Tuesday, January 1

SIKAP MENGKARONG PAS MAKAN DIRI SENDIRI


Pada 1981 'Amanat Hadi' dikeluarkan bagi menghalalkan PAS mengkafirkan seteru politiknya, Umno lantaran parti dominasi Melayu itu dikatakan mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah sebagai asas perjuangannya.
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pada ketika itu merupakan antara pemimpin pelapis PAS turut meyakinkan pengikutnya bahawa perjuangan menentang Umno adalah jihad dan mati mereka adalah syahid.

Seruan yang dibuat Hadi pada 7 April 1981, di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu itu benar-benar berjaya meniup semangat jihad dikalangan penyokong taksubnya, sehingga membawa kepada peristiwa Memali pada 1985.
 
Peristiwa itu menyebabkan 14 nyawa terkorban, berpuluh yang cedera dan ramai lagi ditahan pihak berkuasa.
 
Jika diperinci semula, Hadi ketika itu bertegas perang terhadap Umno mesti dilaksanakan kerana parti itu bersekongkol dengan ideologi kafir dan mengagungkan perlembagaan barat.
 
Tetapi bagaimana pula dengan PAS hari ini yang bersekongkol dengan parti dominasi Cina, DAP, yang kerap kali menguji tahap keimanan dan keterbukaan PAS terhadap dasar perjuangan mereka?
Bukan senang PAS dan DAP mahu menyulam keserasian. Banyak isu dan ideologi mereka berbeda tetapi terpaksa disisir rapi agar ia tampak kemas dan gagal dihidu seteru politik.

Dalam usaha merapikan hubungan dengan DAP, Hadi dilihat cuba mengendurkan amanat yang dibuatnya sendiri tiga dekad lalu.
 
Pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk 'Pilihanraya ke-11: Formula Kemenangan", Hadi secara jelas berkata PAS membuat satu pengorbanan untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud di peringkat persekutuan.
 
Hadi berkata, PAS menyedari isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud serta syari'at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-PAS).
 
Oleh itu katanya, cukuplah sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat persekutuan.
 
Petikan ucapan Hadi di muka surat 10 daripada 13 muka surat itu juga jelas menampakkan persetujuan PAS 'menggunapakai perlembagaan yang sama' jika gagasan itu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU).
 
Nah! Apa sudah jadi dengan pendirian Hadi sebelum ini? Bukankah perang yang dilancar terhadap Umno sebelum ini semata-mata kerana parti itu menggunapakai perlembagaan yang sama?
 
Tidakkah sikap 'mengkarung' PAS itu amat cocok dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi:
“Barangsiapa memanggil seseorang dengan kafir atau mengatakan kepadanya “hai musuh Allah”, padahal tidak demikian halnya, melainkan panggilan atau perkataannya itu akan kembali kepada dirinya”. [HR Muslim 93]

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.