HADI AWANG MARAHKAN PIL KUDA TETAPI TIDAK PADA #SpendaStopa
Umum mengetahui PKR diketuai pemimpin yang memiliki masalah moral dan akhlaknya pula agak diragui, malah tidak pernah sunyi dari skandal peribadi selain sikap pembawaannya yang cenderung membela golongan LGBT.
PKR juga dikenali kerana identitinya sebagai parti liberal yang mendukung perjuangan pluralisme agama termasuklah menyokong penggadaian kalimah Allah S.W.T untuk dinodai kesuciannya dalam kitab Bible.
Pun begitu, mungkin ini buat julung kalinya khalayak umum didedahkan dengan kegiatan jual beli pil kuda yang rupanya turut akrab dengan pemimpin PKR termasuklah ada antaranya yang kini merupakan calon dalam PRU-13.
Pendedahan ini bukan dilakukan oleh UMNO atau mana-mana parti komponen BN, tapi dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mendedahkan ada antara calon PKR merupakan pengedar pil khayal tersebut.
“Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat, tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana, edar pil kuda… orang PAS tak boleh kerja calon macam ini.”
“Terang-terang saya sebut orang Keadilan pun tak terima, sedar-sedar mari jadi calon, dengar cerita edar pil kuda, tak perlu sebutlah di mana-mana,” demikian kata Hadi sewaktu berceramah di Marang, Terengganu.
Tak tahulah sama ada cerita yang di bawa oleh Presiden PAS itu sahih atau tidak, atau sebenarnya sekadar untuk menghalalkan tindakan semberono PAS merempuh masuk di kawasan yang kuotanya dikhususkan untuk PKR.
Tetapi, jika benar sekali pun ada calon-calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan kaya raya dengan hasil aktiviti haram itu, ia bukan alasan kukuh untuk PAS sengaja mengacau kawasan yang ditandingi rakan sepakatan.
Entah sejak bila PAS begitu sensitif dengan pengedaran pil kuda sukar dipastikan, yang peliknya bila PR menyokong kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya tak pula PAS melatah.
pil kuda plak yg dia risaukan !!! ni masalah akidah paling besar yg PAS cetuskan ni tak settle sampai hari ni.. kenapa dia tak sebut amanat hj hadi yg dia buat dulu??? kenapa dia x sebut apa hukumnya PAS main bontot dgn DAP,PKR dan lupa sama sekalipasal negara islam !!!!
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
pil kuda plak yg dia risaukan !!! ni masalah akidah paling besar yg PAS cetuskan ni tak settle sampai hari ni.. kenapa dia tak sebut amanat hj hadi yg dia buat dulu??? kenapa dia x sebut apa hukumnya PAS main bontot dgn DAP,PKR dan lupa sama sekalipasal negara islam !!!!
ReplyDeleteada 4 saksi ke nak tuduh calon orang ni? aik... anti komunis plak konon
ReplyDelete