Saturday, August 24

VIDEO TRAGIS : KESIAN DIBELASAH 20 LELAKI..............


Ini yang terjadi jika berniat kurang baik, Kalau nak menyamun pun tengok tempat dan kesesuaian. Tapi bagi MKP jadi macam nie pun elok jugak padan muka!!! Banyak lagi kerja yang mamat boleh buat.
Sudahlah masuk dengan muka samseng, kemudian mengacukan pisau kepada penjaga kaunter sebelum disedari para pelanggan lain. Hasilnya dia dipukul beramai-ramai oleh pelanggan cafe internet itu.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 2.05 minit petang ketika para pelanggn di cafe itu sibuk melayari internet.

Video rakaman kamera litar tertutup CCTV kedai itu diambil daripada laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign. Menurut penjaga kaunter cafe Kimie Ashrah, suspek datang ke belakang kaunter dan kemudian mengeluarkan pisau dan mengacukan padanya.

Kalau kita lihat gayanya mengacukan pisau, pastinya kata-kata yang digunakan garang dan seperti berani sangat. Cubaan samunnya itu disedari para pelanggan yang kemudian bertindak cuba menangkapnya.

Suspek yang bertopi merah jambu ketakutan cuba melarikan diri tetapi gagal membuka pintu keluar kerana sistem keselamatan sedang berfungsi berjaya ditangkap dan dipukul oleh para pelanggan yang marah dengan tindakannya.

Menurut Kimie, beberapa minit kemudian pihak polis dihubungi dan suspek yang juga penyamun ‘taik kucing’ itu pun berjaya ditahan.

Saya rasa ini hari pertama dia baru nak jadi penyamun rasanya.




2 comments:

  1. nampak sangat noob nya..agak2la nak merompak pn..hati kena kering..malaysia makin hari makin menjadi2 kes2 jenayah..mungkin ramai orang yang terdesak dan kesimpitan hidup sekarang ni dek kemmajuan semasa yang sangat pesat..hmm

    ReplyDelete
  2. Alangkan berpusu pusu pendatang haram boleh cari makan dan jadi kaya raya kat Malaysia ni..kenapa rakyat sendiri malas..punya banyak kerja sampai direbut PATI pun kata tak ada kerja..yang betulnya MALAS dan nak kerja senang, cepat dan lumayan..jangan salahkan kerajaan salahkan diri sendiri..kerja berat tak mau, kerja kontrak tak mau..jaga pun tak mau..kerja rencam pun tak sudi sebab MALAS..

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.