Tuesday, May 28

BIARLAH ANWAR MENJADI PENGHIBUR "POLITIK" TERBAIK DI MALAYSIA


Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu.

Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.

Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.

Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur. petikan ucapan Tun Daim......
Rakyat memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah negara manakala memberi mandat kepada pembangkang mentadbir Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Rakyat Kedah pula memberi Kerajaan BN untuk mentadbir negeri itu semula, setelah sepenggal ditadbir kerajaan PAS.  
Rakyat sudah membuat keputusan mereka. Sama ada setuju atau tidak dengan keputusan itu, ia adalah keputusan rakyat. Menolak keputusan itu bermakna menolak keputusan rakyat. Jika pembangkang menolak keputusan PRU-13, bermakna mereka menolak keputusan rakyat.  
Anehnya, pembangkang tidak ada masalah di negeri yang mereka menang. Ini menunjukkan pembangkang sekadar mencari kesalahan. Seandainya tidak puas hati, setiap individu boleh membuat bantahan mengikut proses ditetapkan. Daripada pemerhatian, peluang untuk mana-mana pihak untuk menyalahgunakan proses pilihan raya kali ini, begitu tipis sekali.  
Ramai pemerhati, termasuk dari luar negara menyatakan bahawa proses pilihan raya di negara ini berjalan lancar dan tidak timbul soal yang meragukan. Bukanlah mudah untuk berpakat menipu dalam satu urusan yang membabitkan ramai manusia yang tidak diketahui latar belakang politik mereka.  
Malangnya, pembangkang tidak peduli itu semua. Mereka terus berhimpun untuk menyatakan bahawa PRU-13 penuh dengan cacat celanya dan berlaku penipuan. Pembangkang boleh mendakwa bahawa berpuluh-puluh ribu rakyat sanggup berarak menyokong perjuangan mereka dalam perhimpunan yang mereka adakan. Pembangkang silap kerana jika seratus atau dua ratus ribu orang sekali pun mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, ia tidak melambangkan sokongan seluruh rakyat kepada tindakan mereka itu.  
Di Malaysia, ada kira-kira 28 juta rakyat atau kira-kira 13 juta pengundi berdaftar. Jika sekadar seratus atau dua ratus ribu rakyat yang menyertai perhimpunan mereka, ia tidak boleh dijadikan ukuran bahawa semua rakyat menyokong mereka. Ramai juga pemimpin dan ahli pembangkang yang terang-terang menyatakan yang mereka tidak menyokong tindakan mengadakan perhimpunan berkenaan. Bagi pembangkang, inilah cara terakhir mereka untuk mengambil alih kerajaan setelah usaha melalui peti undi berlandaskan amalan sistem demokrasi, gagal.  
Banyak persoalan timbul berikutan perhimpunan yang tidak putus-putus dianjurkan pembangkang. Jika dibiarkan mereka meneruskan perhimpunan, ia menimbulkan imej yang tidak baik kepada negara. Ada pendapat mengatakan supaya biarkan perhimpunan itu diadakan kerana lama kelamaan, mereka akan berhenti juga.  
Penganjur tentunya tidak mampu membayar peserta perhimpunan itu selama-lamanya. Untuk menganjurkan perhimpunan, ada kos yang perlu dibiayai oleh pembangkang. Berapa banyak belanja dan siapa yang menaja perhimpunan seperti ini diadakan? Ini adalah antara persoalan yang timbul berhubung penganjuran perhimpunan itu. 
Jika pembangkang mengatakan mereka tidak mengeluarkan wang untuk menganjurkan perhimpunan seperti itu, sukar hendak dipercaya. Semua orang tahu, tidak ada benda percuma di dunia hari ini. Bagaimana pun, membiarkan perhimpunan ini terus diadakan memberi kesan kepada ketegasan pihak berkuasa.  
Rakyat akan menyalahkan pihak berkuasa khasnya pasukan polis kerana tidak bertindak melarang penganjur daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.  
Pihak polis sudah mengeluarkan arahan lembut atau keras supaya rakyat tidak terjebak mengambil bahagian dalam perhimpunan itu. Namun, walaupun tidak mendapat permit, perhimpunan itu tetap diadakan manakala pemimpin parti pembangkang terus mendapat ruang untuk menyatakan pendapat mereka di khalayak ramai. 
Rakyat perlu ingat, apabila tiba pada satu tahap, pihak berkuasa terpaksa bertindak tegas khasnya setelah peserta perhimpunan mula bersikap kurang ajar dan melakukan provokasi yang boleh menimbulkan suasana tidak baik. Akhirnya, pihak berkuasa terpaksa menggunakan kuasanya untuk bertindak setelah pelbagai usaha melarang mereka tidak menyertai perhimpunan itu, gagal.  
