Banner ini berada sepanjang jalan menuju ke Balik Pulau, Bukti dah ada mengatakan Yusmadi nie pernah melobi nak bertanding di Balik Pulau akan tetapi banyak sangat kemungkaran yang dilakukan oleh Yusmadi.
Yusmadi Yusoff mengesahkan yang beliau tidak akan mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Menerusi laman Twitternya hari ini, beliau yang baru sepenggal menjadi ahli Parlimen menyatakan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meletakkan calon lain bagi mempertahankan kerusi tersebut selain dirinya yang tidak akan bertanding.
Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim ujar beliau, akan mengumumkan siapakah calon tersebut pada ceramahnya di Pulau Pinang malam ini.
Dari maklumat yang MKP perolehi mengatakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk Abdul Halim Hussain bakal dinobatkan sebagai calon Ahli Parlimen Balik Pulau serta bakal bertanding di Teluk Bahang (DUN) oleh Anwar pada malam ini.
Sejak membuka pusat khidmat dan perniagaan beliau,dikhabarkan beliau tidak membayar sewa kepada kerajaan negeri. Hutang tertunggak mencecah ribuan ringgit.Beliau menggunakan kedudukannya sebagai Ahli parlimen pakatan untuk salah guna kuasa apabila bertindak tidak membayar sewa yang menjadi hasil kepada kerajaan negeri.
Kakitangan kerajaan negeri diherdik oleh Yusmadi apabila cuba mendapatkan tunggakan bayaran.Malah dengan kurang ajarnya Yusmadi memperlekehkan kakitangan kerajaan yang menjalankan yang menjalankan tugas .Beginikah akhlak seorang pemimpin?Beliau sendiri menunjukkan sikap yang tidak memberi tauladan yang baik kepada rakyat.
Sudahlah tidak membayar sewa,Yusmadi membuat untung dengan hasil urusan pejabat guamannya,malah dikhabar gerai berger dihadapan pejabatnya juga diambil sewa.Begitulah hapraknya “Maufakat” Yusmadi di Balik Pulau.
Yusmadi menjadi buah mulut rakyat Balik Pulau kerana tidak menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat.Hinggakan batang hidung pun tak nampak.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.