Padan muka!!!! bila masuk kawasan orang sila bagi salam dulu...Nie main pakai terjah aje...Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menegaskan bahawa kumpulan mahasiswa - Gerakan Mahasiswa PRU13 - yang mahu bertanding mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum hanya mewakili sebahagian kecil mahasiswa yang 'nakal'.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd Rahman menggesa mahasiswa lain supaya tidak akan sewenang-wenangnya terpengaruh dengan perjuangan 'kosong' mereka itu.
Semalam, Gerakan Mahasiswa PRU1 yang diketuai Syis Abdul Kadir mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.
Korang nie nak bertanding serta menabur fitnah dikawasan DS Najib Razak..Belajar pun tak habis lagi dah nak besar kepala...
Seorang aktivis Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) membuat laporan polis semalam kerana mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki yang tidak dikenali sewaktu mengedarkan 'Surat Mahasiswa Untuk Warga Pekan'.
Graduan Univerisiti Selangor Ekhsan Badarul Hisham berkata insiden tersebut berlaku kira-kira jam 1 petang semalam ketika dia bersama dua lagi rakannya mengedarkan surat mahasiswa berkaitan pilihan raya umum ke-13 di Kampung Dato' Keramat, Mukim Ganchong Pekan.
Dalam laporan polis itu, Ekhsan mendakwa kereta mereka dihalang oleh sebuah kereta jenis proton Gen 2 yang dinaiki tiga lelaki dan kemudiannya datang seorang lagi individu lelaki dengan motosikal.
Bagaimanapun, Ekhsan mendakwa beliau tidak pasti nombor pendaftaran kereta dan motosikal yang dinaiki oleh individu berkenaan.
"Selepas itu mereka telah meminta kad pengenalan dari kami dan kami telah memberikan kad pengenalan kami kepada mereka.
"Kemudian mereka telah meminta kami keluar dari kampung tersebut dan mengugut kami, lalu menarik saya keluar daripada motokar yang saya naiki serta menumbuk dan menyepak kepala serta badan saya," laporan polis itu dipetik.
Dilaporkan kumpulan mahasiswa itu mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.
Surat yang diedarkan itu adalah sebahagian daripada program jelajah mereka ke parlimen itu selepas memutuskan untuk meletakkan calon mereka menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kubu kuatnya itu.
Dalam laporan polis itu juga, Ekhsan juga mendakwa dalam kejadian tersebut, baju yang dipakainya telah terkoyak dan beliau cedera di tangan kanan.
"Untuk mengelak daripada kejadian yang lebih buruk berlaku, kami telah keluar dari kampung tersebut dan datang ke balai buat laporan polis," kata Ekhsan dalam laporan polis itu.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Pekan pada jam 3.39 petang semalam.
Sementara itu, Pengerusi GM13 Syis Abdul Kadir menyifatkan insiden tersebut sebagai "kejadian yang sangat memalukan arena politik negara" dan mendakwa ia didalangi mereka yang tidak berpuas hati dengan pengumuman mahasiswa untuk bertanding di situ, terutamanya Umno-BN.
"Sepatutnya tempat perdana menteri Malaysia adalah paling selamat untuk dikunjungi dan sangat menjunjung nilai demokrasi untuk berkempen.
"Namun sebaliknya yang berlaku. Hari pertama mahasiswa di Pekan, sudah disambut dengan samseng dan budaya kurang sihat.
"Bagaimana kita ingin membina ketamadunan negara, jika kawasan perdana menteri sendiri pun masih tidak mengamalkan politik matang," katanya Syis dalam satu kenyataan.
MKP Ayat Sempoi : Alasan murahan untuk mencari publisiti,Orang sendiri pukul lepas tue sebarkan dimedia...Gampang punya Cywar....
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.