Pemuda MIC Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri menyebarkan risalah berunsur fitnah mengenai pembinaan kuil semasa sambutan Thaipusam di sini baru-baru ini.
Ketuanya J Dhinagaran berkata risalah empat halaman itu bertajuk ‘Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya siapkan pembinaan Kuil Murugan terbesar di luar negara India selepas gagal disiapkan 10 tahun sebelum ini’.
Katanya, risalah yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil dan Inggeris itu memaparkan wajah Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan barisan pemimpin DAP.
“Kerajaan negeri pakatan pembangkang itu tanpa segan dan malu mengakui kononnya mereka yang membina Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani, sedangkan projek itu sebenarnya hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu dengan kos sebanyak RM1.9 juta,” katanya.
Beliau berkata risalah itu turut menyalahkan kerajaan BN dalam isu perobohan kuil di Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini.
Dhinagaran berkata dakwaan kerajaan negeri mengenai pembinaan kuil itu seolah-olah melupakan jasa bekas Ketua MIC Pulau Pinang, mendiang Datuk P.K Subayah yang bersusah payah merancang draf awal pembinaan kuil berkenaan pada tahun 2000 sebelum projek pembinaan dimulakan pada 2006.
“Mereka begitu terdesak dan mementingkan diri sendiri sehingga sanggup bermain politik murahan ketika sambutan perayaan keagamaan sebegini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.