Dalam konteks Malaysia yang rakyatnya hidup aman damai, perhimpunan haram bukanlah budaya Malaysia. Jika yakin usaha mencegah lebih mujarab daripada mengubati, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak tegas, tanpa bertolak-ansur ke atas mereka yang terbabit. Sesiapa saja yang mengambil bahagian dalam perhimpunan seperti itu adalah dianggap sebagai penghasut.  
Menghasut tidak bermakna mengeluarkan kata-kata hasutan atau fitnah. Berada di tengah-tengah mereka yang tunjuk perasaan itu juga boleh dianggap sebagai penghasut. Dengan tertangkapnya beberapa pemimpin pembangkang, ia jelas menunjukkan bahawa pihak berkuasa sudah mula bertindak. 
Ia menjadi peringatan kepada pihak lain bahawa tangan mereka mungkin digari sekiranya ditangkap ketika mengambil bahagian dalam perhimpunan haram. Budaya mengadakan perhimpunan haram tidak baik dalam membentuk persepsi rakyat. Jika ia dibenarkan secara berleluasa, setiap keputusan pilihan raya akan berlaku perhimpunan sama mempertikaikan keputusan pilihan raya. Inilah mesej yang cuba disampaikan pembangkang kepada rakyat. Cara paling baik untuk pembangkang ialah menerima keputusan dengan minda dan hati yang terbuka. 
Kebelakangan ini, Belalang dengar macam-macam perancangan orang Melayu. Berikutan geram terhadap sikap orang Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN), orang Melayu melancarkan kempen tertentu untuk ‘mengajar’ kaum itu khasnya kepada peniaga. Pada orang Melayu, sama ada tindakan itu betul atau salah, tidak penting.  
Yang penting, mereka rasa tertipu. Orang Melayu menyokong calon MCA atau GERAKAN sekiranya mereka bertanding atas tiket BN tetapi orang Cina menolak siapa saja calon BN, khasnya Melayu sebagaimana terbukti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.  
Peratus pengundi Cina yang menyokong BN terlalu kecil walaupun BN sememangnya tidak mengharapkan peratusan besar daripada mereka. Ada yang ajak orang Melayu memboikot membeli barang atau perkhidmatan dari kedai orang Cina. Pada orang Melayu, merekalah pengguna yang menyokong perniagaan orang Cina selama ini.  
Ada mencadangkan supaya kerajaan buat itu dan ini dengan harapan dapat menyedarkan orang Cina. Apa yang Belalang tidak faham ialah, setiap perancangan atau strategi orang Melayu itu dihebahkan secara terbuka. Apa yang hendak dilakukan, dimaklumkan kepada umum, ada yang memanggil sidang akhbar. Kalau semua wakil media hadir membuat liputan, apa juga rancangan sepatutnya rahsia, sudah menjadi maklumat umum. 
Bagi orang Melayu, mereka tidak tahu berahsia. Mereka beritahu pada semua orang jika mahu melakukan sesuatu. Dengan pengumuman seperti itu peniaga Cina boleh mengambil langkah bersiap sedia lebih awal. Berbeza dengan orang Cina untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disedari oleh pemimpin kerajaan. Hanya pada pagi hari mengundi baru disedari bahawa orang Cina sepakat menolak BN. 
Cuti penggal persekolahan sekarang ini, banyak kenduri kahwin. Tidak dapat dielak ramai orang UMNO dan PAS berada dalam satu majlis. Ini perkara biasa dan tidak menjadi masalah pun. Bila anak orang UMNO berkahwin dengan anak orang PAS, majlis menjadi begitu meriah sebab pengikut kedua-dua parti berhimpun.  
Takkan nak larang anak-anak berkahwin disebabkan perbezaan politik di kalangan keluarga. Syarat nikah tidak disebut pun awak parti apa atau emak bapa awak parti apa. Pendek kata penyatuan orang Melayu bukanlah mustahil. Dalam perkahwinan, kalau ada jodoh, berkahwinlah mereka. Dalam politik, bila ada keperluan untuk menyatupadukan Melayu, bersatulah mereka.

1 comment:

  1. Sanggup buat apa saja utk menang...dah kalah sanggup buat apa saja utk menuduh org menang dan menutup KEMALUAN sendiri kerana telah mencanang satu dunia akan jadi PM.

    Buatlah heboh utk menghalalkan perbuatan walau tau itu salah dan tau dah kalah. Yg terheret PENYOKONG TAKSUB. Sama ada tidak tahu atau pura pura tdk tahu.

    Menang sorak bukan bermakna aman. Tak peduli apa yg berlaku..yg pasti hati puas...puas melihat ego bongkak sombong merajai diri hilang pertimbangan akal sihat. Itulah penyokong taksub dan penyokong membabi buta.....

    Kalahkalahlah yaaaa kita jumpa lagi....jgn lupa pilih parti yg menggunakan akal sihat dlm menyatakan sesuatu isu. Jgn ikut pemimpin membabi buta.

    Bye pakatan...muah muah muah UMNO

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.