Saturday, March 9

VIDEO ANIMASI BAKAL MELETOP DI PASARAN........


Satu video telah dibuat oleh Encik Mansuh memang terbaik dari ladang walaupun animasi akan tetapi apa yang cuba disampaikan amat tepat dan bermakna sekali bagi membongkar tipu Muslihat Anwar serta maksud tersirat disebalik janji-janji palsu yang telah di buat oleh Anwar selama ini..

MKP bagi tabik spring pada pencipta video ini kerana ini kali pertama melihat video animasi berbentuk politik yang pernah dihasilkan...Habislah Anwar macam nie pun dah ada CyberTrooper Pro BN dah boleh buat... 


Kepada sesiapa yang habis percaya Pakatan haram ini akan melaksanakan semua janji-janji bulan bintang pilihanraya umum ke-13 mereka, sila ambil perhatian dengan perkembangan terbaru ini.

Kerajaan Pakatan haram Selangor yang terperangkap dengan janji-janji tidak masuk akal pada 2008, kini cuba menyelamatkan diri dari satu-satunya janji manifesto 2008 yang dilaksanakan – air percuma 20m3, dengan mengatakan Manifesto Bukan Perjanjian.

Kalau dah Manifesto pilihanraya bukan ‘janji’, apa kita nak panggil tu?

Perkara ini disebut Menteri Besar Khalid semalam, ketika menolak untuk menyelesaikan tunggakan air beratus ribu pemilik rumah pangsa, flat dan kondominium yang dikecualikan dari menerima subsidi air kerajaan Selangor seperti dijanjikan dalam Manifesto pilihanraya 2008 kerana tidak mempunyai meter individu sebaliknya meter pukal.

Dalam manifesto, tidak pulak disebut meter pukal ke individu, ada ke? Penulis boleh sahkan disini, confirm takdak.

Burukkan kelakuan Pakatan haram ni? Satu-satunya janji yang dilaksanakan dalam manifesto 2008 pun rupa-rupanya tidak menyeluruh, bukan semua orang merasa.

Buat janji banyak-banyak, bila dah tak mampu nak laksana, dia kaleh dengan guna putar belit undang-undang – Manifesto Bukan Perjanjian.

Ini adalah contoh, malah penulis boleh katakan contoh terbaik kalau rakyat diluar sana nak menilai rekod menunaikan janji Pakatan haram pembangkang, lebih lagi Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor.

Sekarang bila kita kata Pakatan haram ni cuma menipu bila beri janji bulan bintang kepada rakyat, ada pulak kutu menyampuk “mana nak tau, berilah peluang”. Bila kita kata Selangor dah beri peluang pun gagal, kutu jawab “Selangor negeri kecik, federal ada Petronas, KWSP, duit banyak”.

Nah, sekarang Khalid dah tunjuk depan mata yang Pakatan haram ini sentiasa ada alasan kalau gagal tunai janji. Bukan itu sahaja, Khalid siap dedah apa strategi yang nak diguna kalau isu ini dibawa ke Mahkamah nanti – “Manifesto Bukan Perjanjian”.

Rumusan MKP mudah saja, tidak ada apa-apa yang disebut puak-puak ini yang boleh dipercayai lagi, penipu semua ni.

Kemunafikan masing-masing terserlah untuk rakyat menilai. Intergriti, kredebiliti dan apa jadah ‘ti, ti’ yang lain tu, hanya wayang untuk tipu rakyat kononnya depa ini ada kelebihan, yang BN ni buruk semua, walhal depalah penipu yang sebesar-besarnya.



1 comment:

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.