Ini adalah sikap populis Ketua Menteri Paling Celaka didalam sejarah Pulau Pinang. Nak tunjuk zuhud serta amanah menjaga harta Kerajaan Negeri akan tetapi sudah banyak tembelang ala kucing Blogger Penang telah dedahkan. Terbaru Apek nie menyerahkan Kenderaan Rasmi pada "Caretaker" dan menyebarkan secara meluas didalam laman media. Tujuannya adalah untuk menyemai rasa simpati rakyat.
Maklumat terkini dari Selatan tanahair sebaliknya. Sikap kroni DAP terserlah menyebabkan ada yang tak puas hati dan meninggalkan DAP..
Tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri dipercayai kerana membantah campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di negeri ini.
Tiga pemimpin terlibat ialah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, Timbalan dan Setiausahanya, Norman Fernandez dan Tan Chen Choon.
Perkembangan terbaru itu mengesahkan tentang perbalahan antara DAP dan PKR yang dilihat semakin meruncing berikutan perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah yang akhirnya menjadi milik Kit Siang dan Jui Meng yang berhasrat menduduki kerusi itu hampa dan dikatakan 'merajuk'.
Kedua-dua parti itu juga dikatakan bertelagah tentang calon di kerusi Parlimen Segamat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan Johor Jaya, sambil pucuk pimpinan PKR Johor memberi amaran mereka tidak akan berkompromi lagi dalam isu pembahagian kerusi.
Semalam, Kit Siang menegaskan Parlimen Bakri dan Kulai kekal milik DAP selepas ada ura-ura mengatakan Jui Meng cuba bertanding di Bakri apabila hasratnya untuk menjadi calon di Gelang Patah tidak kesampaian.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.