Thursday, August 22

HAMID ALBAR DAN @aduanSPAD @SPADChannel BAGAIKAN BIAWAK HIDUP.........?


Sebak dan dukacita bila mendengar berita kemalangan yang meragut 37 nyawa penumpang manakala 16 penumpang lagi cedera akibat kemalangan ngeri Bas Awam terjunam ke dalam gaung di Genting Highland petang semalam.

Sepatutnya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan awam sudah pasti boleh dielakan kerana kenderaan awam ini diselia dan dipantau sepenuhnya oleh agensi yang dikepalai oleh Syed Hamid Albar dan cerdik pandai dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat-SPAD.

Ya..kemalangan boleh hadir dalam banyak faktor,antaranya keadaan jalan,faktor bumi,cuaca,sikap pemandu dan lain-lain, namun pihak SPAD yang sebelum ini lantang kononya melakukan perubahan itu..perubahan ini gagal memastikan keadaan bas sempurna sebelum ianya selamat dipandu dan boleh membawa penumpang.

Sebelum ini,beberapa isu yang timbul yang mengaitkan tentang peragai hamlau  SPAD dalam menyelesaikan masalah seperti isu teksi,ulat tiket dan pelbagai lagi sudah dilihat gagal se-gagalnya.

Pihak tertinggi SPAD dan Generalnya, Syed Hamid Albar cuba melepaskan diri setiap kali isu berbangkit bila dikaitkan dengan SPAD... KONONYA....pihak agensi mereka baru berusia tiga tahun beroperasi maka tidak wajar digalas beban masalah kepada agensi mereka sahaja.

Ini soalan ADC kepada general SPAD dan pegawai-pegawai tertinggi SPAD...adakah usia agensi menjadi pengukur bahawa kesalahan tidak boleh ditunding kepada agensi ini berhubung isu kenderaan awam darat...apakah kakitangan SPAD diambil semacam pilih 'ayam' di chow-kit...?

Timbul lagi kegagalan SPAD apabila bas yang terlibat kemalangan semalam, rupa-rupanya telah lama disenarai hitaM oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). SUMBER

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.