Polis pada Ahad membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga syarat perhimpunan yang berlangsung di Stadium Merdeka, di Kuala Lumpur,Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis akan menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta memanggil beberapa individu.
Melalui rakaman CCTV, polis ada bukti penganjur melanggar syarat yang ditetapkan, katanya.
Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.
Syarat terbabit adalah antara 27 yang dipersetujui penganjur dan polis, mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, rakaman CCTV antara lain menunjukkan ada ibu bapa membawa anak-anak kecil ke perhimpunan itu yang dianggar polis disertai 45,000 orang.
Penganjur mendakwa lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan semalam.
Sementara itu, pemilik stadium, Merdeka Heritage Trust berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung keadaan stadium selepas perhimpuan semalam tidak lama lagi.
Merdeka Heritage Trust merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.