Istilah kawan makan kawan atau lebih tepat tikam belakang ialah apabila sahabat telah melakukan satu perkara di luar jangkaan sahabatnya dan buat kita rasa dikhianati.Adakalanya, mereka yang pernah ditikam belakang ini akan menyimpan perasaan dendam sekalipun mereka telah memaafkan individu yang menganiaya mereka.
Ini kerana, bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas mereka lebih lagi jika ianya melibatkan maruah mereka yang telah tercalar dan diketahui oleh umum.
“Pernahkah sahabat anda menikam anda daripada belakang?. Apakah perasaan anda ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam? Tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain.

Kawan makan kawan menjadi persoalan kepada kita semua. Mengapa ia berlaku? adakah mereka-mereka ini tidak punya perasaan?
Orang kata, bila bersahabat kita tidak boleh memilih, tetapi itu silap. Yang sebenarnya,kita kena bijak memilih sahabat kerana sahabat dapat menceriakan diri kita. Jangan sesekali kita risau tidak ada orang yang ingin bersahabat dengan kita kerana dunia ini luas dan ramai lagi yang ingin bersahabat dengan diri kita dan menerima diri kita seadanya.

Dalam bersahabat, tidak semuanya baik. Kadang-kadang sahabat ni hanya tahu bermuka-muka. Depan kita, manisnya ayat, lembut gigi dari lidah. Belakang kita, segalanya diperkatakan hingga tidak sedar yang kita telah mengaibkan individu lain.
Selain itu juga, bagi mereka yang menyimpan dendam terhadap seseorang mungkin menjadi salah satu punca tikam belakang berlaku dalam persahabatan. Demi kerana dendam yang tidak berbalas, individu ini sanggup mengambil jalan mudah untuk menganiaya sahabat sendiri sekalipun bersahabat selama bertahun-tahun.

MKP Ayat Sempoi : Jenis hangat-hangat tahi ayam.Kawan jenis macam ni memang patut dielakkan. Mula-mula kemain lagi plan macam-macam, nak buat itu lah, nak buat ini lah, nak pergi sana la, nak pergi sini la, at last, semua benda tak jadi dan sudah pasti keluar lah macam-macam alasan dari mulut.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.