Kurang ajar puak harami nie sampai macam nie nak buat onar menyambut Perdana Menteri di Kelantan semalam.MKP nak habaq lepas nie mesti puak harami nie kata UMNO yang buat tapi agak-agak lah kalau bebudak UMNO berani nak main benda macam nie.
Populariti Datuk Seri Najib Razak menonjol dalam kalangan rakyat adalah berikutan prestasinya yang dinilai orang ramai, termasuk program transformasi dan janji ditunaikan kerajaan.
Pensyarah Jabatan Komunikasi Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata faktor berkenaan diperoleh dalam kajiannya antara Mac 2008 hingga Julai 2012.
Malah, katanya, kajian itu juga menunjukkan populariti Najib terus mengatasi tiga pemimpin pembangkang.
Kajian itu mendapati populariti Najib meningkat daripada 41 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008 kepada 58 peratus pada Julai 2012 berdasarkan tinjauan kepuasan terhadap pemimpin.
Sokongan 58 peratus daripada 1,963 responden ditemubual secara bersemuka dari 1 hingga 31 Julai lalu adalah tertinggi jika dibandingkan dengan sokongan diterima Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (47 peratus), Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (34 peratus) dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (31 peratus).
Beliau ditemui selepas pembentangan Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama BH .
Populariti Anwar menurun
Syed Arabi dan Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah panel jemputan bagi sesi pertama wacana itu yang dikendalikan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar selaku moderator.
Mengulas lanjut, Syed Arabi yang juga bekas rektor UIAM berkata kajian itu dijalankan berperingkat pada Mac 2008 membabitkan 1,654 responden dan 1,370 responden pada Mac 2012 sebelum diteruskan pada Julai tahun lalu.
Malah, katanya, populariti Anwar pula menurun dari 46 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008, berbanding 34 peratus pada Julai 2012.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.