Friday, July 12

UPDATE TERKINI PRK KUALA BESUT...........HARI PENAMAAN CALON....


Ikuti perkembangan terkini di : http://prk-kuala-besut.blogspot.com

Pilihan raya kecil memang akan menjadi tumpuan, kerana fokus parti khusus kepada suatu tempat, tetapi perhatian terhadap pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini jauh berbeza.

Bukan hanya kerana ia yang pertama dalam tempoh dua setengah bulan selepas pilihan raya umum diadakan pada 5 Mei, tetapi jika keputusannya tidak berpihak kepada penyandang Barisan Nasional (BN), akan menyaksikan jumlah kerusi yang sama dengan pembangkang dalam DUN.

Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN. BN memegang 17 kerusi dan 15 disandang pakatan pembangkang (PAS 14, PKR satu).

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN Kuala Besut Dr Abdul Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

Jika pembangkang memenangi pilihan raya kecil ini, jumlah kerusi akan menjadi 16-16, yang bakal memberi implikasi besar terhadap corak pentadbiran kerajaan negeri.

Kuala Besut sebelum ini hanyalah sebuah perkampungan nelayan kecil terletak di bahagian Utara Terengganu dan sekarang menjadi sebuah bandar yang penting kepada pelancong untuk pergi ke Pulau Perhentian.

Melihat faktor calon, kedua-dua BN dan PAS menampilkan calon anak tempatan Kuala Besut dan muka baharu bagi meraih sokongan pengundi.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi. Mengikut pecahan umur, sebanyak 27.94 peratus berumur 21 hingga 29 tahun, 27.36 peratus (30 hingga 39 tahun), 19.34 peratus (40 hingga 49 tahun), 12.86 peratus (50 hingga 59 tahun) dan 12.49 peratus berumur 60 tahun ke atas.

Sebanyak 93.33 peratus adalah pengundi biasa, 6.67 melibatkan pengundi tentera, polis dan pasangan masing-masing dan seorang pengundi luar negara manakala mengikut pecahan kaum pula, 98.71 peratus Melayu, Cina (0.80 peratus), India (0.08 peratus) dan lain-lain sebanyak 0.41 peratus.

Pada PRU13, Dr Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dan jumlah peratusan keluar mengundi 87 peratus (15,381 pengundi).

SPR menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut dan Jumaat ini sebagai tarikh penamaan calon.


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.