Saturday, March 9

7 HARI AJE LEPAS TARIKH TUE SAMAN AJE ADUN TEJA...... @My_BL1M


Kronologi terciptanya idea Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) pada asalnya adalah dari Pemuda UMNO Terangganu. Ketua Pergerakan Pemuda Umno Terengganu Saiful Bahri Badaruddin berkata cadangan program itu diusul oleh Pemuda Umno Terengganu pada Perhimpunan Agung Umno 2011.

Akan tetapi setiap benda yang baik serta menguntungkan rakyat sudah pasti ada halangan serta fitnah yang cuba ditimbulkan oleh pihak DAP yang kurang senang dengan pendekatan terbaik pada pandangan MKP sejak Khairy Jamaluddin menjadi Ketua Pemuda.

Penerimaan yang baik serta sambutan yang luar biasa tidak dijangka sehingga kini telah 500ribu peserta telah mendaftarkan diri untuk program ini. Jumlah ini telah membuatkan DAP takut pada bayang-bayang...

Tuduhan Adun Teja telah dijawab oleh DATO' RAJA MUNIR SHAH sebelum ini KLIK 
Pemuda Umno hari ini memberi tempoh tujuh hari bermula hari ini kepada PKR untuk menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M). 
Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya parti itu tidak menarik balik kenyataan tersebut. 
"Secara keseluruhannya saya mewakili pihak Pemuda Barisan Nasional (BN) memohon kepada PKR jika tidak mahu atau tidak tahu cara untuk membantu rakyat, janganlah cuba untuk menyekat program yang memberi manfaat ini. 
"Percubaan oleh PKR untuk memberhentikan program ini dipandang serius seperti satu pengkhianatan kepada rakyat yang memerlukan lesen ini," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dari PKR di laman portal Keadilan Daily pada Selasa lepas, yang dianggap berunsur fitnah kerana mendakwa BL1M satu penipuan dan bertujuan mengaut keuntungan serta mengkayakan kroni Umno. - Bernama


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.