Monday, April 29

Jentera Propaganda Singapura Bantu DAP Pulau Pinang.......


Mungkin ada Lubuk Emas yang perlu digali dan dibawa balik pada Singapura bila berjaya menawan Pulau Pinang pada kali kedua kelak.

Nampaknya penglibatan secara serius parti PAP Singapura apabila memberi bantuan kewangan dan juga jentera untuk mempertahankan regim DAP Pulau Pinang.

Puluhan juta disalurkan kepada DAP, ratusan ahli PAP sudah tiba sejak 2 minggu lepas dan setiap peti undi yang ditandingi oleh DAP akan diawasi dan dibantu oleh ahli parti PAP Singapura.

Campur tangan Singapura didalam pilihanraya negara kita cukup besar peranannya. Bukan saja wang ringgit dan kakitangan,mereka juga turut mengerakkan jentera propaganda untuk membantu kelangsungan pemerintahan regim DAP di Pulau Pinang.

2 hari lepas  Liew Yeow Hooi,Calon parti PCM N28 Komtar telah ditemubual oleh Liew Fan Chyi wartawan Singapore Press . Temuramah dibuat di Evergreen Laurel Hotel di Gurney Drive.

Liew turut  ditemani oleh Ng Weng Lok Ketua PCM Bahagian Timur Laut ,apa yang menarik didalam temuramah ini,Wartawan Singapore Press ini telah menyatakan dasar dasar yang dilaksanakan oleh Lim Guan Eng adalah baik untuk Pulau Pinang dan seluruh masyarakat Cina. 

Namun Yeow Hooi dengan tegas menafikan perkara tersebut sebaliknya beliau berkata Lim Guan Eng hanya pandai cakap tetapi tidak mampu untuk laksanakan dasar tersebut.

Tambah Yeow Hooi lagi,Lim Guan Eng hanya tahu memburukkan kerajaan BN tetapi tidak pula beliau pernah menceritakan kebaikkan BN seperti pendidikan serta perubatan dengan kos yang percuma dan minimun dimana kerajaan Singapura sendiri tidak dapat sediakan perkhidmatan seperti itu kepada rakyatnya.

Wartawan Singapura itu menjadi kaget dan tidak mampu mempengaruhi Yeow Hooi,menurut sumber DAP wartawan tersebut sebelum ini telah menemubual Lim Guan Eng dan telah mendapatkan butiran mengenai dasar dasar yang kononnya dilaksanakan oleh regim DAP.

Sebenarnya tujuan wartawan tersebut menemui Yeow Hooi adalah untuk mempertikaikan kenapa PCM mahu menentang DAP sedangkan dasar DAP itu kononnya amat baik.Ternyata niat wartawan tersebut gagal untuk mempengaruhi Yeow Hooi ,selepas pertemuan itu tamat,Wartawan ini terus ke ibu pejabat DAP negeri .

Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan kempen propaganda politiknya dengan mendakwa konon PR berupaya menawan 7 buah negeri termasuklah mengekalkan kedudukan PR sebagai pemerintah di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Tiga negeri tambahan yang termasuk dalam senarai itu ialah menawan kembali Perak serta menguasai Negeri Sembilan dan Perlis.

Malangnya, kempen propaganda murahan Kit Siang bagaikan angin lalu sahaja, tak mendapat sambutan dan gagal untuk meningkatkan moral penyokong PR dan tak berupaya menandingi kebangkitan semula BN yang berterusan memperkukuhkan kedudukannya.

Ia mengecewakan tidak hanya Kit Siang, tetapi juga menyebabkan ramai penyokong PR dilanda kebimbangan kerana jika BN mengekalkan prestasinya seperti sekarang dan rakyat pula makin hari makin selesa bersama BN, bermakna PR pasti tumbang di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Lebih merunsingkan Kit Siang, bila mana kubu DAP di Pulau Pinang sudah merekah, jika kena gayanya dengan Pulau Pinang sekali harung diambil balik oleh BN.

Dalam temu ramahnya dengan akhbar China Press 27 April 2013, sekali lagi ditekankan propagandanya itu yang hakikatnya tersirat menunjukkan betapa terdesaknya DAP dan PR untuk menarik perhatian ramai supaya menyokong agenda mereka untuk mengejar kuasa ke Putrajaya.

Kit Siang sebenarnya faham, senario PRU-13 jauh berbeza dengan tsunami politik yang berlaku semasa PRU-12 2008, ditambah dengan mood rakyat yang kian kukuh di belakang BN, mahu tidak mahu terpaksalah beliau mengulangi kembali propaganda sedemikian.

Tambahan pula, Kit Siang amat mengharapkan dengan menyegarkan semula kempen propaganda ini akan mampu menjadi satu perasa tambahan untuk menarik lebih ramai penyokong PR untuk hadir meramaikan program politik PR sekali gus menjadi buah mulut khalayak.

Andai propaganda murahan dan taktik kelentong sebegini berjaya, ia satu bonus untuk DAP dan PR, kalau pun gagal ia setidak-tidaknya dapat juga meningkatkan semula semangat anak buahnya.

Itu matlamatnya, pendek kata amat diharap-harap sangat yang orang ramai akan teruja untuk menyertai kempen PR disebabkan perasaan ingin tahu apa perkembangan selanjutnya, itu sahaja.

Mungkin betul kempen propaganda Kit Siang dan DAP ini dapat memulihkan kembali semangat penyokong PR, tapi realiti semasa menunjukkan propaganda kelentong sedemikian bila sampai waktunya hanya dicampak ke longkang sahaja.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.