Monday, March 25

JATUHNYA AIR MATA TERKENANG RAKAN SEPERJUANGAN.........


Air mata gugur kerana terkenang rakan seperjuangan gugur dimedan perang kerana mempertahanankan kedaulatan negara. Inilah harga yang perlu dibayar oleh anggota keselamatan kita.Namun ada jugak politikus sanggup mengatakan ini semua drama.

Mungkin pada mereka nyawa itu tidak bernilai jika yang mati itu melayu. Contoh nyata apabila teoh beng hock mati mereka sanggup memaki anggota keselamatan kerana mempertahankan seorang yang berbangsa cina. Bukan MKP nak bermain sikap rasis akan tetapi semua ini terbukti dan kita semua tahu akan kisah kematian teoh beng hock dibela oleh DAP.

Sejarah pengorbanan ini perlu dikenang supaya generasi baru mengerti perjuangan dalam usaha mengekalkan ketenteraman menuntut harga yang amat mahal.

Peristiwa Bukit Kepong contohnya antara rentetan sejarah silam yang dikenang sebagai kisah keberanian dan kegigihan anggota PDRM dalam mendaulatkan ketenteraman negara.

Tanpa usaha yang sewajarnya peristiwa pengorbanan wira-wira yang tidak didendang ini pastinya akan terkubur.

Menyelami sejarah silam ini, antara peristiwa yang menarik untuk diingati, misalnya peristiwa pertempuran di Chan Wing Estate, Bekok, Johor pada 15 Oktober 1950, selepas tujuh bulan peristiwa Balai Polis Bukit Kepong diserang sekumpulan pengganas komunis yang diketuai Mat Indera pada 23 Februari 1950. 

Dalam pertempuran itu, lapan anggota polis terkorban terdiri daripada seorang koperal, lima konstabel dan dua konstabel tambahan.

Dalam tempoh 12 tahun pengisytiharan darurat iaitu pada 12 Februari 1949, komunis menyerang Jelebu, Negeri Sembilan yang menyebabkan 15 anggota polis terkorban.

Serangan itu juga hampir menyamai kejadian di Jalan Kroh-Betong, Perak pada 17 Jun 1968 apabila 17 anggota polis yang masih baru dalam pasukan Batalion 1 pasukan Polis Hutan atau kini Pasukan Gerakan Am gugur akibat diserang hendap komunis.

Sejarah penentangan pengganas komunis juga mencatatkan pada 28 April 1950 di Harbourough Estet, Sungkai Perak dengan lapan anggota polis terkorban akibat serang hendap komunis.

Selain itu, pada 22 Januari 1950 pertempuran di Sungai Bakap, Pulau Pinang, sembilan anggota keselamatan terkorban.

Pada 10 Januari 1952, di Batu 31 ½ , Jalan Degong, Kampar, Perak, sembilan anggota polis terkorban akibat pertempuran dengan komunis.

Pertempuran dengan pengganas komunis juga berlaku di Air Keroh, Melaka Tengah, Melaka pada 18 Ogos 1951 dan enam anggota polis terkorban.

Peristiwa di Kuala Krai, Kelantan, pada 3 April 1952 pula, seramai enam anggota polis terkorban, manakala dalam kejadian di Keramat Pulai Tin Mine, pada 2 Jun 1952, mencatatkan seramai lapan anggota polis terkorban.

Pertempuran di Reverview Estet, Perak, pula mengorbankan lapan anggota polis.
Dalam tahun 70-an, pertempuran di Kampung Charok, Chupak, Padang Serai, Kedah pada 11 Ogos 1971, lima anggota polis terkorban, manakala peristiwa serang hendap pengganas komunis pada 18 Jun 1975 di sempadan Malaysia-Thailand menyaksikan lapan anggota polis berpangkat konstabel terkorban.

Catatan peristiwa ini sebahagian kecil daripada ribuan kisah silam pengorbanan anggota polis yang tidak ditonjolkan kerana kekurangan maklumat dan fakta.

Mereka antara wira-wira yang tidak pernah didendangkan biarpun khidmat dan bakti yang mereka taburkan buat negara hingga ke titisan darah terakhir.

Diharapkan dengan tarikh dan tempat berlakunya peristiwa ini ada pihak sedia berkongsi cerita lebih mendalam kerana di sebalik tarikh dan peristiwa berkenaan, tentu ada pelbagai kisah yang mampu menyentuh hati dan perasaan.

Kisah yang diperjuangkan itu juga boleh dijadikan sebagai sumber pembelajaran dan pengajaran khususnya sebagai pencetus semangat dan keberanian kepada generasi muda.

Semoga sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 menjadikan PDRM lebih berwawasan, mempunyai ahli pasukan yang berintegriti serta sedia mencurah bakti sepenuhnya tanpa mengira masa dan ketika.




No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.