Saturday, April 20

DAP BUAT KACAU UNTUK KELIRUKAN PENGUNDI CINA............. #DAPTIPU



Dalam tempoh 48 jam, DAP melakukan pusingan terbaru pembohongan, fitnah dan sandiwara untuk menghasut pengundi membenci kerajaan dan institusi-institusi awam negara ini.
 
Pengundi Cina diberitahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang “rata-rata” kononnya tidak membenarkan parti itu menggunakan logo roketnya untuk bertanding.
 
Oleh kerana itu, menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya Kit Siang, DAP tidak ada pilihan kecuali menggunakan logo PAS dan PKR.


Kepada pengundi PAS dan PKR, DAP membawa mesej bahawa kononnya penggunaan simbol PAS bukti jelas DAP tidak ada masalah dengan parti itu, justeru orang Melayu, khususnya di Johor patut sokong DAP.
 
Setelah melakukan segala sandiwara ini, calon-calon DAP tampil pada hari penamaan calon menggunakan logo roket berserta watikah pelantikan parti itu, tanpa sebarang masalah daripada SPR dan ROS.
 
Tidak timbul soal menggunakan logo PAS dan PKR.
 
Fitnah dan sandiwara ini berpunca daripada cubaan DAP menggertak ROS untuk membatalkan siasatannya terhadap pemilihan berkontroversi parti Disember lalu.
 
Kemelut itu berpunca daripada tindakan Guan Eng merestui pindaan kepada keputusan rasmi pemilihan tanpa mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).
 
Pindaan itu membolehkan Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari diisytiharkan “pemenang” untuk menduduki kerusi Jawankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
 
Siasatan ROS terhadap kemungkinan berlakunya penyelewengan kuasa dan manipulasi proses pemilihan itu boleh membawa padah kepada Guan Eng dan DAP sendiri.
 
Justeru, apabila ROS memberi notis kepada DAP bahawa ia tidak dapat mengiktiraf Jawankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sementara siasatan dibuat, Guan Eng menggunakan surat itu sebagai “bukti” kononnya DAP mangsa kezaliman kerajaan.
 
Beliau kemudian mengumumkan DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak jika ROS tidak menarik balik surat itu.
 
Jaminan ROS dan SPR bahawa notis itu tidak menjejaskan penyertaan DAP pada PRU ke 13 ditolak tepi oleh Guan Eng.
 
Beliau terus menuntut ROS menarik balik surat itu, dalam erti kata lain membatalkan siasatan terhadap pemilihan DAP itu.
 
Seiring dengan itu fitnah mengenai DAP akan menggunakan logo PAS dan PKR disebarkan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan selain meraih simpati untuk DAP.
 
Bagaimanapun ROS tidak tunduk kepada Guan Eng itu dan siasatan terhadap pemilihan DAP tetap diteruskan.
 
Melihat perangkap yang dipasangnya tidak menjadi, Guan Eng tersepit dan akhirnya memilih jalan selamat untuk calon-calon DAP terus menggunakan logo roket, meskipun ia mendedahkan tembelang DAP.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.