Monday, August 12

DYMM SULTAN JOHOR ARAHKAN SURAU TG SEDILI DIROBOHKAN.....


Surau yang menjadi pertikaian didalam media sosial sejak semalam mendapat perhatian Sultan Johor. Arahan terbaru dari Istana mengatakan bahawa surau berkenaan tidak diiktiraf sebagai surau. Segala papantanda mengenai Islam telah diarahkan dibuka, Titah dari DYMM Sultan Johor bangunan tersebut diarahkan untuk dirobohkan.

Sebelum itu penduduk disekitar Tg Sedili terkejut dengan upacara sembahyang oleh individu berugama Budha. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.

Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.

"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.

3 comments:

  1. Bkn stakat surau tp resort tu skali, xda kebaikkan utk masyarakat tempatan.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah jadi bergitu...sebaik nya di robohkan sahaja surau tuuu...nak sebut surau pun geli....eloklak lah di katakan kuil je....melayu buta kayu..nama je syed...tapi hampasss

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH PADA PENGADU....RUPA RUPANYA MASIH ADA JUGA MELAYU YANG BETUL BETUL ISLAM....UNTUK EMPUNYA RESORT....U BETTER GOING BACK TO SPORE.....PADA YANG BAGI PR TU.... TARIK BALIK JE....ORANG MACAAM NI MEMANG MENYUSAHKAN KITA


    HALIM

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.