Friday, January 18

MELAYU PULAU PINANG DILEMBUKAN ANWAR........

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membelakangkan nasib Melayu Pulau Pinang walaupun bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, sebagai seorang anak jati Pulau Pinang, Anwar dilihat membisu walaupun Melayu di Pulau Pinang berterusan ditindas oleh DAP yang mentadbir negeri itu sejak 2008.

“Saya kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia sepatutnya datang lihat Melayu Pulau Pinang. Apa yang berlaku hari ini kepada orang Melayu di Pulau Pinang. 

“Melayu Pulau Pinang telah ditindas, mana dia suara Anwar Ibrahim ? Nak jadi Perdana Menteri Malaysia (tapi) nak jaga rakyat Melayu Pulau Pinang pun tak boleh. 

“Dia tak peduli apa jadi kepada rakyat di Pulau Pinang. Sepatutnya dia tolong, dia bantu rakyat Pualu Pinang. Dia asal daripada Pulau Pinang,” kata Musa ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebenarnya takut untuk menegur pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mahu menjaga hati rakan kompenan Pakatan Rakyatnya yang paling dominan itu.

“(Sewaktu Anwar) Duduk dalam Umno, kekuatan Umno itu ada, dan kekuatan BN itu boleh bantu orang Melayu..hari ini (Anwar) duduk dalam Pakatan, (dia) takut kepada Guan Eng. 

“Anwar hari ini takut kepada Guan Eng, takut kepada DAP dan nak gunakan mereka ini untuk dia jadi Perdana Menteri. Itu sahaja..Bukan soal BN itu rasuah, atau pemimpin Umno itu kotor, bukan. Sebenarnya dia ini gila mahu menjadi Perdana Menteri. 

Itu sahaja..Dia tidak ada alasan (lain) lagi. Dia tidak akan berani bersuara selagi ada Guan Eng, selagi ada DAP dia takut. Dia nak kepentingan dia, nak jadi Perdana Menteri. Itu sahaja kerja Anwar Ibrahim sekarang ini,” ujar beliau.

Musa kemudiannya menyifatkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang terlampau banyak bermain politik dan tidak fokus kepada kerja-kerja pentadbiran negeri.
Sama seperti di Selangor, pentadbiran Setiausaha Agung DAP itu tegas Musa tidak sudah-sudah menyalahkan BN di atas kelemahan mereka sendiri.

“Guan Eng ini dia cakap sahaja..cakap, lepas itu main politik. Sebenarnya dia tak payah cakap banyak (sebaliknya) buat kerja sahaja sebab dia (DAP) kerajaan negeri Pulau Pinang, dia yang memerintah.

“Hari ini, apa yang dia buat ialah salahkan BN. Jangan cakap soal BN (kerana) kita pembangkang. Sepatutnya dia buat (kerja) tapi tidak. Apa yang dia buat ialah beri ceramah, maki Umno. Saya nak cabar Lim Guan Eng, kalau dia betul-betul mahukan calon Melayu bertanding dalam DAP, letak di kawasan Cina..letak di kawasan Cina kita nak tengok dia ikhlas atau tidak ikhlas.

Ketika merasmikan kongres DAP baru-baru ini, Guan Eng melahirkan hasrat untuk menjadikan DAP sebagai pilihan orang Melayu.

Namun begitu agenda tersebut mendapat tamparan hebat apabila kesemua lapan calon Melayu tewas pada pemilihan parti itu untuk merebut 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi parti itu.

Bagaimanapun kira-kira tiga minggu kemudiannya DAP mengumumkan berlaku kesilapan teknikal semasa pengiraan undi perwakilan dan menyaksikan kedudukan Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik kepada Guan Eng diangkat ke tangga 20 daripada 39 sebelum ini.

Keputusan itu membolehkan Zairil diiktiraf sebagai wakil Melayu DAP tunggal yang menang dalam pemilihan itu.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.