ROS tidak dapat mengiktiraf CEC dalam DAP kerana parti itu meminda keputusan pemilihan tiga minggu selepas ia diumumkan.
Dalil Guan Eng adalah berlakunya kesilapan dalam pengiraan kertas undi yang perlu diperbetulkan.
Hasil penting daripada keputusan yang diubah itu adalah Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari dilantik menyertai CEC, setelah beliau dan tujuh ahli Melayu lain kalah pada hari pemilihan parti.
Sudah tentu pindaan dalam keputusan pemilihan akan mengundang siasatan daripada ROS, lebih-lebih lagi kerana akar umbi DAP sendiri mempertikaikan tindakan Guan Eng merestui pindaan keputusan itu.
Selagi siasatan tidak selesai dan DAP tidak memberikan penjelasan meyakinkan ROS tidak dapat mengiktiraf keputusan baru itu.
Tidak ada yang pelik mengenai tindakan ROS ini.
Pada masa sama ROS bersama SPR mengeluarkan kenyataan bahawa DAP masih parti berdaftar yang sah dan statusnya untuk bertanding pada PRU 13 tidak terjejas.
Malangnya isu itu cuba dijadikan modal politik oleh DAP dalam satu lagi cubaan untuk menutup kebenaran.
Regim DAP Pulau Pinang akan tumbang,ini diakui oleh pimpinan DAP dan juga pakatan kerana mereka sedar sokongan rakyat sudah kembali kepada BN.
Lim Guan Eng sedar dan hampir keseluruhan pimpinan pakatan sedar dan tahu mereka akan kalah! Beberapa mesyuarat sulit pimpinan tertinggi pakatan diadakan dan pembentangan yang dibuat membuktikan haprak pakatan tidak akan sama sekali dapat mengambil alih Putrajaya.
Terkini sejak 3 hari lepas puluhan kotak dokumen dari pejabat Ketua Menteri,Komtar dikeluarkan oleh lebih 20 orang kakitangan parti DAP.Kesemua dokumen dokumen itu dikeluarkan untuk menutup segala bukti penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan haprak pakatan.
Selain Pejabat Ketua Menteri,di pejabat majlis perbandaran MPSP , MPPP dan juga pejabat agensi kerajaan negeri kakitangan parti DAP begitu sibuk memunggah puluhan kotak dokumen..
Kenapa seawal ini mereka keluarkan dokumen? Kenapa mereka sorok dokumen sulit hak milik kerajaan?
Bila Amalan Demokrasi telah dirogol, DAP perlu digantung sampai mati!!!
ReplyDeleteSalam tuan, Apple Biru telah menggunakan url yang baru di apple-bru.blogspot.com. Mohon pautan semula tuan.tq
ReplyDelete