Saturday, January 19

Polis Sahkan Hanya Suara DVD Adegan Seks Speaker Dun Perak......?


 Polis mengesahkan cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan seks membabitkan Speaker Dun Perak hanyalah rakaman audio tanpa sebarang visual.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, daripada siasatan yang dibuat, didapati DVD berkenaan tidak mengandungi sebarang visual adegan seks seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Bagaimanapun menurut beliau, siasatan terperinci masih dijalankan dan DVD berkenaan telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk siasatan lanjut.

“Kita tidak dapat mengesan sebarang visual pada DVD itu, namun polis akan meneruskan siasatan dan keadaan ini mungkin akan mengambil masa lebih lama sebelum polis dapat melengkapkan siasatan,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini menyebut, DVD berkenaan dihantar ke Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras untuk ujian bayang dan dalam tempoh berkenaan, seramai 11 saksi dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Pendedahan mengenai DVD berkenaan tercetus pada hari terakhir Persidangan Keempat Mesyuarat Ketiga, Pengal Kelima, Dewan Negeri Yang ke-12  Perak, 21
Disember lalu
 Apabila dua wakil rakyat DAP, V Sivakumar dan A Sivasubramaniam memaklumkan menerima sampul surat melalui kiriman pos laju mengandungi DVD yang didakwa memaparkan aksi seks Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam keadaan mengaibkan. SH
gambar kt atas cuma hiasan aje.....Skandal seks dan pembangkang tak dapat dipisahkan....sama gak macam Anwar al juburi

2 comments:

  1. Salam tuan,

    blog tuan telah dipaut

    tq

    http://kinta-menjerit.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Gambar atas tu ko tngkap sendiri ke mase langgan pelacur kt penang

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.