Monday, April 15

SENARAI CALON @BARISANNASIONAL BOCOR...........?


Hari nie semua mata dan telinga tertumpu pada senarai calon yang bakal dikeluarkan oleh barisan nasional. Ura-ura ada kalangan pemimpin barisan nasional (umno) nak boikot dan sailang parti nampaknya telah berkurangan kerana satu tindakan bijak dari DS Najib Razak nampaknya telah membuahkan hasil yang tidak sesiapa menjangka. Apakah tindakan yang diperkenalkan......biarlah rahsia dulu...nanti bila sampai masanya MKP berhujah lanjut....

Senarai calon BN yang akan diumumkan esok adalah MUKTAMAD dan tiada sebarang perubahan akan dibuat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga enggan mengulas mengenai calon, perubahan kerusi antara komponen atau spekulasi pertukaran Menteri Besar atau Ketua Menteri, "Semua kena tunggu esok,"katanya.

Tapi beliau memberikan sedikit bayangan dengan mengatakan BN mengetengahkan 33 peratus calon muka baru bagi menghadapi PRU13, manakala 49 peratus muka baru bagi kerusi DUN.

"Senarai calon ini merupakan barisan BN yang terbaik kita sediakan. Ia proses yang panjang meliputi banyak rundingan dengan presiden komponen BN dan pengerusi BN negeri," kata beliau pada Majlis Penyerahan Watikah Senarai Calon BN di PWTC hari ini.

Menurutnya, senarai calon mengambil kira sentimen dan jangkaan pengundi yang mahu melihat perubahan dalam senarai calon BN.

"Seramai 33 peratus muka baru bagi kerusi Parlimen dan 49 peratus muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini bagi memenuhi kehendak dan jangkaan pengundi yang mahu melihat perubahan dalam BN.

"Kita juga ambil kira perlu membariskan wakil rakyat sedia ada yang ada pengalaman sama ada dalam kerajaan. Ada pengalaman amat penting bukan sahaha perlu tampil pembaharuan tetapi sebagai parti dapat mandat bagi menubuh kerajaan yang boleh memberi khidmat kepada rakyat.

"Kalau semua muka baru tidak ada pengalaman ini tidak akan membantu kerajaan yang bakal ditubuhkan nanti." katanya.



Menurut Najib, pemilihan calon itu mengambil kira bagi menubuhkan kerajaan yang kuat dan mampu memenuhi jangkaan rakyat pada masa depan yang mampu merealisasikan manifesto BN.

"Pada mereka terpillih harap dapat melakukan yang terbaik untuk parti. Pada mereka yang tidak terpilih bukan bererti mereka gagal. Tapi dalam keadaan pengundi menuntut perubahan, mereka perlu bagi laluan."

"Terima kasih pada semua wakil rakyat, sekirannya mereka tak bertanding bukan satu penafian pada khidmat mereka dan akan terus menyokong parti pada PRU," kata Najib.

Najib juga berkata, senarai calon berkenaan dilakukan secara inklusif dengan calon kerusi Parlimen 91 peratus daripada mereka mempunyai kelayakan diploma dan ke atas.

"Dari segi penyertaan ada pelbagai profesional meliputi 31 peratus. Calon terdiri daripada profesor universiti, pegawai PTD, badan-badan agensi kerajaan, ada doktor, ulama dan sebagainya."

"Ada mereka yang popular di peringkat akar umbi. Ini adalah senarai terakhir," tegas beliau.

Senarai calon juga terdiri daripada wakil yang seimbang antara lelaki dan wanita, tambahnya.

"Umumnya saya yakin barisan BN yang terkuat yang mampu kita tampilkan membantu kerajaan menjayakan manifesto dan transformasi nasional," katanya lagi.

Nama calon bagi kerusi Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) akan diumumkan esok.-


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.