Tuesday, February 5

LAWATAN TPM TINJAU PERSIAPAN JENTERA PILIHANRAYA BN BUATKAN DAP RESAH.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang.
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 8.55 pagi disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow dan pemimpin parti komponen BN.
Turut hadir Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yeng yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Timbalan Perdana Menteri memulakan atur cara lawatan dengan mendengar taklimat jentera pilihan raya BN Pulau Pinang dan perjumpaan dengan ketua-ketua pusat daerah mengundi di sebuah hotel di sini.
Selepas itu, Muhyiddin akan menyertai majlis jamuan tengah hari bersama BN negeri sebelum bertolak ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk berjumpa kumpulan profesional dan iktisas Pulau Pinang.
Beliau kemudian dijadual menghadiri Majlis Sepetang Bersama  Penduduk Taman Desa Green di Jelutong sebelum meneruskan program Majlis  Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Sekolah Menengah Kebangsaan  Indrawasih Prai pada pukul 8 malam.
Timbalan Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke ibu negara pada pukul 10.30 malam dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.