Friday, June 21

PESERTA #KL622 BAKAL DIPERBODOHKAN OLEH ANWAR ,AH-BENG BAKAL MATI ESOK .........?


Topeng sebegini bakal digunakkan oleh peserta yang bakal membuat perhimpunan esok. Nampaknya mereka bakal dipergunakan oleh Anwar untuk mencapai matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri Ke-7 Malaysia. Didalam sidang media yang telah dilakukan oleh Sham Ketot mengatakan pihak Polis telah mengugut peserta dengan mengatakan bahawa anggota Tentera bakal dikerah untuk menyuraikan peserta. Itu cuma cadangan bodoh!!!!

Seperti yang dijangka, Anwar tidak jadi memboikot sidang Parlimen walaupun beria-ia mengatakan akan berbuat demikian.   Entah tebal mana muka Anwar apabila terpaksa juga mengangkat sumpah dan menghadiri sidang Parlimen setelah siri himpunan Blackout 505nya gagal menjatuhkan kerajaan. 
Anwar mencadangkan boikot sidang Parlimen kerana menyangka DAP dan PAS akan bersetuju.  Namun, congakannya salah lagi apabila kedua parti itu ternyata enggan mengambil risiko kehilangan suara di Parlimen.   Justeru, Anwar terpaksa menurut rentak rakan sekutunya kerana takut kehilangan jawatan Ketua Pembangkang. 

Kita tahu bahawa DAP dan PAS sudah bersedia menghadapi sidang Parlimen tanpa Anwar.  Malah, mereka telah pun berkira-kira melantik Ketua Pembangkang yang baru.  Anwar, bukan lagi satu faktor dalam perjuangan PR.  Dalam banyak segi, Anwar hanya menjadi liabiliti di mana tidak cukup dengan skandal seks, tindakan Anwar yang seolah-olah sudah kehilangan fokus atau buntu, membuatkan PR berada dalam keadaan keliru. 

Selain itu, Anwar juga kelihatan seolah-olah tidak lagi berpijak di bumi nyata dan hilang dalam angan-angannya sendiri yang kempunan untuk menjadi Perdana Menteri.  Dalam keadaan separuh sedar itulah Anwar membuat keputusan untuk menghadiri sidang parlimen kerana jawatan Ketua Pembangkang itulah saja sandarannya untuk ditukar dengan jawatan Perdana Menteri. 

Sifat ego yang melampau bercampur baur dengan perasaan bersalah tetapi ingin terus mencabar takdir Allah SWT, menyebabkan jiwa Anwar semakin hari semakin parah lalu menjejaskan akalnya.
Anwar yang kita lihat hari ini bukan Anwar yang sama walaupun ‘kegilaannya’ tampak serupa.  

Sikap talam dua muka atau sesumpahnya itu bukan lagi dirancang, tetapi telah pun sebati dengannya.  Sesungguhnya, apabila penipuan dan kebenaran diterbalikkan, ia pasti akan membawa kepada kehancuran.

Nampaknya, Malaysia mempunyai Ketua Pembangkang yang telah hancur rohaninya.  Oleh itu, bagaimana pembangkang boleh memainkan peranan untuk sama-sama membantu kerajaan memajukan negara?

Strategi Anwar Ibrahim di Parlimen nanti sudah boleh dibaca.  Beliau bukannya berminat untuk menangani masalah rakyat atau membina negara tetapi hanya akan membuat kacau dengan membangkitkan isu bantahan keputusan pilihanraya.

Ironi sekali, beliau juga mengangkat sumpah menerima keputusan tersebut dan turut memikul peranan Ketua Pembangkang, berasaskan keputusan PRU yang sama.

Malang bagi negara ini kerana pembangkang tidak meningkatkan kematangan sejajar dengan kemajuan negara, sebaliknya membawa negara ke belakang dengan mengambil sikap seperti dunia ketiga, kalaupun tidak bersikap seperti orang gila.

Yang bodohnya, adalah penyokong pembangkang yang percaya kepada orang gila.  Susah payah berhimpun menolak keputusan PRU, sudahnya pemimpin mereka yang mengangkat sumpah dahulu.

1 comment:

  1. Ah Beng mati ? Siapa yang kisah kalau Ah Beng mati. Jangan ada 'ikan besar' yang dijadikan korban, kalau 'ikan besar' impactnya lebih, sudah tentu kerajaan akan kena tekanan didalm dan luar negara.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.