Saturday, August 31

KITA TENGOK SAPA YANG KENA.......?


Ini akibatnya bila selalu sangat dok perli orang, Sampai erti Merdeka pun dipermainkan. Kalau dulu boleh korang buat gila tapi kini kami pun kreatif jugak. Bagi MKP ini adil buat mamat sengal nie. Anwar Ibrahim pulak masih lagi gagal...

Mengapa PKR secara rasminya mahu meletakkan Setiausaha Agungnya, Datuk saifuddin Nasution Ismail sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor dikatakan sudah bermula. 
 
Seperti yang dapat diperhatikan memang menjadi bunga silat politik Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau tidak akan menolak dan menyanggah arahan sesiapa sahaja yang menjadi ketuanya, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Bagaimanapun ini tidak bererti beliau akan laksanakan semua butir arahan tanpa menunjukkan protesnya secara senyap. Dalam kes ini beberapa pemimpin parti PKR Selangor mahu perubahan dilakukan dalam struktur organisasi pejabat Menteri Besar.
 
Asas tuntutan mereka pendamping Khalid adalah terdiri daripada wanita-wanita yang bukan sahaja tiada 'locus standi' atau hak dalam PKR malah bertindak bersilang dengan aspirasi parti. Pusar ketidakpuasan hati mereka ialah Setiausaha Politik, Faekah Husin. 
 
Lantas secara rasminya pada Kongres PKR Mei lalu, Anwar dengan yakin melepaskan ayam tambatannya, Saifuddin Nasution, untuk menjadi pegawai perhubungan politik Khalid dan parti. Khalid tidak sedikitpun membantah. 
 
Khalid protes dalam senyap 
 
Apa yang berlaku selepas itu ialah sepi. Seperti lazimnya, jika ia tidak berapa selesa dengan arahan parti, Khalid akan melengah-lengahkan pelaksanaannya. Namun apabila melihat Anwar dan PKR cukup tegas kali ini, hanya pada 22 Julai lalu Saifuddin dipanggil ke pejabat Menteri Besar untuk dinobatkan sebagai Ketua Staf pejabat Khalid.
 
Seperti lazimnya juga, Khalid tidak memperinci bidang kuasa Saifuddin. Soal adakah sempadan kuasa Saifuddin melangkaui pengaruh Faekah dipendamkan dahulu. Kesannya dapat dilihat apabila Saifuddin tidak masuk pejabat sejak pengumuman 22 Julai. 
 
Apabila media melaporkan hakikat berkenaan, sumber pejabat Menteri Besar sama ada secara sengaja atau tidak membisikkan bahawa Faekah akan meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik minggu depan kerana beliau akan diberi jawatan lebih besar sebagai Pengurus Besar Pemerbadanan Menteri Besar atau MBI.
 
Langkah Khalid ini agak menggetarkan barisan kepimpinan PKR. Mengeluarkan Faekah daripada pejabat Menteri Besar rupanya tidak bererti hasrat PKR tercapai. Faekah akan mengurus sejumlah dana yang amat besar dan dengan restu Khalid boleh mengagihkannya untuk mana-mana projek yang ditanda di bawah program Selangorku.
 
Sebelum ini RM300 juta dikatakan dikumpulkan daripada laba anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk menjana pelbagai projek pembangunan sosial rakyat Selangor. Secara mutlak segala perbelanjaan yang dikeluarkan daripada dana berkenaan adalah hak menteri besar. Tiada prosedur audit diperlukan. 
 
Kuasa Faekah makin besar, selia dana berjuta-juta
 
Kini Faekah adalah Pengurus Besar MBI. Ini juga memberi gambaran beliau juga akan boleh campurtangan (jika tidak diberikan mandat sepenuhnya sekalipun) mengurus soal pengagihan dana. 
 
Asas ketidakselesaan PKR terhadap Faekah ialah banyak program yang merakyat anjuran parti tidak mendapat sokongan kerajaan negeri di segi kewangannya. Ini kerana penyaringan bantuan dikatakan dilakukan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar. 
 
Kali ini PKR dan Anwar tidak boleh merungut bahawa Khalid tidak memberi kuasa penuh kepada wakil mereka, Saifuddin Nasution untuk mengurus hubungan politik pejabat Menteri Besar dengan parti. Faekah tiada lagi dan Saifuddin berkuasa penuh. 
 
Kegunaan Saifuddin nampaknya ialah memastikan pejabat Menteri Besar berjalan lebih baik. Itu sahaja. Segala keperluan kewangan untuk kerja-kerja sosial dan politik yang memerlukan sokongan kewangan harus datang daripada dana Selangorku. Di situ ada Faekah. 
 
Agak menarik diperhatikan betapa cekap Khalid dalam soal pengurusan dan mengimbangi kuasa dan pengaruh mereka yang bekerja dengannya. Yang lebih diperlukan Khalid ialah Faekah kerana beliau boleh mengurangkan rimas yang dialaminya apabila berurusan dengan parti. 
 
Melalui formula ini, ketegasan Anwar dan PKR mahu Faekah dikeluarkan dari pejabat politik Khalid sudah berlaku. Bagaimanapun Khalid kini meletakkan Faekah di pejabat kewangannya bernama MBI. Sayugia diingat bahawa sumbangan tabung MBI ini terlalu banyak dan pelbagai. Antaranya ialah menaja pasukan bolasepak Selangor. 
 
Anwar longgar dari segi pengurusan
 
Sebagai ketua politik Anwar memang digeruni oleh kawan dan lawan. Di segi pidato Anwar memang tersohor dan kelebihan ini selalu dijadikan modal untuk mempersenda saingannya seperti presiden Umno Datuk Seri Najib  Razak dengan beberapa kali mencabarnya untuk berdebat. 
 
Bagaimanapun apabila memasuki soal pengurusan dan menggerakkan jentera parti dan kerajaan, Khalid ternyata lebih cekap dan cekal daripadanya. Umumnya, inilah yang sering berlaku kepada Anwar.
 
Malangnya, ego sebagai seorang pemimpin besar sering menenggelamkan pertimbangan Anwar untuk benar-benar fokus kepada isu pengurusan yang memang amat memerlukan pertimbangan teliti dan terperinci. Ini kerana keberkesanan pengurusan akan melontarkan persepsi yang lebih meyakinkan kepada rakyat.
 
Anwar perlu lebih sabar, fokus dan berhati-hati apabila membuat keputusan pengurusan jika tidak secara tidak sengaja beliau akan meminggirkan pengurus-pengurus yang baik dan berkaliber di sisinya. 
 
Akhirnya Anwar cuma akan dikelilingi oleh pengampu-pengampu politik yang akan memotivasikannya untuk bersikap lebih rakus dalam politik atas nama ketegasan seorang pemimpin. 

1 comment:

  1. Kemana Hilangnya Duit Raya RM2000 Seorang Untuk Askar Maya Umno
    Setiap hari kumpulan bloger pimpinan Bloger No1 ditanya kemana duit raya RM2000 seorang untuk askar maya disalurkan. Sejumlah RM400k diserahkan kepada Bloger No1 untuk diberikan kepada 200 askar maya.Siapa yang dapat dan siapa yang kena kencing.
    http://thebebalian.blogspot.com/2013/08/kemana-hilangnya-duit-raya-rm2000.html

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.