Tokoh ulama Dr Fathul Bari Mat Jahaya mempersoalkan kewibawaan PAS dalam memperjuangkan perlaksanaan hukum hudud di negara ini, selain tentangan yang diterima daripada rakan sekutu mereka di dalam Pakatan Rakyat, DAP.
"Adakah mereka ini hipokrit? Kerana mereka bercakap sesuatu yang mereka memang tak boleh buat, dan memang tak buat. Sebab tak ada dalam manifesto, dan jelas Lim Kit Siang dan Karpal Singh menyatakan kalau Pakatan Rakyat menang sekalipun (hudud) takkan termasuk dalam agenda mereka."
Fathul berkata, jika benar PAS mahu melaksanakan hudud, parti itu sepatutnya keluar dari kongkongan telunjuk DAP dan bertindak secara bersendirian.
Malah DAP dilihat menjadi batu penghalang kepada perlaksanaan hudud, apatah lagi ditentang secara hebat oleh dua tokoh parti itu, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Karpal Singh.
"Dalam keadaan Lim Guan Eng menetapkan dalam Pakatan Rakyat mengatakan bahawasanya PAS-PKR tak berhak melaksanakan hukum hudud selama mana tak dapat izin DAP. Dan jelas terang bersuluh hingga ke hari ini DAP tak pernah beri persetujuan untuk perlaksanaan hukum hudud," kata beliau.
Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) itu juga memberi contoh negeri jajahan PAS iaitu Kelantan dan Terengganu yang gagal meletakkan undang-undang berkenaan sebagai keutamaan atas faktor prosedur.
Katanya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyebut isu hudud adalah isu kecil untuk dibangkitkan selepas menang pilihan raya di Terengganu.
Mengulas lanjut, Fathul berkata Umno sudah membuka jalan perpaduan untuk bekerjasama dengan PAS melaksanakan hudud, malah MCA juga menyatakan sokongan mereka terhadap hukuman itu kerana bergantung atas semangat negara berdemokrasi.
"Tentang nak buat hukum hudud, saya sebagai muslim pun nak dalam jiwa dan hati saya, nak hukum ini ditegakkan. Tapi saya nak perpaduan berlaku antara Umno dan PAS yang mana itu tak diusahakan pun. Umno sekarang berusaha membentuk perpaduan.
"Jadi alangkah baiknya jika Umno yang menghulurkan tangan perpaduan ini disambut dan dicapai oleh PAS. Kita akan bentuk majoriti, kita ada kekuatan dan perpaduan untuk bentuk perlaksanaan hudud sebaik mungkin," ujar beliau.
Fathul kemudian mendakwa usaha menyatupadukan kedua-dua parti bagaimana pun gagal sehingga hari ini rentetan kekecewaan PAS yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Umno dalam membentuk kerajaan perpaduan di Kelantan, sekitar 1970-an.
Rentetan peristiwa tersebut, Fathul dalam masa yang sama mempersoal tindakan PAS yang tidak mahu memaafkan Umno, tetapi menerima permohonan Lim Kit Siang yang sebelum ini pernah mewujudkan peristiwa 13 Mei 1969 dan mencerca serta menghalau kaum Melayu dari negara ini.
Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kepimpinan dan ahli parti itu berhenti mengulas lanjut mengenai perlaksanaan hukum hudud kerana ia akan memberi menjejaskan fokus pilihan raya.
Manakala Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menyatakan keyakinannya hudud akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat menang pada PRU13 sambil menegaskan ia akan melibatkan orang Islam sahaja. AP
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.