Dewan Rakyat kecoh seketika hari ini apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Semuanya, gara-gara Gobind yang menyoal Ahmad Zahid mengapa tiada siasatan dan tindakan susulan polis berhubung kes tumbuk membabitkan menteri itu dengan seorang pemuda pada tahun 2006, walaupun laporan polis dibuat.
MP Puchong ada kepentingan peribadi kerana beliau jadi peguam bela kepada individu yang buat laporan polis itu. Itu adalah hakat yang Gobind tak boleh terima...
"Kerana kamu adalah peguam bela dan ada kepentingan terhadap orang itu, melakukan tuduhan. Sedangkan siasatan telah dilakukan ketika itu dan ini bukan kes jenayah tetapi sivil. Kamu ada kepentingan.Kalau saya kaki pukul, Puchong (Gobind) lagi kaki pukul besar daripada saya," kata Ahmad Zahid.
Tidak puas hati dan berang dengan jawapan itu, Gobind bangkit dan mengggesa Ahmad Zahid mendedahkan perkara sebenar.
Beliau juga mencabar Ahmad Zahid supaya mengulangi kenyataannya itu di luar Dewan Rakyat.
“Ulang di luar, saya akan saman awak," kata Gobind sambil mendakwa menteri itu menggunakan kuasa sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dengan mengugut mangsa yang dibelasahnya itu.
"Adakah kamu ugut dia? Adakah kamu ugut selepas tumbuk dia?" soal Gobind.
Berikutan kekecohan yang berterusan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa bangkit untuk meredakan ketegangan apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) terus bertikam lidah antara satu sama lain.
Ahmad Zahid kemudiaan membidas Gobind kerana menyalahgunakan dewan apabila membangkitkan kes itu. Katanya, isu berkenaan sedang diselesaikan menerusi prosedur undang-undang di mahkamah.
"Kita jumpa di mahkamah," katanya.
Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan menteri dalam negeri itu yang cuba mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah lebih rendah yang memutuskan bahawa kes saman berkenaan perlu dibicarakan.
Saman itu difailkan Amir Bazli Abdullah terhadap Ahmad Zahid yang dituduh menumbuk mukanya sehingga menyebabkan hidungnya patah.
MKP Ayat Sempoi : Peguam nie semua cari Makan dan kepentingan POLITIK, Kalau tak buat macam nie macam mana nak MASYUUUKKK.....
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.