Thursday, April 18

NURUL IZZAH CERAMAH HANYA PADA 10 PENGUNDI DI LEMBAH PANTAI......


Punggah kalau tahap ini saja pengunjung untuk mendengar rintihan dari Anak PAPAJAHAT. Macam mana nak menang kalau begini. Sudah tentu tido tak lena Nurul semalam dengan sambutan yang kureng menarik. Penduduk lembah pantai mungkin dah jemu dengan janji kosong Nurul nie kot? Pandai berjanji tapi tak ditunaikan. Lepas nie sudah tentu tabur janji lagi.


Pandangan dari sisi tepi ceramah nampaknya ada kem Barisan Nasional kat situ. Tapi yang dengar tue Orang PKR atau BN..Depa nie dengar atau tunggu nak serbu Nurul..

Ratu Kapal Selam dan Ratu Putar Alam, Nurul Izzah sekali lagi membuktikan jasa dan pengorbanannya khas untuk penduduk Lembah Pantai. Semalam, BLP telah membongkar bagaimana MP paling glamer ini memperalatkan segelintir penduduk Flat 4 Tingkat demi kepentingan politik jumud beliau.

Hari ini BLP akan menghuraikan lebih mendalam bagaimana kerakusan berpolitik Nurul Izzah telah menyebabkan kerugian yang tidak terhingga buat Penduduk yang termakan umpan racun beliau.
Pertama sekali, mereka telah hidup dalam kedaifan selama dua tahun. Sedangkan rakan-rakan mereka sudah lama berpindah ke rumah-rumah PPR yang jauh lebih selesa berbanding dengan Flat 4 Tingkat, mereka terpaksa hidup dalam keadaan seperti ini:

Gambar: Menunjukkan saiz dan keadaan Flat 4 Tingkat


Gambar: Menunjukkan keadaan di luar Flat 4 Tingkat


Gambar: Menunjukkan keadaan di Flat 4 Tingkat

Sedangkan mereka boleh tinggal di dalam rumah PPR berjiran dengan rakan-rakan dan jiran-jiran mereka seperti ini:



Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa, mana ada MP lain dalam dunia ni yang bila penduduk di kawasan sendiri ditawarkan untuk tinggal rumah 3 bilik berbanding dengan rumah 1 bilik atau TIADA BILIK di Flat 4 Tingkat yang hanya 380 kaki persegi akan mengaburi mata mereka dan menidakkan hak mereka! Gila ke beb?

Kedua, mereka yang telah bersetuju akan mendapat rumah bernilai RM250 ribu dalam pasaran sekarang (mungkin RM400 ribu apabila siap dalam 3 tahun ini anggaran konservatif), atau mendapat pampasan tunai sebanyak RM 143 ribu serta merta beserta dengan beberapa insentif lain termasuk sewa yang dibayar, semua kos pengangkutan ditanggung dan lain-lain.

Oleh kerana Nurul Izzah telah menghasut segelintir mereka untuk membantah pembangunan, dan mengheret mereka ke makhamah, mereka hanya akan mendapat pampasan sebanyak RM 73 ribu sahaja.RUGI RM 327 ribu beb!! 

Itu kalau harga pasaran 3 tahun lagi RM400 ribu. Kalau pemaju letak harga macam UOA di bangsar South? Hampir RM1 juta untuk kondominium yang sama saiz. Padahal Bangsar South lagi masuk ke dalam! 4 Tingkat yang paling depan. Kalau gunakan itu, setiap penduduk RUGI RM 927 ribu! gila ke beb!

Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa, mana ada MP lain yang bila penduduk ditawarkan potensi nilai sebanyak RM400 ribu atau RM1 juta atau tunai sebanyak RM143 ribu, bantah dan memperjuangkan hanya RM73 ribu! Mana keadilan perjuangan ini? Gila ke beb?

Nurul Izzah, anda memang MP Luar Biasa. Setiap kali tiup seruling ajak penyokong jatuh dalam gaung. Patutlah ramai dah sedar dan tinggalkan. Harapan wartawan-wartawan BLP, orang Kelana Jaya juga akan membaca “budi” dan “bakti” yang selalu ditabur oleh MP Luar Biasa ini. Nak lari mana beb?


5 comments:

  1. blog ini tak boleh diaccess melalui ie. buka je terus jadi invalid path. ada orang hack takkk????

    ReplyDelete
  2. MatKilaupenang.blogspot.com/ tak boleh dilayari melalui ie. Address not valid.. apa yang berlaku?

    ReplyDelete
  3. Isu terbaru flat 4 tingkat telah dibangkitkan oleh calon BEBAS Lembah Pantai. 2 pucuk surat telah dihantar kepada pemaju Suez Domain untuk diberi penjelasan berikutan kegagalan pihak pemaju memulakan kerja2 pembinaan. Terlalu banyak alasan yang diberikan, memang ada unsur-unsur penipuan didalam surat perjanjian. Calon BEBAS akan membuat kejutan selepas sahaja penamaan calon pada 20 April ini, untuk membongkar apa yang sedang berlaku sekarang.

    ReplyDelete
  4. Boleh dilayari, tiada masalah mungkin ada sedikit masalah dari blogspot..MKP dah buang semua virus kt sini...

    ReplyDelete
  5. Ada pertanyaan buat admin blog ni,kemana menghilang penduduk rumah pangsa Kg Hj Abdullah Hukum yg kebanyakan ny Melayu?Apa kh penduduk rumah pangsa 5 tingkat Kg Kerinchi akan kembali menetap di situ slps ia di bangun kn?Betul kh tapak Apartment Abdullah Hukum 1 telah di jual kpd Mid Valley?Ini semua dlm kawasan Lembah Pantai bro!Kawasan penempatan Melayu.Jgn nk jadi hero dlm hal pampasan,sedang kn hak org2 Melayu di lanyak oleh UMNO!

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.