Sunday, February 24

MUNIRAH ABD HAMID SUJUD DIKAKI IBUNYA............. @azeezputera


Sedih dan pilu!!! Riaksi spontan yang telah ditunjukkan oleh remaja yang telah insaf setelah mengikut kata hati dek penangan asmara cinta...Adakah cinta yang dikejar itu membawa kebahagian seumur hidup..?Kisah sedih hidupnya yang berlalu biarlah ianya berlalu mungkin ianya menjadi pengajaran buat remaja ini.

Itulah saat yang membahagiakan sorang Ibu apabila anak remajanya pulang kepangkuan setelah  mengejar cinta hingga ke Flores (berhampiran Australia) Indonesia.

Pastinya semua yang melihat aksi ini tidak dapat menahan air mata termasuk MKP sendiri hinggakan menitis air mata..Walaupun agak gagah menahan........


Misi Kelab Putera 1Malaysia membawa pulang remaja yang berasal dari Tg. Dawai, Sg. Petani Kedah dari Flores (berhampiran Australia) Indonesia oleh Kelab Putera 1 Malaysia. 

Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Azeez Rahim sendiri telah menyambut kehadiran remaja ini sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam..

Munirah Abd Hamid telah dilarikan oleh seorang lelaki yang berasal dari Kepulauan Flores sejak tahun 2007 ketika berumur 16 tahun dan kini umurnya 21 Tahun. 


Selepas tiba di Flores, remaja perempuan ini telah dibiarkan (lelaki Flores)dan mereka tidak pernah berkahwin. 

Remaja Perempuan tersebut dikatakan telah berkahwin dengan suami sekarang (Yohanes Bayu) dan dikurniakan seorang cahaya mata Alfon Bayu Rongan 9 Bulan. 
Lelaki sekarang iaitu Yohanes Bayu bukanlah lelaki yang menculiknya dahulu malahan dialah yang telah menyelamatkan remaja perempuan itu dari terbiar, setelah menghubungi bapa remaja perempuan itu pada penghujung tahun 2012. 



Abdul Hamid Bin Mat, 51 bapa kepada remaja perempuan tersebut adalah merupakan seorang nelayan di Tg. Dawai. Kes ini dikatogerikan sebagai kes paling jauh anak gadis Malaysia dilarikan ke Indonesia, dan yang pertama seumpamanya di Daerah Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.