Friday, May 10

AZMIN ALI MAIN WAYANG LAGI, SAH PAS KENA KENCING....


Azmin menegaskan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor akan diisi oleh PKR, dan menolak sebarang anggapan bahawa PAS lebih berhak untuk jawatan itu kerana parti itu memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 yang dimenangi PKR. 
 
Azmin berkata Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dan timbalannya Khalid Samad sendiri bersetuju masalah dalaman PAS telah menafikan kemenangan PKR di Kota Damansara. 
 
Dan kita melihat kenyataan Dr Rani dan juga Khalid Samad jelas, mereka bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di Kota Damansara kerana ada masalah dalaman PAS yang mengganggu PKR di Kota Damansara dan beliau telah nyatakan secara terbuka bahawa PAS mengambil tanggungjawab.
“Malahan kita sepatutnya mendapat 16 kerusi termasuk di Semenyih...undi (Setiausaha Agung PSM) Arul dan juga kepada PKR itu melebihi undi Umno. Jadi sepatutnya PKR ada 16 kerusi kalau tidak diganggu oleh kawan kami sendiri. Jadi mereka harus dipersalahkan untuk itu...dan jangan hukum kita dengan ambil lagi kerusi Menteri Besar,” tegas beliau. 
Azmin berkata kekalahan PKR di Kota Damansara berpunca daripada tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan watikah perlantikan kepada calon parti itu meskipun kerusi berkenaan adalah untuk PKR. 
“Tapi malangnya PAS ganggu dan calon PAS itu tidak akan boleh bertanding di Kota Damansara tanpa watikah daripada Presiden...jadi Presiden PAS harus bertanggungjawab sepenuhnya berhubung perkara tersebut,” katanya.
Azmin juga menyalahkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kerana meletakkan calon di Semenyih dan menafikan PKR satu lagi kerusi DUN. 
 
“Keputusan yang dicapai secara kolektif hasil perbincangan di peringkat negeri dan nasional, PAS dan PSM tidak seharusnya mengganggu di Semenyih dan Kota Damansara kerana ia adalah keputusan yang telah ditetapkan sebelum hari penamaan calon.
 
Desas-desus Azmin dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin meletakkan semua jawatan mereka dalam parti bertiup kencang selepas Azmin dilihat membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi beberapa pesanan Twitter, semalam. 
 
Antara lain beliau menggesa Anwar untuk mementingkan rakyat dan bukan kerabat serta menghormati keputusan yang di buat oleh pengundi, yang menurut Azmin, mahu asakan politik melampau diberhentikan. 
 
Adalah difahamkan PKR Selangor mencalonkan Azmin untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor namun Anwar dikatakan masih mahu Khalid terus memegang jawatan itu.

2 comments:

  1. Assmin main wayang tayang bontot
    PAS ternganganganga mulut hingga liur melelehleleh
    DAP bertepuktangan riang gumbira sambil mengunyah kuaci

    ReplyDelete
  2. " PKR Selangor mencalonkan Azmin untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor..."

    maknanya dia sendiri la mencalonkan diri sendiri utk jawatan MB !

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.