Wednesday, January 9

#KL112 STADIUM DAH DAPAT TAPI CUKUP KE SEJUTA LEMBU NAK MASUK.....?


Mat Sabu mungkin bakal dilanggar kali kedua pada bulan depan ekoran Mat Sabu dinobatkan sebagai “Pengarah Himpunan Huru-Hara Pakatan Haram” yang bakal berlangsung pada 12 januari 2013..

Program Himpunan 1 Juta Rakyat yang dikatakan akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini.

Katanya, sekretariat yag diketuainya itu “berniat baik” dan “mendengar kata” Perdana Menteri yang sebelum ini menyarankan agar mana-mana pihak untuk menggunakan stadium sebagai lokasi berhimpun menyatakan apa-apa tuntutan kepada kerajaan.

“Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di  Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri  yang kita sayangi,” – Mat Sabu, Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, 20 Dis 2012.

“Sayangi”? Mat Sabu sayang pada Datuk Seri Najib Tun Razak? Apakah “sayang” Mat Sabu itu ikhlas atau dia sengaja hendak menyakitkan hati? Rasanya dia tidak ikhlas sebab boleh dikatakan tiap-tiap hari dia hentam Perdana Menteri, bukan?

Tak mengapalah. Memang dasar sebuah parti “Islam” untuk bersifat tidak ikhlas, mungkin. Mungkin PAS sudah mengasuh peribadi Timbalan Presidennya untuk mengamalkan sifat mazmumah itu. PAS memang terkenal dengan sifat itu…

Keduanya, mengapa Pakatan Haram dan NGO-NGO yang merelakan pertubuhan mereka “dikeldaikan” itu memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi mereka berhimpun?


Desakkan Mat sabu Telah dipenuhi untuk berhimpun secara aman..Sebagaimana maklum, setelah diubahsuai pada tahun 2007, Stadium Merdeka hanya mampu memuatkan seramai 20,000 hingga 30,000 orang sahaja pada satu masa.

Jadi, cuba kita bayangkan bagaimana Pakatan Haram akan memuatkan seramai 1 juta orang di stadium berkenaan dalam satu tarikh pada 12 Januari 2013 ini?

Apakah dia tidak tahu mengira atau mengkaji secara logik matematik untuk memuatkan jumlah yang sangat besar di dalam satu stadium yang langsung tidak mampu mencapai kapasiti penyertaan yang dihajati?

Dalam erti kata lain, Mat Sabu memerlukan 50 buah Stadium Merdeka untuk memuatkan seramai 1 juta “lembu-lembu”nya pada tarikh yang dia umumkan itu!

Jelaslah bahawa pemilihan Stadium Merdeka itu tidak tepat sama sekali bagi himpunan yang dirancang oleh Pakatan Haram. Jadi, mengapa mereka memilih stadium itu juga? Mungkinkah Pakatan Haram mahu meruntuhkan stadium yang menjadi saksi sejarah kemerdekaan negara itu?


1 comment:

  1. ada eloknya kita buat demo kat shah alam, penang, alor setar dan kota bharu pada hari yg sama.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.