Monday, April 15

UMNO SAMAN HAPRAKDAILY..............


Umno Barisan Nasional hari ini menyerahkan notis tuntutan maaf kepada Haprakahdaily kerana memfitnahnya menyebarkan kilp video aksi seks seorang lelaki mirip Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

Surat tuntutan tersebut dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak berhubung dakwaan portal berita Harakahdaily memfitnah Umno melalui artikel bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat'.
 
Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun berkata laporan yang disiarkan itu mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap Umno.
 
Surat tersebut antaranya memetik kata-kata Mustafa yang membawa maksud "anak guam kami merancang video lucah tersebut" dan "anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berunsur lucah dan lain-lain tafsiran lagi."
 
"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anak guam kami," jelas Hafarizan lagi.
 
Umno, selain itu menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily iaitu berhenti membuat fitnah berkenaan, mohon maaf, menarik balik, aku janji untuk tidak menyiarnya lagi atau membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.
 
Surat itu juga memberi amaran, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu.
 
Kelmarin Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dipetik sebagai berkata beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
 
Ketika berucap pada satu majlis di markas PAS Kampung Molek Jumaat lalu, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.
 
"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.
 
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
 
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.