Monday, July 15

DUA DITEMBAK!!! PULAU PINANG SEMAKIN KACAU DIBAWAH CINADAP......


Seorang lelaki maut manakala dua lagi  cedera selepas ditembak dari jarak dekat oleh lelaki yang menaiki motosikal di Bagan Dalam, di Butterworth.

M Ravindran, 19, yang cedera parah selepas ditembak tiga das di rusuk kiri, mati ketika tiba di Hospital Seberang Jaya.

Dua lagi yang cedera, S. Leenesh, 18, dan A. Sukumar, 52, dikejarkan ke hospital yang sama oleh orang ramai.

Ketiga-tiga mereka sedang berbual di bawah jejambat pukul 10 malam apabila sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri mereka dan seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah mereka, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim.

Beliau berkata lelaki bersejata itu melepaskan sekurang-kurangnya enam das tembakan memandangkan siasatan awal polis di tempat kejadian menemui enam kelongsong peluru.

"Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan siasatan awal mendapati dua lelaki terbabit menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna hitam," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.

Beliau berkata M Ravindran yang tinggal di Flat Pantai Bersih di Butterworth tidak bekerja manakala seorang daripada lelaki yang cedera itu tinggal di Hujung Batu, dan seorang lagi dari Kulim, Kedah.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Bernama..

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.