Dalam sidang video dengan editor kanan media dari Lahad Datu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, anggota polis dan tentera yang menyertai operasi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ismail berkata, anak buahnya mendapat semangat daripada sokongan yang dipamerkan orang ramai terhadap usaha mereka memburu pengganas berkenaan.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin pula berkata, selain semangat tinggi yang ditunjukkan anggota tentera, seperkara lagi yang begitu membanggakan ialah kerjasama erat yang terjalin antara pasukan polis dan tentera dalam operasi
pembersihan di Kampung Tanduo melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Sejak dua tahun lepas, polis dan tentera melaksanakan beberapa inisiatif melalui NBOS.
Dalam gerakan menghapuskan penceroboh bersenjata itu, lapan anggota polis terkorban akibat serang hendap di Kampung Tanduo dan di Kampung Simunul, Semporna pada Jumaat dan Sabtu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.