Monday, July 15

SIAPA PUNYA KERJA BAKAQ BENDERA #PRKkualaBesut


Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dicemari dengan kejadian membakar bendera parti awal pagi tadi. Siapa punya Provokasi sampai terdesak macam nie.
               
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membakar bendera Barisan Nasional (BN) dan PAS di bulatan Kampung Lampu.
               
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Besut pada pukul 5.51 pagi, katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.
               
Sehubungan itu beliau menasihatkan para penyokong parti supaya menjalankan kempen secara professional dan berhemah dengan tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap pihak lawan.
               
Perbuatan seperti membakar, merosak dan menurunkan bendera parti lawan perlu dijauhi bagi mengelakkan suasana tegang yang boleh menyebabkan pergaduhan, katanya.
               
Kamaruddin mengingatkan mereka supaya sentiasa mematuhi arahan dan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1954 sepanjang tempoh berkempen.

Memang sesuatu yang sangat indah PRK ini berlangsung dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Allah S.W.T menetapkan persaingan ini berlaku dalam kawasan majoriti Muslim-Melayu. Jika Ramadan bulan ujian, maka yang akan diuji ialah kefahaman dan penghayatan erti taqwa di kalangan pengundi Kuala Besut. 
 
Malah lebih penting lagi PRK ini ialah peluang bagi umat Islam yang ikhlas untuk meneliti betapa kukuhnya sifat taqwa Umno dan PAS yang mendakwa mewakili kepentingan Melayu-Islam. 
 
Maka PRK ini bukan sekadar medan mengukur siapa di antara dua calon – Endot@Azlan Yusof, 48 tahun atau Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 tahun, yang patut menjadi wakil rakyat. Ia akan menguji apakah sifat taqwa akan menjadi termometer politik semua yang terbabit.
 
Dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hingga pihak yang menjaga keselamatan, sehinggalah penyokong dan pemimpin kedua-dua parti syarat utama PRK Kuala Besut ialah berkenaan rasa dan jiwa taqwa. 

Kali ini Umno kena buktikan bahawa apabila ia mendakwa ia parti Islam, sifat taqwanya akan dapat diukur dari cara ia berkempen. Jika Umno mengaku ia dalam proses transformasi (hijrah) ke arah yang lebih zuhud dan baik untuk ummah maka ia harus buktikan seikhlas mungkin. 
 
Begitu juga jika PAS masih mahu kekal dengan motto perjuangan bahawa jihadnya ialah untuk menegakkan pemerintahan Islam, maka ia harus buktikan bahawa tiada amalan tercela seperti wujub, riya’ dan takabbur tidak mencemari kempen kali ini. Jika tidak sudah tentu dosanya boleh didarab berkali ganda.
 
Ingatlah bahawa kedudukan Umno yang masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk terus berkuasa bukanlah suatu kebetulan. Bersama kuasa ada tanggungjawab untuk mentadbir dengan iman dan taqwa.
 
Begitu juga PAS yang kini kelihatan lebih kukuh bersama rakan kongsinya DAP dan PKR, ia bukan sekadar satu rahmat daripada Allah S.W.T. Semua pelaku politik ada tanggungjawab masing-masing. Usah memperkecilkan tugas dan kehadiran orang lain di persada politik ini. 
Allah S.W.T berfirman, seksaKu akan Ku timpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmatKu bagi orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami - Al A’raf ayat 156.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.