Friday, April 19

KALAU DAH BANGSAT SELAMA-LAMANYA BANGSAT............. @PDRMsia


Apa yang kita jangkakan iaitu Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat bekerjasama dengan baik dan pasti akan bersengketa sesama sendiri, kini terbukti apabila mereka tidak mampu menangani masalah pembahagian kerusi untuk Pilihanraya yang paling penting bagi mereka.

Mungkin kerana bahang kekalahan sudah semakin terasa, maka PR kini giat mencari-cari jalan untuk mengembalikan sokongan dan semangat jenteranya.   Salah satu caranya ialah dengan memberi gambaran seolah-olah PR akan menang pilihanraya ini dengan ‘gemilang’ sekali.

Namun, menyedari bahawa rakyat sukar untuk mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut mereka, maka terpaksalah mereka menggunakan nama pihak yang lebih berkredibiliti, contohnya, pihak polis yang sering dicemuh dan ditohmah mereka.

Sehubungan dengan itulah maka, Lim Kit Siang menyiarkan di dalam blognya, satu analisis yang kononnya didapati dari Bukit Aman.  Konon mengikut analisis tersebut, PR dijangka akan memenangi 145 kerusi dan BN hanya 77.

Berikut adalah analisis yang disiarkan di blog Kit Siang:


Hakikatnya, maklumat dari Bukit Aman adalah sulit dan Kit Siang yang menjadikan pihak polis sebagai ‘musuh ketat’ tidak mungkin diberi ‘keistimewaan’ untuk menerima maklumat tersebut.   Lagipun, dari sumber-sumber dalaman yang didapati, angka itu adalah sebenarnya hampir ‘terbalik’ sepenuhnya.

Kita tahu bahawa Lim Kit Siang sebenarnya hanya ingin memancing jawapan pihak Bukit Aman atau kerajaan, kerana beliau sudah benar-benar cuak setelah mencongak-congak kebarangkalian kemenangan atau kekalahan PR.   Namun, tidak semudah itu untuk Kit Siang menyerkap jarang kerana pihak Bukit Aman ataupun kerajaan bukanlah bodoh seperti DAP yang tidak tahu mengira atau menaip.

Kit Siang boleh berangan dan terus memberi keyakinan palsu kepada penyokong-penyokong PR dengan menyebarkan angan-angannya dalam bentuk jadual seperti di atas.  Sedangkan, tindakan beliau itu sebenarnya membantu BN dengan cara menguatkan lagi semangat dan meningkatkan lagi usaha jentera parti untuk bekerja dan menang pilihanraya.

 Secara tidak langsung, tindakan Kit Siang menyebarkan analisis palsu ini dilihat sebagai satu kenyataan bahawa beliau sendiri hampir pasti yang hayat politiknya akan berkubur di Gelang Patah.   Namun, sebagai ahli politik, sudah tentulah beliau menafikannya dan cuba meyakinkan penyokongnya yang beliau masih pasti menang.

Oleh itu, sebelum Kit Siang terkubur, wajarlah kita berterima kasih terlebih dahulu kepadanya kerana memberi pengajaran awal kepada kita melalui peristiwa 13 Mei, iaitu tentang kewujudan manusia rasis sepertinya yang sangat-sangat merbahaya untuk negara.   Walaupun kita berterima kasih, kita tidak akan sekali-kali memohon maaf kepada ahli politik yang hampir terkubur ini kerana apa yang dilakukannya kepada negara kita, iaitu memecahbelahkan perpaduan kaum telah menjadikan negara ini rapuh sekali.

Biarpun Kit Siang terkubur dalam ertikata sebenar pada suatu hari nanti, namanya akan pasti terpahat dalam sejarah sebagai ‘Bapa Perkauman’ Malaysia selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.