Saturday, February 23

POLITIK GAMPANG AJE MAIN BAIAH NIE.....


Atas nama 'baiah', ketaatan membuta tuli dan 'bodoh sombong', maka sejahat mana calon atau parti itu sekalipun hukumnya 'wajib disokong'.

Natijahnya produk parti dan pimpinan yang dipilih gagal melepasi KPI dari sudut wibawa, kualiti dan keberkesanan khidmat. Maka berlakulah sepertimana kata pepatah, 'sudah terantuk baru tergadah'.

Apa boleh buat 'nasi sudah menjadi bubur'. Dek kerana emosi, amarah, sakit hati, jauh hati, ramai yang kurang berwibawa ditolak dan dipilih rakyat untuk sekadar menikmati 'elaun buta' dan 'berbulan madu' sama ada di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Prinsip 'marahkan nyamuk kelambu dibakar' seringkali terpakai dalam amalan pengundian. Ini belum dihitung elemen sabotaj terhadap parti sendiri, gara-gara tidak terpilih. Hanya kerana berdasarkan ukuran sendiri, 'akulah paling layak menjadi calon'. Mauduk politik sebeginilah yang merosakkan sistem pengundian dan proses demokrasi yang sebenar.

Tindak-tanduk menyimpang yang dibuat oleh segelintir orang telah menafikan pilihan dan hak majoriti yang lain. Implikasinya, parti dan calon yang berwibawa yang mampu mengketengahkan idea dan tindakan bernas tidak dapat dihantar mewakili rakyat di Parlimen mahupun sidang DUN.

Justeru, muhasabah diri dan penenlitian semula wajar dilakukan. Agar PRU-13 nanti, kita tidak lagi silap memilih. Kita mampu menilai antara fakta dan auta, beza antara kaca dan permata. Demi Malaysia yang aman, stabil, makmur dan sentosa.

Memang benar, tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dinantikan dengan penuh debar. Malah ramai yang menyatakan PRU-13 adalah ibu segala perang. Penentu kepada kelangsungan dan survival agama, bangsa dan negara.

Lebih ekstrem, telahan bahawa 'Arab Spring' bakal berlaku jika keputusan pilihan raya tidak memihak kepada pakatan pembangkang.

Demikian juga beberapa siri kajian sama ada yang dibuat oleh golongan akademik atau badan bebas yang punyai ramalan sama ada memihak kepada pemerintah atau pembangkang.

Hakikatnya 'sains politik' sebagai satu bidang kajian tingkah laku manusia, agak susah untuk meramal. Apa yang boleh dilakukan pengkaji hanyalah menjelaskan fenomena.

Benar, politik dibina atas persepsi, simptom, bayangan dan telahan yang kadangkala tidak menggambarkan realiti sebenar.

Banyak rumusan dibuat secara sewenang-wenang dengan memudahkan kenyataan walaupun asalnya ia terlalu sukar. Bagi orang kebanyakan, 'politik' adalah seni bercakap, seni dalam membuat tuduhan dan meyakinkan pendengar.

Lantaran itulah 'manifesto' bagi sesetengah kerajaan negeri bukannya 'janji', akan tetapi tidak lebih daripada sekadar 'gula-gula politik' untuk melariskan produk jualan persis penjual ubat jalanan.

Lebih malang, ada pendengar dan rakyat boleh percaya isu-isu rekaan bawaan penglipur lara.

Petanda bahawa masih wujud ketidakmatangan politik.

Kerana yang lebih dijuruskan ialah 'isu-isu kontroversi' bukannya 'policy debate', pengalaman, gerak kerja parti dan keupayaan parti dalam membina dan mengurus keperluan pengundi.

Faktor ini seolah-olah dikesampingkan dari menjadi panduan dalam memilih. Lebih parah bagi golongan pentaksub atau pengundi totok, baik buruk calon, atau keupayaan parti merencana dasar dan melaksanakan yang terbaik tidak pernah menjadi perkiraan.


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.