Wednesday, April 17

DASHYAT BEG TANGAN GERGASI PULAK DIUSUNG............


Perghh sempoi depa nie bawak beg tangan untuk kutip duit ceramah. Kalau dulu hanya pakai tin milo atau plastik berwarna hijau tapi kali sudah tukar.. Beg tangan gergasi pulak. Tapi sayang macai-macai nie punya dok pulun kutip duit derma tapi pemimpin depa  ambil duit tu bayar pada skandalnya..


Biarlah gambar ini berbicara. Kalau tak pecaya bukti dah ada macam mana boleh kata benda nie tak betul..

Kepada sesiapa yang pernah mengikuti dan menghadiri ceramah mahupun aktiviti yang dianjurkan Pakatan Pembangkang pastinya mereka sangat arif apa yang berlaku apabila tiba penghujung majlis.

Perbuatan pemimpin Pakatan Pembangkang meminta derma dengan membawa tin ataupun kotak bagi memungut derma daripada orang ramai dengan menjual erti membiayai perjuangan Pakatan Pembangkang ke arah matlamat politik sempit mereka dan seterusnya menawan Malaysia daripada cengkaman BN.

Atas dasar keprihatinan perjuangan mereka, orang ramai tidak segan silu menghulurkan sumbangan berupa wang tunai yang terkira banyaknya. Bagi PAS, mereka tidak segan silu menjual agama Islam bagi meraih sumbangan orang ramai. Persoalan di sini, ke manakah pergi wang hasil derma orang ramai itu?

Mengikut lunas undang-undang yang ada di Malaysia, perbuatan meminta derma daripada orang ramai tanpa kelulusan dan keizinan atas sesuatu perkara dianggap sebagai suatu kesalahan. Selain meminta tanpa kebenaran, perbuatan Pakatan Pembangkang juga dianggap sebagai melakukan penyelewangan.

Apakah benar wang hasil derma orang ramai itu digunakan untuk perjuangan Islam seperti yang dikatakan kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya PAS?

Segala persoalan mengenainya telah terjawab dan dirungkaikan oleh bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad. Menurut beliau, penyelewengan biasa berlaku di dalam parti itu kerana wujud segelintir pemimpin yang tidak amanah selain ketiadaan sistem pemantauan wang keluar masuk terutama membabitkan derma.

Beliau mengulas mengenai penerbitan sebuah buku bertajuk: Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali karangan Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani kerana perbuatan menyeleweng wang sememangnya berlaku di dalam parti berkenaan.

Selama beliau berada di dalam parti tersebut, itulah yang berlaku malah dalam satu peristiwa iaitu selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak-anak Allahyarham Ibrahim Libya telah diusung ke mana-mana bagi tujuan mengutip derma.

‘‘Malangnya saya difahamkan wang itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disapu oleh pihak tertentu. Saya bercakap atas pengalaman saya di dalam PAS selama 12 tahun dan inilah kebenaran yang berlaku."
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad



No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.