Monday, April 1

BARISAN NASIONAL BOLEH BUAT MACAM NIE...........?


Ini adalah demo yang telah dibuat oleh DAP pada kempen PRU-12 sebelum berkuasa serta bermaharajalela di Pulau Pinang. Bila dah berkuasa namum sehingga kini masih tak dapat menunaikan janji yang telah dibuat menghapuskan tol Sungai Nyior.

DAP nie hanya pandai berjanji sebelum dapat, tapi bila dah dapat janji semua tinggal janji. walau macam tue pun ada jugak cai-cai melayu yang tak sedar diri masih lagi menyokong 

Kira-kira 30 orang termasuk beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) berkumpul di Plaza Tol Sungai Nyior di sini bagi mendesak Pakatan Rakyat memansuhkan tol, seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum 2008.

Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua berkata, pada pilihan raya yang lalu, Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan tol berkenaan sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan di negeri itu.

Namun lima tahun berlalu, tol tersebut tidak dimansuhkan malah rakyat dimomokkan dengan pembinaan empat batang lebuh raya baru  yang dikatakan bakal dikenakan tol.

"Ini menunjukan kerajaan pakatan rakyat hanya mampu membuat janji kosong sahaja kepada rakyat..bukan sahaja menipu malah mereka memberi harapan kosong kepada rakyat.

"Bukan sahaja isu tol Sungai Nyior malah banyak lagi janji-janji mereka yang tidak ditunaikan..Inilah akibat kalau kita diterajui oleh kerajaan yang tak betul," katanya ketika ditemui media disini semalam.

David berkata, beliau yakin rakyat kini sudah matang untuk menilai dan meletakkan gred kepada pemerintaha Pakatan Rakyat yang 'indah khabar dari rupa'.

Kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini dikritik ekoran rakyat berpendapatan rendah terus merintih lantaran kos sara hidup di negeri itu semakin meningkat dan kerajaan negeri terus membina rumah diluar kemampuan rakyat.

Natijahnya, ramai rakyat miskin yang berada di pulau perlahan-lahan pindah ke Seberang Perai dan mendiami rumah yang serba kekurangan.

Terkini Guan Eng mengumumkan akan membina rumah mampu milik tetapi projek itu akan diberikan kepada sebuah syarikat pemaju di Singgapura.

Guan Eng juga mempertahankan tindakan kerajaan negeri menjual aset kepada warga asing atas alasan menarik pelabur asing menanam modal di negeri itu.


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.