Tuesday, March 5

KENAPA MASIH MENUNGGU!!!


Tujuh batalion tambahan angkatan tentera sudah sampai.Bunyi kelengkapan berat tentera seperti kereta prisai segala macam sudah memecah kesunyian di kawasan Felda Sahabat di Lahad Datu.

Makanya pada setiap sidang media Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang kini berkampong di sini semuanya mengharapkan dapat indiikasi waktu yang di tunggu-tunggu itu.

Apapun perlu difahami hari demi hari berlalu bukanlah kerana pasukan keselamatan kita tidak ' battle ready' atau tenggelam punca menghadapi penceroboh dari kepulauan Selatan Filipina yang dikatakan tangkas dalam taktik perang gerila.

Difahamkan ini semata-mata kerana ia melibatkan perancangan teliti.

Disamping itu berbagai faktor lain perlu diambilkira termasuk keselamatan penduduk sekitar kawasan hotspot sekarang bila operasi besar-besarkan dilancar nanti.

Pada sidang akhbarnya di Felda Residence Sahabat, Lahad Datu Isnin Ketua Polis Negara yang diapit oleh Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Mohd Zin, Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu mereka sudah ada perancangan taktikal untuk tangani situasi.

“Kita ke arah itu. Sudah ada kolobrasi PDRM dengan ATM. Kita sudah ada pergerakan taktikal dengan ATM...(akan) ada tindakan sewajarnya,” kata Ismail.

Perakuan itu sekaligus membayangkan tindakan drastik bakal dilaksanakan bagi menamatkan isu pencerobohan di Kampung Tanduo yang bukan sahaja minggu ke empat tetapi sudah mengorbankan lapan pegawai serta anggota polis dalam insiden di kampung itu dan di Kampong Sri Jaya,Siminul,Semporna.

Di pihak musuh 19 tumbang.

Kehadiran serentak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi Isnin mendengar taklimat Ismail di Lahad Datu dan kemudian ke kawasan kepungan menguatkan firasat masa untuk menyelesaikan kemelut itu makin hampir tiba.

Ismail juga menegaskan, polis masih mengawal keselamatan tempat-tempat tertentu dengan dikukuhkan oleh anggota tentera.

Beliau mengakui tujuh batalion tentera kini berada di beberapa lokasi untuki menjaga keselamatan Sabah.

Difahamkan, lima batalion di tempatkan di Lahad Datu dan masing-masing satu di Sandakan serta Tawau.

“Kita kukuhkan keadaan dengan kolabrasi angkatan tentera. Ini untuk kawal keadaan di Sabah kerana masih ada berita tidak tepat dan andaian kononnya kekecohan sana sini,”

“Semua itu tak betul. Keadaan masih baik dan dalam kawalan,” katanya.

Perkara sama juga dimaklumkan Ismail kepada Hishammuddin dan Zahid dalam taklimatnya selain soal moral anggota polis yang kekal tinggi walaupun berlaku insiden di Kampung Tanduo dan di Semporna.

“Ini ujian tinggi kepada anggota PDRM tetapi mereka sedua teruskan kawalan hingga selesai,” ujarnya.

Mengulas kejadian yang meragut enam nyawa anggota polis dan tujuh penceroboh di Semporna, Ismail berkata, perkara itu masih disiasat.

“Begitu juga dengan Kunak. Polis masih menyiasat malah satu kompeni tentera turut membantu,”katanya.

Dalam pada itu beliau sekali lagi menasihatkan orang ramai jangan mendengar khabar angin berhubung kejadian sedang berlaku sekarang.

Polis juga katanya akan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin.


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.