya.




No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.