Saturday, May 18

APA YANG MENARIK TENTANG @KhairyKJ nie......Bekas Penyampai Televisyen.....?


Khairy Jamaluddin yang aktif dalam kegiatan lasak dan suka bersukan adalah bekas Timbalan Presiden II Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM dan pengerusi jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM selama tiga tahun sejak 2007.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) itu pada 2006 telah dipilih sebagai ahli The Forum of Young Global Leaders, World Economic Forum, yang dianggotai oleh pemimpin berwibawa berumur dalam lingkungan 40-an atau kurang dan memiliki komitmen tinggi terhadap tanggungjawab untuk kejayaan organisasi.

Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi Teori dari Universiti Oxford, United Kingdom, dan Ijazah Sarjana Teori Undang-undang dan Politik Universiti Kolej London.

Khairy Jamaluddin pernah bertugas sebagai penulis ucapan kepada Timbalan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1999 dan beberapa bulan kemudian dilantik sebagai pembantu khas kepada Abdullah hingga 2003.

Apabila Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2003, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Sulit selama setahun.

Bekas penyampai televisyen dan pengacara program 'Dateline Malaysia' di NTV7 pada 1998 dan penulis dengan penerbitan The Economist selama tujuh bulan pada 1999, pernah menjadi pengarah penasihat korporat ECM Libra Sdn Bhd.

Dalam politik, Khairy Jamaluddin menyertai UMNO pada 1998 sekembalinya dari belajar di luar negara dan telah memegang beberapa jawatan parti di peringkat bahagian di Tampin dan Rembau, serta pusat termasuk Ketua UMNO cawangan Gadong pada 2002 dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Rembau pada 2004.

Pada pemilihan parti 2004 beliau menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding, dan pada Pilihan Raya Umum 2008 bertanding di kerusi parlimen Rembau yang disandangnya hingga ke hari ini.

--BERNAMA

1 comment:

  1. Nak tau lebih lanjut cari artikel yg ditulis oleh RPK/Matthias Chang 5/6 tahun lepas. KJ saman M.Chang psl artikel tu...PC RPK kena rampas dgn polis, tp masa tu artikel tu masih boleh diakses heheh. Skrg agak susah sikit nk cari tp masih wujud in the cyberworld. Bacalah kisah 'anwar in the making' ni..byk pendedahan menarik.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.