Wednesday, March 20

BREAKING NEWS : NIK AZIZ MASUK HOSPITAL KERNA PERUT KEMBUNG SETELAH DIMAKAN SUMPAH.........


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu 'sakit perut'.
 
Malah, beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri sebentar tadi gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu.
 
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Exco enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu.
 
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ashmad Yacob.
 
Nik Aziz sebelum ini dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan berikutan umurnya yang sudah mencecah 82 tahun.
 
Walaupun banyak pihak meminta Nik Aziz supaya berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, beliau tetap tidak mengendahkan permintaan tersebut.
 
Nik Aziz sebaliknya dalam kenyataannya sebelum ini berkeras akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana berpendapat ahli-ahli PAS masih memerlukan khidmatnya.
 
Beliau pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melakukannya, namun setelah Dr. Mahathir berbuat demikian sejak 10 tahun lalu, Nik Abdul Aziz masih kekal di tampuk kepemimpinannya. AP


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.