Tuesday, April 2

DAP BACUL HILANG TELOQ TAKUT PADA KAUM INDIA TERUS LANCAR " DEKLARASI GELANG PATAH"


Tindakan DAP mengumumkan 'Deklarasi Gelang Patah' yang mengandungi 14 perkara kononnya untuk meningkatkan mutu kehidupan kaum India, hanyalah tindak balas kepada pertemuan positif Pertubuhan Hindraf Makkal Sakthi (Hindraf) bersama Perdana Menteri baru-baru ini.

Deklarasi itu mencerminkan bertapa DAP gerun dengan ugutan Hindraf untuk menarik balik sokongan kepada Pakatan Rakyat lantaran kegagalan gagasan itu membela nasib mereka sejak tahun 2008.

Apa yang disebut Lim Kit Siang sebagai satu rentetan hasil pertemuan Perdana Menteri dengan Hindraf.

Ini adalah satu tindak balas DAP untuk memujuk dan menunjukkan bahawa mereka juga prihatin dengan kehendak masyarakat India.

Hindraf sebelum ini menyatakan rasa kecewanya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana keenggannya untuk menandatangani perjanjian membela nasib kaum India di negara ini.

Hindraf kemudiannya mengambil keputusan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak dan menyifatkan perjumpaan itu sebagai berjaya.

Deklarasi itu dilihat tidak relevan berikutan ia tidak mendapat 'restu' dua lagi rakan sekutunya, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Deklarasi tersebut tidak lebih daripada agenda DAP sendiri untuk meraih undi rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Sebenarnya deklarasi itu belum ada persetujuan dalam Pakatan jadi mungkin deklasrasi ini merupakan satu tindakan susulan dan bukannya perjanjian yang dipersetujui Pakatan.

Janji Anwar Dikampung Buah Pala membuka mata Kaum India.

DAP semalam melancarkan 'Deklarasi Gelang Patah' yang mengandungi 14 perkara untuk meningkatkan status sosio-ekonomi masyarakat India di negara ini.

Antara intipati deklarasi itu adalah :-

1. Untuk menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan.
 
2 Untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Negara yang akan membina rumah harga berpatutan dan mampu milik untuk kumpulan yang terpinggir, terutama bagi pekerja ladang India.
 
3. Untuk memastikan semua sekolah jenis kebangsaan Tamil dibiayai sepenuhnya dan infrastruktur sekolah tersebut setanding dengan 'sekolah kebangsaan'.
 
4. Untuk melabur dalam latihan teknikal dan vokasional bersama dengan program perantisan untuk menyediakan pendidikan alternatif dan laluan kerjaya untuk pelajar tercicir daripada keluarga kaum India yang berpendapatan rendah.
 
5. Untuk menyediakan peluang pekerjaan dan menaikkan gaji kakitangan India yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan skim gaji minimum RM1,100.
 
6. Untuk meningkatkan bilangan kaum India dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), majlis tempatan, dan perkhidmatan awam.
 
7. Untuk mengasingkan tanah untuk kuil Hindu yang sedia ada dan tanah perkuburan serta mencari tanah gantian untuk kuil dan tanah perkuburan yang perlu dipindahkan.
 
8. Untuk menyediakan mikrokredit dan lain-lain skim bantuan kewangan kepada peniaga kecil India, dengan tumpuan khas kepada wanita, belia dan perniagaan dari rumah.
 
9. Untuk menubuhkan Suruhanjaya Aduan Polis dan Salah Laku (IPCMC) dan membasmi kematian dalam tahanan polis dan kematian dalam tahanan.
 
10. Untuk mewujudkan satu dana khas bagi menggalakkan pemilikan ekuiti kaum India di negara ini.
 
11. Untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menangani kemiskinan bandar dan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India.
 
12. Untuk mewujudkan dasar-dasar yang boleh membantu ekonomi ibu tunggal, termasuk skim pemilikan rumah.
 
13. Untuk mewujud atau mendaftarkan pelajar India yang cemerlang dari kawasan peladangan dan keluarga miskin, di sekolah asrama penuh.
 
14. Untuk memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat dan untuk menghapuskan diskriminasi.


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.