Sunday, April 7

PADANG KOTA ADALAH KUBU KUAT DAP, BN PASTI KALAH DI SANA.........


Guan Eng membuat lompatan bagi menguji orang kuat BN di Pulau Pinang iaitu Chang Yeow. Bekas Exco Kerajaan Negeri itu mempunyai rekod empat kali bertanding di Padang Kota dan menang dalam tiga PRU. 

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Guan Eng menyatakan kesediaan untuk mencabar Pengerusi BN Pulau Pinang itu, seolah-olah sudah menjadi misi DAP untuk ‘menghapuskan’ setiap pemimpin utama BN di negeri itu secepat mungkin.

Jika pertemuan ini berlaku, maka sekali lagi siri pertarungan dua setiasuaha agung (SUA) parti politik negara bakal berulang di Pulau Pinang. Diselak kembali sejarah pertembungan dua SUA, ia berlaku pada PRU 1999 apabila Kit Siang (DAP) mencabar Chia Kwang Chye (Gerakan) di kawasan Parlimen Bukit Bendera. 

Pertembungan itu berkesudahan dengan Kit Siang ‘direhatkan’ selama sepenggal sebagai wakil rakyat. Beliau bukan sahaja gagal merampas kerusi Bukit Bendera yang sebelum itu disandang Kwang Chye tetapi pada masa yang sama dikalahkan di DUN Kebun Bunga oleh Dr. Teng Hock Nan.

Menyelak kembali perjalanan politik Chang Yeow, beliau mula bertanding pada PRU 1995 dalam misi BN-Gerakan merampas kembali kerusi yang pernah diduduki Chong Eu. Cubaan kali pertama menghasilkan kejayaan apabila beliau menewaskan orang kuat DAP, Karpal Singh.

Jika Guan Eng tidak silap membuat perkiraan memilih Padang Kota pada kali ini dan Gerakan menurunkan semula bekas calonnya itu, pertembungan dua SUA bakal menjadi kenyataan. Sudah tentu BN mahu menebus kembali kekecewaan yang dirasai pada 1990. 

Jika DAP mampu menumbangkan seorang ketua menteri yang begitu banyak jasanya kepada negeri itu, adakah BN tidak mampu mengalahkan pemimpin yang berhijrah dari Melaka untuk mencuba nasib politiknya di Pulau Mutiara? BN boleh menjadikan PRU kali ini untuk menumbangkan Guan Eng, tidak kira beliau bertanding di Padang Kota atau di mana sahaja.

PRU kali ini akan memberi peluang kepada pengundi-pengundi untuk memilih ketua menteri baru yang lebih memahami kehendak rakyat. Chang Yeow adalah orang lama di Pulau Pinang yang kehadirannya bukan sekadar mahu menjayakan misi politik. 

Maka lebih menarik jika pertembungan dua setiausaha agung ini berlaku. Memang elok dan kena pada masanya. Lebih menarik kalau Guan Eng bersedia mengikut ke mana sahaja Chang Yeow bertanding.

Di mana pula Chow Kon Yeow, penyandang kerusi Padang Kota akan bertanding? Bagi wakil rakyat DAP termasuk Kon Yeow, mereka bebas ke mana sahaja, bukan setakat di dalam negeri berkenaan tetapi juga di negeri lain seperti yang dilakukan oleh Kit Siang dan Guan Eng. 

Sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang, Kon Yeow boleh ke Air Putih bagi menggantikan Guan Eng. Jika rakyat Pulau Pinang terutama DAP merasakan Kon Yeow lebih layak, maka ini juga peluang terbaik untuk pengundi-pengundi mengembalikan semula jawatan ketua menteri kepada orang yang lebih tahu mengenai penduduk negeri itu. 

Kon Yeow bukanlah orang baru dalam politik DAP Pulau Pinang. Sudah dua penggal mewakili Parlimen Tanjong. Tanpa Guan Eng, Kon Yeow juga layak, Sebelum ini pelbagai kisah kedengaran di- sebalik kepemimpinan Guan Eng. Ada yang tidak puas hati terhadap corak pentadbiran ketua menteri itu. Ada pihak mahu ‘mengusir’ Guan Eng supaya kembali ke Melaka atau mengikut jejak bapanya ke Johor.

Bagi pengundi-pengundi di negeri itu, inilah peluang untuk mereka ‘ubah’ kerajaan DAP seperti slogan yang dianjurkan oleh parti itu menjelang PRU akan datang. Mereka ada pilihan sama ada ubah jawatan ketua menteri yang disandang Guan Eng kepada wakil BN melalui Chang Yeow atau kekal kepada DAP melalui Kon Yeow.

Jangan silap membuat pilihan. Cukuplah setakat kerajaan negeri dan DAP ‘silap kira dan silap taip’. Pengundi jangan silap. Pilihan biar tepat. Perubahan di tangan anda!


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.